Ganjaran dari Shaklee. Alhamdulillah...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

ENTRY INI, erna ada share mengenai Pam Ameda kesayangan erna rosak. Tapi, rezeki dari Allah siapa sangka. Alhamdulillah..rezeki dari Allah memudahkan perjalanan penyusuan erna untuk iman. Masih segar di ingatan erna, Ameda kesayangan erna jatuh sakit dan rosak pada 9 Mei 2013. Bagi semua pengedar shaklee, kami sentiasa tertunggu-tunggu 14hb setiap bulan kerana pada tarikh ini bonus kami akan masuk. Kiranya segala usaha dan penat lelah sepanjang bulan lalu terbayar bila pagi-pagi tengok transaction duit bonus yang masuk ke akaun kami.

Alhamdulillah..dah menjadi rutin wajib setiap bulan sejak erna buat bisnes Shaklee ni, selepas masuk je bonus, perkara pertama yang di buat adalah bayar zakat pendapatan daripada hasil bonus. Kemudian barulah di agih-agih pada keperluan yang lain. Termasuk berkongsi rezeki dengan ibuayah dan ahli keluarga lain. Syukur sangat bila mentor sentiasa ingatkan betapa pentingnya amalan berzakat dan bersedekah serta berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang. The more you give, the more you will get! Kalau kerja dulu, selalu berkira-kira duit gaji yang di terima. Sekarang tidak lagi =)

Percaya atau tidak, bila banyak buat amalan rohani..rezeki yang datang lagi melimpah-limpah. Jangan pernah takut memberi kerana Allah akan beri lebih daripada apa yang kita beri. 'BERI' bukan hanya di tujukan kepada duit..macam-macam kita boleh beri. Berkongsi ilmu juga kita memberi. Banyak perkara lain yang boleh di kait kan dengan memberi. Indah betul memberi ni..jika tak percaya, cubalah. Cuba belajar memberi tanpa jemu. Memberi dengan ikhlas. Rasai kehebatan memberi =)

Syukur alhamdulillah..seronoknya erna bisnes Shaklee ni bila tengah bulan Shaklee bayar bonus erna. Hujung bulan pula, erna terima cek dari Shaklee. Ini kali ketiga erna dapat cek reward dari Shaklee. Setiap kali kita naik rank ataupun naik pangkat, Shaklee akan bagi kita hadiah dalam bentuk cek. Siapa tak seronokkan? Bonus dapat..cek pun dapat. Rezeki Allah beri...tak dapat nak gambar rasa syukur. Seronok. Bertambah semangat nak teruskan bisnes Shaklee ni. Lagi seronok bila customer beri feedback positif. Syukur Ya Allah..

Erna tak sangka Ameda yang rosak dapat di gantikan dengan Ameda yang baru menggunakan duit cek reward dari Shaklee. Tak ganggu duit bonus erna pun. Tak minta duit suami pun. Best sangat-sangat. Bonus boleh di gunakan untuk keperluan lain. Siap ada lebih lagi duit dari cek reward tu. Ok, selepas dapat cek..erna mula survey sana sini mana nak beli Ameda yang baru. Mulanya ada terfikir nak beli pam lain selain Ameda. Tapi, Madela free style memang tak kena dengan jiwa erna. Suction terlalu soft. Erna tak puas. So, tak jadi la erna beli yang tu. Pastu ada juga baca-baca review Rumble Tuff. Menarik juga. Ramai bagi feedback best. Tapi, selepas berfikir panjang..erna tak nak berpaling tadah. Setianya erna pada Ameda tetap tahap tertinggi. Erna selesa dengan Ameda. Jatuh cinta sejak kali pertama guna selepas kelahiran iman dulu. Jadi, selepas keputusan di buat erna mula survey harga-harga Ameda.

Standard rate Ameda: RM799.90

Last, erna buat keputusan beli di One Baby World. Sales girl banyak kali promote suruh erna beli yang set RM888.90. Sebab ada complete set. Banyak item akan dapat dalam set tu. Contoh, cooler bag, bottle rack, nursing bra Autumz dll. Tapi erna explain pada sales girl..erna ada semua item tu. Anak pun dah setahun lebih. Cuma mencari pam sahaja. Sebab motor pam yang rosak. Akhirnya..erna beli RM799.20 dapat free cooler bag, 4botol Autumz, 3 ice pack Autumz dan PWP erna 3kotak storage plastic pada harga RM28. Alhamdulillah puas hati.

Macam biasa..sejak ada anak, nafsu untuk membeli barang sendiri dapat di kawal. Tapi bila nampak barang-barang baby rasa loose control. hehe. Maka, sempat la ummi beli botol Pura Kiki Stainless Steel dan  stokin untuk iman. Lagipun dah lama iman nak beli botol baru. Puting boleh tukar mana-mana yang fit. Tak ada puting khas pun..so senang nak bg iman minum guna botol. So far iman ok..guna puting MAM dan juga puting Anak Ku yang jenis leper di bahagian depan.

Alhamdulillah...ini ganjaran dari Shaklee atas apa yang di usahakan. Bonus lain tau..ini hadiah =) 

Ganjaran dari Shaklee..rezeki dari Allah

Ini Full set berharga RM799

Botol susu baru iman =)

Stokin murah =) Tapi material best!

Baucer untuk next pembelian

Ini PWP RM28. Normal price 1kotak RM12.90

Alhamdulillah Ya Allah untuk rezeki yang tidak terhingga ini..
Paling seronok bonus lebih daripada gaji masa bekerja.
Paling-paling seronok dapat cek reward pula.
Alhamdulillah....




JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Share this:

, , , , , , , , ,

CONVERSATION

1 comments: