Iman 9 Bulan


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau tahun lepas dipenghujung tahun 2011, berdebar rasa hati sebab semakin hampir dengan due date nak melahirkan baby genius Iman Zikir. Harini, dah sampai ke penghujung tahun 2012.bahagia dapat tengok Iman membesar dan makin besar didepan mata erna. Macam-macam perubahan dan perkembangan yang erna dapat lihat depan mata erna. Ya Allah...betul-betul nikmat dari Allah. Syukur sangat..Syukur sebab masih diberi keizinan oleh Allah dapat melihat iman besar depan mata. Syukur masih dikurniakan rezeki air susu untuk kenyangkan perut iman.

Iman dah 9bulan 30/12. Semalam lah kiranya iman genap 9bulan. Ya Allah...cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je..jalan sopan santun dalam pantang sebab melahirkan iman. Kenyataannya hari ini, iman pulak tengah berusaha keras nak balance badan. Sejujurnya sebagai ummi kepada iman, pernah terdetik dan terlintas dihati erna ni..risau bila lihat baby lain seusia iman dah boleh buat lebih dari apa yang iman boleh buat sekarang. Tapi, keep on remind my self, setiap baby perkembangannya berbeza. Ingat lagi masa iman berusia 6bulan. Iman masih belum boleh move mana-mana. Hanya boleh tiarapkan badan tapi tak bergerak-gerak. Boleh pusing 360darjah sahaja. Risau, memang risau. Tapi, ibu selalu cakap..perkembangan bayi tak sama. Lainlah kalau iman dah setahun, masih tak boleh gerak..itu memang perlu risau dan ambil tindakan. Tapi, sejak iman berganjak ke usia 8bulan..erna tengok perkembangan iman laju.

Iman pada usia 9bulan;

1- Tak menirap maju kehadapan lagi. Sebaliknya, merangkak laju-laju kehadapan.
2- Walaupun belum boleh cakap betul tapi kadang-kala apa yang iman sebut mengeluarkan bunyi perkataan. Contoh, nek...baaabah...miiii...nennn...
3- Gigi ada 2batang digusi atas.
4- Suka sangat makan kismis. Erna minta ibu bagi iman makan kismis hitam sebab kismis kuning ber'sulfur. Itu hasil dari pembacaan erna.
5- Makan bubur nasi yang setiap hari berbeza resepi. Kadang bubur nasi+apple, bubur nasi+salmon+bayam dll lagi resepi.
6- Finger food iman, roti wholemale beserta kismis.Boleh dikatakan setiap pagi dan petang nenek akan suap iman makan roti. Suka sangat iman.. :)
7- Berat badan iman tak sure berapa sebab ummi tak bawak iman pergi timbang berat badan lagi.

Kiri: 9 Bulan
Kanan: 2 Bulan 27 Hari

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments: