Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee
Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee - Selalu bila orang sebut je Shaklee, mesti terbayangkan vitamin kan? Tapi, tahukah anda semua..Shaklee bukan sahaja ada produk makanan kesihatan tetapi, Shaklee juga ada produk penjagaan rumah.
Produk penjagaan rumah Shaklee dikenali sebagai Get Clean Shaklee. Apa yang menariknya Set Penjagaan Rumah Shaklee ini adalah, ianya sangat sesuai untuk anda yang mementingkan kebersihan dan kesegaran rumah.
Jika anda mempunyai anak kecil yang baru mula ingin belajar merangkak dan berjalan, adalah sangat penting untuk anda pastikan rumah anda sentiasa bersih. Selain itu sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak alergi (alahan), eczema mahupun asthma (lelah) .
Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee |
Jom erna nak share dengan anda semua mengenai produk Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee. Rujuk gambar dari kiri ke kanan ye..
Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan
kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa
pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam
sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu,
mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi.
Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Fresh Laundry Concentrate
Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh
Laundry Shaklee. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian
dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi.
Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil
terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang
boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak
balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah
satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan
berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan
mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru
hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap
bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami
masalah alergi kronik dan ruam.
Dish Wash Concentrate
Pencuci Pinggan Shaklee adalah Dish Wash Concentrate yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan
mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat
menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda
memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan
minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis
sahaja.
Dish Wash atau pencuci pinggan mangkuk Shaklee ini lembut pada tangan. Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan serta menghasilkan buih sabun yang tahan lebih lama. Dengan itu, ia menjadikan pinggan bersih berkilau dengan hanya menggunakan beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki anda!
Anda yang mementingkan produk semulajadi, inilah masanya untuk anda bertukar kepada Set Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee hari ini juga.
Berminat? KLIK GAMBAR DIBAWAH atau boleh terus HUBUNGI ERNA!
0 comments:
Post a Comment