Berat Badan Kurang?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tajuk tiada kena mengena dengan erna ye. Sebab erna ni jenis orang yang senang gemok!Sebab tu Lecithin, Alfalfa dan Omega sahabat baik erna untuk pastikan berat sentiasa cun dan erna pun slim. (Wah...slimm sangat ke?) Alhamdulillah..berada pada berat badan normal je sekarang ni. Sejak erna jadi pengedar sah Shaklee, ramai yang pm inbox erna tanya Set Program Diet ataupun Set Slimming Shaklee. Tapi, jangan tak tahu..ada juga antara customer erna ni, pening dan rungsing sebab Berat Badan Tidak Normal. Selalu dengar rungutan dan kerisauan mereka-meraka yang lebih berat badan..tak kurang juga bagi mereka yang kurang berat badan. Rasa kasihan juga bila dengar luahan hati mereka-meraka yang kurang berat badan ni. Mudah rasa letih. Muka kurang seri dan pucat je..Nampak macam orang tak sihat. Mereka ni juga dah cuba pelbagai cara untuk naikkan berat badan. Nak makan banyak, selera pulak tak ada. Macam mana nak makan banyak? Macam mana nak naikkan berat badan kalau selera nak makan pun kurang..

Bagaimana nak tahu berat badan kita normal ke, berlebihan berat ke ataupun kurang berat badan. Kita di katakan kurang berat badan bila BMI kita berada kurang pada index normal. Rujuk jadual di bawah ni ye;

Cara pengiraan BMI

Ada beberapa punca yang menyebabkan berat badan seseorang itu tidak bertambah. Antaranya adalah;

1- makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

2- pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.


Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Tips Untuk Naikkan Berat Badan;

- Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan kadar yang lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.

- Tingkatkan pengambilan protien
Protien dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protien membuatkan tubuh anda “mencuri” protien dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protien dalam diet harian anda. Ambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protien untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protien. Anda boleh dapatkan sumber protien dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.

- Lakukan aktiviti senaman bebanan
Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Maka apa yang dicafangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti bench press, deadlift dan pull up. Nak senang, isi je air mineral dalam botol 500ml dan angkat macam angkat dumb bell tu.

Nak tips lagi? PM inbox jika berminat untuk dapatkan makanan tambahan Shaklee. Anda juga akan dapat tips pemakanan vitiamin Shaklee secara ekslusif hanya untuk pelanggan erna sahaja.

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. hehehe...sy kuruihhhh je...bmi ngam2...klu demam mmg underweight la...bile sihat makan bebanyak...skang ni mmg duk pulun esp setiap pagi dan malam dengan harapan berat naik..hujung bulan ni nk try mealshake plak...ihihi..:) thnx info...

    ReplyDelete
  2. Ni nak turunkan berat badan mcm mane? Ngeh..ngehh..ngehh

    ReplyDelete