Langkah Impian

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sabtu lepas, suami temankan erna ke UiTM Shah Alam untuk mulakan langkah baru. Kami bertolak dari rumah ibu agak lewat. Sebab dekat je pun Shah Alam dan Puchong. Nampaknya kena lenyapkan perasaan fobia ke Shah Alam sebab erna telah pun mendaftar sebagai seorang pelajar Master di UiTM Shah Alam. Jalan raya pun kosong je. Semua orang bercuti tahun baru cina. Perjalanan dalam 20minit je suami yang bawa kereta. Kalau erna yang drive mungkin dalam 30minit perjalanan. Pendaftaran mula kul9 pagi - kul1 tghr. Kul12.30 kami sampai dewan. Cukup-cukup masa je kami sampai tu. Semalam jugak daftar satu kaunter ke satu kaunter yang lain. Termasuk amik gambar untuk kad pelajar. Iman tak ikut. Iman tinggal rumah nenek. Sebabnya, petang kul2.30 ada taklimat hingga pukul 5petang. Nama pun taklimat kan..memang mengantuk. Mula terfikir..macam mana kalau kelas petang? Hujung minggu, kelas petang...?? Persediaan mental dan fizikal! Awal-awal dah nampak dugaan.. Tapi, bila buat keputusan untuk sambung ni..erna dah fikir macam-macam kebarangkalian. Semunya letak pada side positif. Kalau ada yang negetif, ingat semula cita-cita serta impian asal =)

Kalau ada yang nak apply untuk next intake, boleh selalu keep in touch dengan website ipsis . Segala iklan akan ada dalam website. Antara info yang erna terima dalam taklimat, proses sepanjang pembelajaran, saluran kewangan untuk bayar yuran, penerangan tentang research and course work dan lain-lain lagi.

Semoga langkah dan pilihan ini sentiasa berada dalam jagaan Allah.
Semoga sentiasa berada dalam keredhaan Allah.
Semoga terus dicekalkan hati kerana yakin dan pasti, banyak dugaan menanti.

 “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."

Kaunter pertama - pengesahan sebagai pelajar UiTM

New Student ^___^

Semangat. Cinta. Cita-cita. Suami ku. 

Welcome to UiTM Erna~


Share this:

,

CONVERSATION

7 comments:

  1. Good Luck friend! Aku ni degree pun dah nyawa2 ikan..hahaha

    ReplyDelete
  2. semangat erna sambung belajar.. tahniah... teruskan usaha...

    ReplyDelete
  3. Salam kak erna...

    Kak amek cos apa utk master??ehehe.. :)

    ReplyDelete