SEMINAR ADVANCE MARKETING POWER (AMP)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa tak kenal Doktor Azizan Osman? Rasanya seluruh Malaysia kenal DAO. Rasa bersyukur...sangat bila dapat attend seminar dengan DAO. Hujung minggu baru-baru ni 10-12 Mei 2013, Allah kabulkan doa dan impian erna nak attend seminar DAO. Pulun erna kerja keras nak kumpul duit untuk bayar yuran hadir ke seminar Advance Power Marketing. Memang rasa sangatttt berbaloi dengan apa yang telah erna laburkan. Banyak ilmu pemasaran yang DAO share. Sekarang ni, masa untuk bertindak dan bukan lengah-lengah lagi. Rezeki seseorang itu..Allah yang bagi. Kita minta dari Allah, usaha, minta..minta..minta..sungguh-sungguh! Pasti Allah kabulkan. Cuma tunggu masa dan ketika. 

Seminar berlangsung selama 3hari di Shah Alam Convention Center. Seawal 7.30pg erna dah keluar rumah sebab setiap hari seminar bermula pukul 8.30 pg dan tamat pukul 11 mlm. Cuma hari terakhir seminar..tamat pukul 4ptg. Penat? hari pertama dan kedua rasa ok. Bila masuk hari ketiga, badan mula terasa letih sikit. Itupun masih bertenaga dan segar tak macam selalu. Kalau dulu, hari pertama seminar..sebelah malam mesti dah mula rasa letih. Setiap pagi sebelum erna keluar rumah erna akan minum secawan ESP. Lepas tu, erna bancuh Performance Drink 2botol besar sebagai bekalan dari pagi hingga ke lewat malam. Walaupun seminar habis pukul 11mlm. Pukul 12 lebih baru erna sampai rumah. Sedih terpaksa tinggalkan iman 3hari dan setiap malam erna sampai iman macam happy sangat. Setiap malam tu juga kul2 - 3pg baru erna tido sebab iman ajak ummi main. Rindukan ummi agaknya. Tak mengapalah sayang..ini pengorbanan kita bersama untuk hari esok =')

Ramai yang sharing testimoni kejayaan mereka dalam perniagaan masing-masing. Hebat! itu je yang termampu keluar dari mulut erna. Income bulanan mencecah jutaan ringgit malaysia. Ya Allah..bayangkan bila income bulanna kita 2.7juta. Ok, kalau bukan jutaan ringgit sebulan..bayangkan jika kita dapat jana income ratus ribu sebulan. Best kan? Ada satu sesi tu..kami semua kena gambarkan kejayaan kami 10tahun akan datang. Full aura positif masuk dalam badan bila semua peserta dalam dewan yang ada 3000 orang peserta, sama-sama ber'Aura positif. Ya Allah..meremang bulu roma bila ungkapkan siapa erna serta kejayaan erna 10tahun lagi. Bercakap seolah-olah kejayaan itu telah menjadi milik erna. Betapa hebat kita dan bertuah kita bila di kelilingi oleh mereka-mereka yang positif. Carilah rakan yang positif..insyaAllah kita juga turut positif!

"Kepakaran saya adalah membantu anda memiliki susuk tubuh mengiurkan serta kualiti hidup dan taraf kesihatan jauh lebih baik. 

Masalahnya harini ramai di antara kita yang tidak pasti dengan produk kesihatan yang di telan serta tidak mampu memiliki bentuk badan yang menarik dengan penjimatan berganda.

Korset Bamboo, adalah yang korset berkualiti dan sangat selesa di pakai sehinggakan anda tak sedar yang anda sedang pakai korset pembentuk badan. Selain itu vitamin Shaklee yang kami jual juga sudah lebih 50tahun berada di pasaran."

---->   Erna sedang mencari agen yang berminat nak pasarkan Korset Bamboo dengan modal yang sangat rendah. Keuntungan untuk anda tinggi kerana korset bamboo sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. RUJUK SINI

----->  Erna juga mencari rakan niaga yang berminat menjual produk kesihatan. Shaklee adalah pilihan terbaik untuk anda yang berminat untuk berkongsi produk hebat yang telah di kenali ramai. Tunjuk ajar akan di berikan kepada anda. RUJUK SINI untuk keterangan lanjut.

Erna berkongsi sedikit gambar sepanjang program ye..

Ini fail yang di sediakan untuk semua peserta

 Berebut nak masuk dewan. Nak cop tempat duduk hadapan =)

 Sahabat ber'Aura positif yang baru di kenali

 Borak punya borak..rupa-rupanya kami semua dari background engineering. Tapi, kami semua nak jadi jutawan wanita yang berjaya dan kaya =)

Suasana hari terakhir di luar dewan

Ya Allah..semoga kejayaan sentiasa Kau izinkan menjadi milik ku dan kami semua yang impikan kejayaan.. Amin

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,

Share this:

, , , , , , , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. gud luck erna..semoga kejayaan milik erna..aminn

    ReplyDelete
  2. Amin..

    tq so much my dear Mommy to be =)

    taking care your self.

    ReplyDelete