Kedudukan Bayi 33w Songsang
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Last check up babyT dengan Doktor Raja Juhaidah di Columbia Hospital Puchong, doktor cakap babyT masih lagi breech atau bahasa biasa orang cakap songsang. Kedudukan babyT dikenal pasti songsang sejak babyT 28w dalam kandungan ummi. Masa check up 28w babyT songsang, tak adalah erna risau sangat. Sebab erna yakin babyT akan pusing dan masih ada masa untuk babyT berpusing ke kedudukan yang betul. Tapi, bila check up 33w masih lagi songsang, ada sedikit perasaan risau. Kepala fikir akan belah perut! Apalah ummi erna ni kan? Suami cakap, thing positive! Kawan-kawan semua pun banyak beri kata-kata semangat dan share pengalaman masing-masing. Terima kasih kawan-kawan =)
So daripada last check up hingga ke saat entry ini ditulis, erna banyak baca sana sini mencari bahan serta info mengenai baby yang songsang dalam kandungan. Blogwalking, baca pengalaman ibu-ibu yang baby mereka juga songsang ketika usia sama dengan babyT. Ada yang tiba-tiba baby mereka berpusing pada usia 37w, 38w memang rezeki sangat-sangat. Ada juga yang terpaksa jalani pembedahan sebab baby songsang. Jadi, kenapa mesti erna fikir negetif kan? Erna banyak-banyak berdoa babyT akan berpusing ke kedudukan yang betul bersiap sedia untuk lahir kedunia. Kawan-kawan tolong doakan juga ye..
Jadi, ada beberapa tips yang erna follow hasil daripada blogwalking tersebut. Erna usaha mana yang termampu dan selebihnya berserah kepada Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hamba Nya. Apapun, harapan untuk melahirkan anak kedua ini secara normal adalah sangat menggunung tinggi.
Ada beberapa info yang erna jumpa. Antara yang paling menarik..senaman untuk baby menyongsang.
Meh tengok kat bawah ni...
Info pertama:
Sujud macam dalam solat dalam 5minit. Kemudian rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby. Baring selama 20-30minit. Kalau badan baby disebelah kanan,rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya. Erna blogwalking dan terjumpa info ni..
Info ke-2:
Sehari akan solat 5waktu. Jadi,solat pun salah satu cara nak betulkan kedudukan baby. Sejak perut makin besar,erna rasa tak mampu nak solat berdiri apalagi nak sujud. Tapi,erna kena usaha jugak sujud sehabis mampu. Sujud lama sikit. InsyaAllah..
Info ke-3:
Letakkan pek ais pada bahagian atas perut. Tujuannya,supaya baby rasa tak selesa. Kan rasa sejuk je kalau letak ais tu pada kepala baby dan baby akan mengubah kedudukan serta berpusing ke kedudukan yang betul.
Info ke-4:
Suluhkan touch light pada bahagian bawah pusat atau pada bahagian uri. Jadi baby akan berpusing kearah adanya cahaya.
Info ke-5:
Buat badan seperti dalam keadaan merangkak. Tapi tak perlu merangkak pun. Kekalkan posisi badan dalam keadaan merangkak dalam 5saat.
Info ke-6:
Rajin berbual dengan baby. Minta baby berpusing ke kedudukan yang betul.
Info ke-7:
Banyakkan berdoa dan mohon pada Allah agar semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah...

Adik babyT...ummi harap adik akan berpusing pada kedudukan yang betul. Adik babyT kan anak baik..dengar cakap ummi..Ummi sayangggggg adik babyT. Ummi selalu rasa keras-keras dibahagian atas. Harapnya, itu punggung adik bukan kepala T__T Babah cakap kat ummi macam yang selalu adik babyT dengar tu, babah tak kisah ikut mana yang adik selesa. Babah tak paksa dan babah mendoakan yang baik-baik untuk kita berdua. Apa yang penting pada babah, ummi selamat melahirkan adik ke dunia dan kita sama-sama sihat selepas selesai semuanya nanti. Babah selalu tak henti doakan kita. Atok, nenek, acshu wa, abang iman pun. Semua doakan kita sayang...
Doakan erna dan babyT ye kawan-kawan semua....
Doakan semoga babyT akan berpusing pada kedudukan yang betul sebelum kelahirannya.
Amin....
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment