DIARI HAMIL UMMIERNA : EPISOD 6 - Scan 3d 4d Columbia Hospital Puchong

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Scan 3d 4d Columbia Hospital Puchong memang superb. Syoknya buat pemeriksaan bulanan di private hospital ni, setiap kali check up..memang doktor akan scan baby dalam perut. Masa mengandungkan abang iman dulu erna ada buat pemeriksaan di klinik ibu dan anak kerajaan dan juga PMC Alor Setar. Mengandungkan adik babyT kalini, memang pada awalnya erna plan nak jalani pemeriksaan sama macam abang iman. Tapi, bz dan memanjang delay nak buat buku pink. 

Owh sebenarnya erna ada juga 2x ke klinik kesihatan ibu anak nak buka buku pink, tapi 2x erna datang tu..nurse suruh balik dan datang semula esoknya. Sebab time erna datang tu, mereka cakap terlalu bz. Jadi, erna pun tak datang semula. Akhirnya 100% pemeriksaan babyT dengan Doktor Raja Juhaidah di Columbia Hospital Puchong.

Tak pernah lagi erna sharing gambar babyT kan? 

22w 5d

29w 5d

Berat terkini adik babyT ketika usia 29w 5d adalah 1494gram ~ 1.5kg 

Hasil scan pada usia 29w 5d, erna dan suami rasa babyT sangat bam bam. Jauh beza daripada abang iman dulu masa dalam perut ummi. Ibu tengok video pergerakkan babyT dalam perut erna yang doktor scan, ibu cakap babyT sihat. Iman dulu nampak slim. Tapi tak tahulah kan..belum keluar dari perut ummi lagi. hehehe

Style duduk dalam perut ummi memang sebijik sama macam abang iman. Tangan tu..memang sama. Setiap kali scan, memang itulah kedudukan tangan abang iman dan adik babyT. Sama je. Doktor puas pujuk suruh ummi pusing sana sini. Tapi, memang anak-anak ummi dalam perut syok posing macam tu. 

Baik-baik ye sayang duduk dalam rahim ummi. 
Tak lama dah kita akan jumpa. 
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T 

Pengambilan SET KEHAMILAN SHAKLEE sepanjang kehamilan yang kini mencecah 30w adalah pengalaman yang indah untuk erna. Walaupun ini adalah kehamilan kedua, tetapi inilah pengalaman pertama erna hamil bersama vitamin Shaklee. Lebih-lebih lagi erna masih menyusukan abang iman walaupun kini usia kandungan telah mencecah lebih 30w. Alhamdulillah...air susu masih ada dan badan bertenaga. 

Buat anda yang masih tercari-cari apakah vitamin kehamilan, jangan ragu-ragu. Pm erna untuk dapatkan perkongsian terus daripada erna dan vitamin kehamilan shaklee adalah pilihan yang baik untuk anda.

Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh ALLAH SWT. Ibu bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak.

Bukan hanya menunggu rezeki itu datang bergolek bersama anak selepas dilahirkan. Berusahalah wahai ibu dan bapa. Itu semua ketentuan ALLAH..

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment