Penyucian Hati
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Ada orang yang kamu TIDAK PERNAH kenal atau bercerita tentangnya, NAMUN dia membencimu & memutuskan dirinya darimu; HANYA KERANA mulut-mulut orang yang menabur kisah rekaan & label yang jahat untukmu. Mereka percaya tanpa usul periksa atau hubungi kamu.
Ada pula mereka yang sayangimu & hormatimu, juga HANYA KERANA cerita manusia, tanpa menyelidik kesohihan cerita baik itu.
JUSTERU, yang lebih UTAMA, bersabarlah dari dukacita atau gembira kerana kedua hal itu kerana itu semua ujian buatmu. Menguji siapa yang meletakkan benci dan kasih Allah s.w.t sebagai 'makanan' rohaninya bagi mengharungi jalan di dunia.
(Peringatan Buat Diriku & Pencinta Nasihat)
"Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman"
Erna terbaca status Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman di laman muka buku semalam. Terus teringatkan satu peristiwa yang pernah terjadi pada diri sendiri. Erna tak pernah rasa dibenci oleh sesiapa sepanjang hidup erna sehinggalah berlakunya peristiwa itu. Peristiwa yang berlaku lebih kurang 3tahun lalu.
Apapun, betul seperti apa yang ustaz nyatakan. Lebih UTAMA adalah, bersabar dari dukacita atau gembira kerana kedua hal itu kerana itu semua ujian buatmu. Menguji siapa yang meletakkan benci dan kasih Allah s.w.t sebagai 'makanan' rohaninya bagi mengharungi jalan di dunia.
Pesan guru jika kita dibenci atau dihina, berdoalah..
"Ya Allah..semoga orang yang membenci dan menghina aku dan ahli keluarga aku diampunkan dosa mereka. Beri kebahagian kepada mereka dunia dan akhirat.'
Hanya yang benar-benar ikhlas akan bergetar hatinya bila bacakan doa diatas dalam setiap solat.
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment