Beli Ink Cartridge Canon E500

Ink Cartridge Canon E500 | Salam sejahtera kenalan alam maya. Jika anda yang pertama kali singgah blog ummi erna, selamat datang erna ucapkan. Terima kasih atas kesudian anda klik masuk blog ummi erna.

Ini cerita petang tadi. Memang sejak minggu lepas lagi erna berhasrat nak ke Tesco untuk beli Ink Cartridge printer erna. Berjasa betul printer yang erna guna sekarang ni sebabnya..usia printer erna ni sudah mencecah 3tahun ++ nak masuk 4tahun. Sama umur dengan iman zikir anak erna yang sulung.

Printer Canon E500 yang erna pakai ni erna beli masa tahun zaman-zaman study dulu. Zaman diploma dulu pakai printer HP. Printer canon ni beli masa tahun akhir dalam jurusan Communication Engineering di Unimap Perlis. Erna beli printer ni sebab nak print final year project report. Beli printer guna baucer buku 1 Malayisa yang mana semua pelajar dapat baucer buku tu. Eh, ada erna kongsikan cara nak beli printer ni guna baucar buku 1 Malaysia  kalau ada student yang nak baca cara-cara nak beli guna baucer, boleh klik link yang erna kongsi tu ye. Cerita tahun 2012. Lama dah kan? Itu yang best ada blog..boleh juga baca cerita-cerita lama.

Owh ye...kalau nak tahu printer Canon E500 ni jenis 3 in 1. Boleh scan, fotostat dan juga print. Zaman study dulu ada je yang nak scan. Ada yang nak fotostat itu ini. Jadi erna buat keputusan beli yang 3 in 1 terus. Alhamdulillah...masih berguna dan elok sampai sekarang. Tak perlu la erna kalut nak cari kedai fotostat kalau nak fotostat apa-apa.

Sekali sekala tu ada juga tersekat ink. Berbelang-belang. Tapi bila cuba print ulang-ulang kali, ok. Maka......kena selalu service dan jaga dengan rapi. Lap-lap habuk guna berus kecil.

Ink Printer Canon E500
Beli catridge printer canon E500 ni yang hitam RM43 dan color RM54.30 beli di Tesco Bandar Bukit Puchong.

Kalau nak lgi murah, Lazada pun ada. Tapi sebab erna nak cepat, terus  ke Tesco =)

Ok..kita jumpa entry yang akan datang ye. Owh, anda yang nak beli produk Shaklee...boleh hubungi erna. Kita boleh jumpa di Tesco Bandar Bukit Puchong. Memang erna selalu jumpa customer di Tesco Bandar Bukit Puchong. Kawasan sekitar juga boleh jumpa. Jika ada apa-apa soalan, jangan malu hubungi erna ye...jumpa lagi! byee...

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment