Cara Solat Ibu Sarat Mengandung Dan Orang Sakit
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah...kini usia kandungan telah mencecah 32minggu 4hari. Kalau ikut kiraan, lebih kurang 52hari lagi sebelum sampai ke tarikh jangkaan bersalin yang doktor beri. Itupun kalau ikut tarikh jangkaan doktor lah. Sebab macam abang iman dulu, 37minggu dah melihat dunia. Tak kisah bila babyT nak keluar, ikut tarikh ataupun awal. Ummi dan babah sedia menerima kehadiran sayang...
Ok, memandangkan usia kandungan semakin sampai ke tarikh due, perut erna pula memang dari awal sedia besar. Sesiapa pun yang jumpa erna, memang akan tegur. "Waaaa...besar betul perut ummi" hehe..memang besar pun. Cuma berat rasanya masih kurang daripada mengandungkan abang iman dulu. Bila perut besar, pergerakkan juga agak terbatas. Kalau dah baring, nak bangun...Allah je tahu seksanya macam mana. Bukanlah terseksa sangat. Tapi esot badan dan perlu berpaut juga lah. Lagi-lagi kalau mengiring menyusukan abang Iman lama sikit, tambah la rasa sesuatu di bahagian pinggang erna ni.
Masuk je kandungan 7bulan sebenarnya erna dah mula ada masalah untuk sujud solat seperti biasa. Lebih-lebih lagi jika erna baru lepas makan dan solat. Memang berat je nak naik seperti biasa. Solat erna ok, seperti biasa. Cuma bila sujud rasa susah bernafas dan nak berdiri semula tu macam nak terbalik ke belakang. Betul-betul muatan berat. hahaha..
Hasil google, blogwalking, erna jumpa beberapa artikal dan blog yang share tentang solat duduk. Memang erna ada aplikasikan juga masa mengandungkan abang iman dulu. Masa mengandung abang iman dulu, bilik tengah dirumah tamu UniMAP tu memang erna dah standby kerusi untuk erna solat duduk.
Allah SWT berfirman:
“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78].
Merujuk kepada ibadah solat, Allah berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.” [Ali Imran 3:191].
Permulaan, erna akan solat berdiri seperti biasa. Rukuk seperti biasa. Cuma, sujud erna akan duduk dan duduk diantara dua sujud juga erna duduk atas kerusi. Kemudian berdiri semula seperti biasa. Hanya sujud dan duduk diantara dua sujud je erna akan duduk atas kerusi. Kalau erna tak makan dan rasa mampu untuk solat berdiri, erna berdiri. Biasanya subuh lepas bangun dari tidur..erna boleh solat berdiri. Apapun ikut keadaan juga. Suami sarankan erna solat duduk je. Sebab suami pernah nampak erna nak terbalik ke belakang masa nak berdiri selepas sujud. Bahaya kata suami kalau tiba-tiba erna terjatuh.
Dalam entry ini, erna kongsikan gambar panduan untuk solat yang erna dapat daripada FB. Siapa kata FB tu tak elok? Jika dimanfaatkan dengan baik..banyak ilmu serta perkongsian ilmu yang boleh kita buat mengunakan medium FB ini.
- Kalau ikut pada gambar diatas, erna solat ikut cara yang pertama sekali. Mampu solat berdiri, mampu ruku' tetapi tidak mampu sujud seperti biasa.
Panduan ini juga boleh diguna pakai oleh orang lain selain ibu hamil. Maksudnya, jika anda jatuh sakit..panduan ini juga boleh anda jadikan rujukan.
Mengamalkan Ostematrix Shaklee setiap malam sebelum tidur juga pada erna sangat membantu erna mendapatkan kalsium yang mencukupi. Erna memang tak ada ambil apa-apa susu ibu hamil yang lain dan untuk keperluan kalsium, erna mengamalkan Ostematrix Shaklee.
Syukur alhamdulillah...sepanjang hamil kalini, erna tak pernah kejang kaki. Tak pernah krem kaki. Kalsium dalam tubuh cukup, bantu pembinaan tulang bayi anda. Ibu juga sihat dan lebih bertenaga selepas bangun dari tidur. Ostematrix bukan kalsium biasa. Kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh.
Syukur alhamdulillah...sepanjang hamil kalini, erna tak pernah kejang kaki. Tak pernah krem kaki. Kalsium dalam tubuh cukup, bantu pembinaan tulang bayi anda. Ibu juga sihat dan lebih bertenaga selepas bangun dari tidur. Ostematrix bukan kalsium biasa. Kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh.
Islam itu mudah dan indah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu hamil yang sedang sarat serta panduan ini membantu anda yang jatuh sakit untuk solat.
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment