RESEPI BABY: BUBUR SALMON MASAK SINGGANG

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ini resepi untuk iman hujung minggu lepas. Barulah erna faham perasaan ibu yang dah buntu nak masak apa untuk anak kesayangan makan. Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa dan suami pun jarang-jarang out station bulan ni..maka perlulah erna main masak-masak. Sampaikan suami ada cakap kat erna.."baguslah masak hari-hari. Gas ni dah lama beli tak habis-habis.." Owh..sangat menyentuh kalbu ayat suami ku ini. Apapun semangat nak masak memang berkobar-kobar la sebabnya..suami memang makan bertambah-tambah. Pastu siap puji-puji cakap sedap. Siapa tak suka kan? hehehe.. Macam dah lari tajuk je ni. Entry kalini erna akan share resepi Bubur Salmon Masak Singgang. Senang dan sedap! Serius sedap walaupun erna tak masukkan sekelumit pun garam atau bahan perasa lain. Khas untuk iman zikir kesayangan daku tu.. 

Tips!

1- Resepi ini khas untuk baby yang berumur 8bulan ke atas sebab erna tumis-tumis.
2- Baby boleh mula makan makanan yang ditumis pada usia 8bulan ke atas.
3- Tumis guna unsalted butter ataupun olive oil adalah sangat di galakkan.
4- Boleh gantikan salmon dengan ikan tenggiri ataupun ayam. Daging pun boleh juga.
5- Macam biasa, 4days rule adalah sangat penting untuk mengetahui alahan anak.

BAHAN-BAHAN

- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
- Ikan Salmon (cincang halus)
- Asam keping
- Celery (parut halus)
- Beras wangi (Beras kisar)
- olive oil/unsalted butter

CARA-CARA

Masukkan beras wangi dan air dalam periuk. Masak hingga menjadi bubur kosong.
Dalam periuk yang lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
Masukkan air ke dalam periuk dan bila mendidih, masukkan ikan salmon dan celery.
Last, masukkan bubur kosong dalam mangkuk dan tuangkan kuah singgang beserta ikan salmon dan celery. Kacau-kacau hingga sejuk dan sedia di makan.

*Kalau tak nak tumis bawang, halia dan kunyit pun boleh.
* Rebus air dan terus masukkan bahan2.

Ini kuah singgang yang di masak asing dengan bubur kosong.
Masak 2 ketul kecil ikan salmon untuk sekali makan.

 Bubur kosong yang di masak berlainan

Kuah singgang yang di campur ke dalam mangkuk bubur kosong

=============================================================

Meal Shakes Shaklee



Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah
Siapa yang perlukan Meal Shakes Shaklee?

Sesuai untuk semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit ataupun boleh juga di minum oleh kanak-kanak obesiti. Selain itu, ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja ( Ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit yang dalam proses pemullihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat). Dicipta juga untuk anda yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang sangat lazat. MealShake ini juga bagus untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan.

6 fakta menarik tentang Meal Shakes:

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, Mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang diperlukan oleh badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Share this:

, , , ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. Dapnye bubur tu! Yum2! ;p

    ReplyDelete
  2. macam mak² je yg terliur. HAHAHA

    ReplyDelete
  3. Ni bkn iman, aunty pun suka kalo singgang. Hehe nanti nak msk utk naurah. Tq erna.

    ReplyDelete
  4. huhu mcm sedap...anak mcm bosan nk mkn bubur...resepi ni mcm lain cket dari biasa..
    Mintak copy yer...
    Btw feel free to visit lavendershop.lot.my

    ReplyDelete