RESEPI: Ayam Bakar Mudah&Sedap Guna Pemanggang Ajaib

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang di pasaran ada banyak pemanggang yang seakan pemanggang ajaib ni. Bezanya jenama je kot. Tapi tak tahu lah kan..sebab erna memang beli Pemanggang Ajaib keluaran Syarikat Menang. So far erna pernah pakai 2x jek. huhu 2 x sahaja =) Erna bakar ikan dan ayam. Memang serius mudah. Tak perlu kertas aluminum tu. Kalau nak balut guna daun pisang pun boleh. Balut je ikan kita guna daun pisang dan bakar. Senang. Jom nak share macam mana cara guna Pemanggang Ajaib ni..tapi jangan risau..kalau kita beli, dalam kotak ni pun tersedia ada cara nak guna. Boleh membakar dan macam-macam lagi kita boleh buat guna pemanggang ajaib ni. Setakat erna dah guna ni, memang puas hati.

Erna bakar ayam yang beli ready made siap perap kat giant. 6-7ketul je. Sebab kami makan suami isteri. Ada juga bagi sikit ayam kat rumah ibu. Saja bagi ibu rasa hasil bakar ayam guna Pemanggang Ajaib ni. hehe..Ibu pun cakap sedap, ayam masak elok. Rasa ayam pun ok.

TIPS: Jika beli ayam siap perap di giant atau dari mana-mana kedai pun..seeloknya sampai rumah terus bakar. Erna boleh rasa beza ayam yang di bakar terus dan ayam yang erna frozen dulu baru bakar. memang beza sangat! Kalau terus bakar sedap..bila dah frozen lain pula rasanya.

Disini erna sediakan juga resepi ayam bakar mudah dan sedap guna pemanggang ajaib. Boleh la cuba kalau nak tukar-tukar menu. Erna pun rajin blogwalking blog mommy lain mencari idea nak masak apa. hihi. Seronok juga main masak-masak ni. Suka resepi mudah-mudah, senang masak, cepat siap dan lazat di makan. Tak boleh lama-lama di dapur banyak urusan..lagi-lagi iman bijak dah semakin bijak. Ada je kerja dia kalau ummi terlepas pandang. So...bahaya. Ok, selamat mencuba =)

Bahan-bahan Ayam Bakar Mudah & Sedap
=================================

- Ayam bersih siap basuh dengan tepung dan tos buang air ayam.
- Bawang putih
- Serbuk lada hitam (jangan halus sangat. kisar kasar ala kadar)
- Sos tiram
- Madu 
- serbuk perasa/garam
- sedikit sahaja minyak (pilihan, jika tak nak pun tak apa)
- serbuk cili ataupun cili giling (ini pilihan kalau nak pedas boleh letak. kalau tak letak pun tak pe)

P/S: Semuanya perlu agak-agak sahaja. bergantung pada jumlah ayam perapan kita.

Cara penyediaan Ayam Bakar Mudah & Sedap
====================================

- Kisar/tumbuk bawang putih
- Sediakan satu mangkuk ataupun bekas yang besar. 
- Masukkan ayam, bawang putih siap kisar dan semua bahan-bahan dalam bekas besar tadi.
- Gaul rata ayam bersama semua bahan-bahan. 
- Boleh perap semalaman di bahagian chiller ataupun perap 4-5jam.
- Bakar dan siap untuk di makan.

TIPS: Jika anda bekerja, ini pun antara menu mudah untuk di sediakan. Malam sebelum pergi kerja..siap-siap perap. Masukkan dalam chiller. Balik kerja boleh terus bakar. Sedap!

 Ini Pemanggang Ajaib baru keluar kotak. RM129

 Letak minyak sikit je sebelum panggang ayam atau ikan atau apa sahaja. Guna sudip atau peralatan plastic atau kayu untuk jaga kualiti non stik pemanggang ni

 Boleh muat 4ketul ayam. Besar-besar size ayam yang erna panggang ni. Bakar dalam 10-15minit sahaja

Gambar kurang menarik sebab pencahayaan kurang berkualiti. Tapi, memang sedap. Ayam masak elok. Puas hati sangat!

Cara basuh Pemanggang Ajaib: Selepas masak, jangan terus basuh. Tunggu hilang panas dan dah sejuk baru curah air dan basuh. Basuh guna span lembut. Jangan sampai bercalar.

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. Betul tu. memang best bakar aym guna pemanggang ajaib ni. Skrg ni klw teringin je nk mkn bbq pegi je giant beli aym yg siap marinate.

    ReplyDelete
  2. Pakai magic pan ni memang senang kan...banyak benda boleh buat..tapi aku pernah pakai untuk grill je la..untuk buat kek bagai tak berani lagi takut rasa ayam..hahaha..

    ReplyDelete
  3. fifi baru je pakai pemanggang ajaib untuk buat maggi goreng.. hihi..

    ReplyDelete
  4. Kakak saya baru nak beli pemanggang ajaib ni minggu depan, nak guna masa raya

    ReplyDelete