Luahan Hati dan Perasaan Seorang Anak

Assalammualaikum aunty uncle semua.. 

Semua sihat ke? Taqwa, alhamdulillah sihat, bertambah gebu dan bertambah bulat. Ummi suka cium Taqwa kuat-kuat lepas tu ummi akan cakap..."oloooo sayang Taqwa Ammara baby girl ummi.."

Kalau aunty uncle nak tahu, ummi tu bz betul sekarang ni. Bz nak bantu anak cucu shaklee dia berkembang..dapat bonus besar sama macam ummi. Ops! Bonus Shaklee ummi memang besar tapi lagi besar bonus Shaklee aunty jannatul & aunty N. Taqwa tau ni pun sebab ummi selalu sebut-sebut depan Taqwa. Lepas tu..suka suruh Taqwa doa-doakan ummi. "Taqwa...doalah ummi dapat capai target. Ummi nak jadi Master Coordinator Shaklee ni..doakan ummi ye..doakan ummi.." selalu sangat ummi ulang cakap benda yang sama bila baring-baring dengan Taqwa. Aunty uncle tolong doakan juga ye...

Taqwa taklah kecil hati sangat dengan ummi sebab jarang sangat ummi update cerita Taqwa kat blog Kuasa Kasih Sayang Ummi Erna ni. Tapi, kecik la juga hati Taqwa kan..sebab dulu masa abang iman kecik, ummi selalu cerita tentang abang iman dalam blog ni. Tapi, takpela ummi..Taqwa faham. Ummi sangat bz. Bz ummi tu...bz kerja dan bz is money uollss.. hehehe ummi yang selalu cakap macam ni kat downline-downline ummi. Jangan mengeluh kalau bz. Bz is money okeh!

Last ummi bawa Taqwa pergi timbang berat badan lebih kurang 2minggu lepas. Masa tu berat Taqwa 6.5kg Bukan main sorak tepuk tangan ummi dan acshu wa bila tengok jarum penimbang baby kat Hospital Columbia tu menjukkan bacaan 6.5kg. Taqwa kenyang minum susu ummi. Tulah Taqwa berat naik dengan gembiranya. Kakak sado! Tokma suka cakap badan Taqwa pejal. Sedap pegang dan tegap. Berkat susu ummi ni tokma..tu Taqwa sihat dan kuat!

Ummi selalu tinggalkan Taqwa kat rumah nenek. Acshu wa yang banyak jaga Taqwa. Mandikan, cuci berak, panaskan susu, bagi susu dalam botol. Semuaaa acshu wa buatkan untuk Taqwa. Sayangnyaaaa acshu kat Taqwa. Acshu wa pantang betul kalau ummi ejek-ejek cakap kulit Taqwa 'tint' tak macam kulit ummi. Elehh.....acshu cakap, jangan kutuk-kutuk ciptaan Allah. Acshu selalu cakap Taqwa la paling comel. Kalau negro ada anak baby, dia pun cakap anak dia tetap paling comel. Kesimpulan disini...tak kisah la rupa macam mana pun, Taqwa tetap comel dimata Acshu. Muuahhh sket aschu! Terima kasih  acshu wa.

Haaa yang ni jangan bagitahu ummi ye aunty uncle semua.. Ummi tu pantang nampak orang jual hairband. Mesti nak beli. Banyakkkk sangat dah ummi belikan Taqwa hairband. Macam-macam jenis. Bunga besar, bunga kecik, riben besar, riben kecik. Macam-macam warna. Excited ummi tu tak habis lagi. Kadangkan..Taqwa rimas tau kena pakai benda tu kat kepala. Tapi, bila ummi happy tengok Taqwa pakai hairband dan taqwa tau yang ummi tu suka sangat dapat baby girl, Taqwa layankan je ummi. Redha.......

Ini kisah sadis Taqwa nak cerita. Semua pun kenal abang iman kan. Rasanya abang iman tu lagi femes daripada Taqwa. Yelah...kat atas blog ummi ni pun terang-terang ada muka abang iman. Sentap tau..takde pun muka Taqwa kat atas-atas blog ummi ni. Bila la ummi nak tukar letak gambar Taqwa pulak kat header blog ni. Abang iman tu kan..suka sangat buat taqwa. Babah, ummi, atok, nenek, semualah..semua marah abang iman sebab abang iman suka acah acah nak pijak kaki tangan Taqwa. Kadang tu terpijak tau! Sian taqwa kan. Nasib abang iman tak pernah gigit Taqwa. Nanti kalau Taqwa nak pandai gigit...rasa nak gigit je abang iman. Geram tau. Suka buat Taqwa. 

Tapi Taqwa tahu yang abang iman tu sayang dan caring sangat. Sebab setiap kali Taqwa meniarap, abang iman mesti sibuk nak telentangkan Taqwa. Taqwa pulak kalau dah meniarap memang jenis mulut tak diam. Bila gunakan tenaga..taqwa memang bunyik bising sikit mulut ni. Siap pakej dengan air liur keluar banyak-banyak punya penat guna tenaga nak meniarap. Abang iman tu sibuk je lah nak telentangkan taqwa. Bila nak maju dalam aktiviti meniarap ni. Babah pulak..memang lah overprotective macam kata doktor. Bila taqwa meniarap lama sikit, babah sibuk nak betulkan. Takut taqwa lemas katanya. Ummi? ummi macam biasa..cool. Ummi suka biar taqwa meniarap lama sikit. Ummi tu terlebih penyabar..lagi-lagi kalau dah tengok laptop. Macam lupa je dah ada anak 2orang T__T Khusyuk sangat ngadap laptop tau ummi ni. ish..

Owh ye..mommy dyla tu suka belikan abang iman toys. Banyakkk sangat toys abang iman yang mommy belikan. Banyak betul duit mommy ni tau. Bila la mommy nak belikan taqwa pula toys. Mommy cakap tunggu taqwa besar sikit. Ok tak apa..kita tunggu dan lihat. Ye ke mommy tu belikan taqwa toys nanti. Cik yin pulak dari taqwa kecik cik yin selalu panggil.."baby comel..baby comel..taqwa comel" terima kasih cik yin. Sebab taqwa nampak keikhlasan cik yin cakap taqwa comel. Sayang...cik yin. 

Alhamdulillah syukur..terima kasih Ya Allah sebab izinkan Taqwa ada ummi, babah, abang iman, serta keluarga yang sangat-sangat sayangkan Taqwa. Syukur juga sebab dari lahir hingga sekarang..taqwa membesar dengan susu ummi. Susu ummi taqwa share dengan abang iman. Apapun ummi cakap..taqwa adalah keutamaan. Cukup-cukuplah abang iman..bagilah taqwa sorang je susu ummi. Abang dah 2y 7m dah. Jeles je kalau abang iman sibuk berebut nak nenen dengan taqwa.

Eh! panjangnyaaa taqwa celoteh dalam blog ummi.
Terima kasih aunty uncle baca nukilan luahan hati dan perasaan taqwa ni.
Legaaa dapat luahkan apa yang terbuku dihati.
Tunggu ummi update tentang taqwa tah bila. 
Haa...lagi satu taqwa handal meniarap sekarang :)

Jumpa lagi aunty uncle. Nak beli apa-apa produk Shaklee, pm ummi erna ye..

Owh ye..bersama-sama hasil celoteh taqwa ni, taqwa hadiahkan gambar taqwa juga. 
Aunty uncle jangan muntah hijau tau tengok gambar taqwa. hihihihi....

Yang Benar;

Taqwa Ammara Mohd Hafiz

tengok abang iman tu..ish..kaco la taqwa nak posing

ummi suka gigit peha kfc taqwa

betul punya excited ummi ni. tidur pun pakai hairband

paling comel kata ummi

lepas ummi pam susu atas katil, ummi ajak posing pulak!

Ni masa baru belajar nak meniarap

Ummi bawak jalan-jalan
 
Ummi tu asek cakap anak che ta comel. abis tu..taqwa tak comel ke ummi???

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment