Review Lacte Solo | Breastpump Murah
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang
Hi semua..entry kalini erna nak bagi review Breastpump yang erna dah pakai lebih kurang sebulan. Boleh dah la kan..erna nak share review. Lagipun, daripada hari pertama erna post kat FB yang erna ada gadget baru, dah ada kawan-kawan yang tanya erna ok ke tak pam baru? Lagi best..siap ada yang tulis kat post erna tu, 'pm' ada yang tulis..'berapa harga? nak beli' hehe comel je kenalan erna ni di FB. Apapun erna post kat wall FB erna, mesti kawan-kawan ingat erna jual kan? hehehe...
Seperti sedia maklum, sebelum ni..erna memang hangat bercinta dengan Breastpump jenama Ameda. Rasanya sekarang ni tak ramai yang pakai Ameda. Sebab semakin banyak pilihan breastpump yang ada dipasaran. Lagipun harga Ameda boleh tahan juga. Tak turun harga sejak 3tahun lalu. masih RM800 pam sahaja. Kalau pakej dekat 1k juga. Ameda erna tu pun dah lama beli. Since iman kecik lagi dah beli. 1st Ameda masa iman 8bulan dalam perut ummi. Memang Ameda terbaik bagi erna. Suction yang boleh adjust nak kuat, nak laju hisapan tu macam mana..pun boleh dengan Breastpump jenama Ameda. Boleh rasa breast betul-betul kosong bila gunakan pam Ameda.
Eh tak perkenalkan pun breastpump baru jenama apa kan? :)
Di perkenalkan.......kekasih baru erna dalam misi menjayakan penyusuan 2tahun Taqwa Ammara adalah.....Lacte Solo.
Jika anda ibu yang budget terhad nak beli breastpump...ini adalah saranan terbaik untuk anda.
Ikhlas dari erna - 'ummi yang obses susu ummi'
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Di perkenalkan.......kekasih baru erna dalam misi menjayakan penyusuan 2tahun Taqwa Ammara adalah.....Lacte Solo.
Breastpump murah tapi berbaloi beli |
- Erna mulakan review ni dengan harga ye. Harga Lacte Solo Breastpump hanyalah RM190. Erna beli di Fablous Mom Puchong. Fablous Mom Puchong ni bangunan bersebelahan dengan IOI Mall Puchong.Pembelian erna dengan harga RM190 dapat free gift juga. Storage plastic bag dan juga sterilize plastic yang boleh guna utk steril botol-botol dalam microwave. Nanti dalam entry lain erna share tentang plastik staril yang erna rasa..best ni :)
- Ok, untuk pengetahuan semua..Lacte ni ada 2jenis. Single pumping yang macam erna beli ni namanya Lacte Solo. Manakala untuk double pumping, Lacte Duet. Lacte Duet memang best la sebab ada screen dan juga ada 2motor. Katalah breast kiri nak pam kuat 3x breast kanan pulak nak kuat 5x. So boleh adjust berbeza sebab ada 2 motor. Kalau salah satu motor rosak, masih boleh guna motor yang tak rosak. Berbeza dengan double pumping pam yang lain. Contoh macam Ameda erna. Sekarang ni, motor bermasalah. Rosak motor, langsung tak boleh guna dah sebab ada 1motor sahaja. Lacte Duet ada 2motor. Eh, faham ke apa yang erna yg erna terangkan ni? Harap fahamlah ye kawan-kawan.
- Harga Lacte Duet RM450 serta beberapa free gift. Erna tak beli Lacte Duet sebab erna dah ada Ameda Double Pumping. Ameda erna boleh guna elektrik dan juga bateri. Lacte Duet dan Lacte Solo, boleh guna elektrik, bateri, power bank, power drpd USB Cable laptop / pc dll.
- Perbandingan saiz, Lacte Solo erna ni memang kecik berbanding Ameda. Ringan pun Lacte ni jauh lebih ringan. Tapi Ameda erna pun tak lah terlalu berat. Taklah terlalu besar. Kalau nak bandingkan Spectra dengan Ameda, Spectra memang jauh lebih berat la. Lacte ni boleh pegang dengan sebelah tangan. Anggaran saiz dalam satu tapak tangan.
- Macam yang erna ada sebutkan diatas, Lacte boleh berfungsi guna elektrik, bateri, power bank, power drpd USB Cable laptop / pc mana-mana yg ada USB cable untuk supplt power. Itu yang best tu. Erna memang tak minat pakai manual. Penat pam pam guna manual. Jadi, erna awal beli ni memang pakai power dc cucuk suis macam biasa. Pastu erna try guna usb port kat laptop pulak. Memang best. Seronoknyaaa.. Sambil update blog, boleh juga erna mengepam. Nak lagi best? Boleh cucuk ke power bank. Ok la kan? mobile juga =) Walaupun tak sama macam Madela FS, tapi tetap boleh mobile. Kabel USB (kabel power bank) dapat percuma je dengan setiap pembelian breastpump Lacte ni.
- Atas pam Lacte Solo yang tak ada screen ni ada beberapa butang untuk kita tekan.1) Butang power On/Off.Simulation @ Expression2) Butang + untuk tinggikan speed sedutan (ada 3fasa untuk kuat)3) Butang - untuk rendahkan speed sedutan
- Bunyi? Bunyi pam nak cakap kuat...tak terlalu kuat. Nak kata slow sangat..tak juga. Haritu erna mengepam dalam surau, erna balut sket pam dengan telekung. Terus bunyi halus je. Ala-ala tak dengar gitu. hihi. So, pandai-pandai adjust bunyi ok :)
- Erna pam dalam 15minit - 20minit pam ni steady je. Tak panas pun body. 15-20minit pam erna boleh dapat 4oz - 5oz
- Suction - Lacte Solo ni ada pelapik plastik kat bahagian corong. Memang plastik. Kalau macam Ameda, tak ada pelapik plastik. Silicon tu tak ada jika Ameda. Erna biasanya tak suka ada silicon. Rasa tak puas mengepam. Tapi, Lacte Solo ni....memang erna suka! Suka sangat! Mulakan dengan phase 2 dulu. Kira macam massage. Lepas dah mula LDR, barulah erna akan naikkan kepada phase 3. Biasa erna pakai sampai phase 3 je. 4 kadang-kadang. Paling kuat phase 5.
- Kepala botol untuk pam ni adalah jenis wide neck. Biasa storage botol jenis penutup standard kecik tu kan. Jangan risau..converter pun ada disediakan sekali dalam pakej pam ni.
Jika anda ibu yang budget terhad nak beli breastpump...ini adalah saranan terbaik untuk anda.
FREE Cable USB untuk Lacte Solo |
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang Hi semua..entry kalini erna nak bagi review Breastpump yang erna dah pakai lebih kurang sebul...