Cucu Atok

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Erna bukan anak sulung. Tapi erna yang sulung kahwin antara kami adik beradik. Sulung bermakna yang pertama kahwin. Tak ramai pun adik beradik erna. Kami bertiga sahaja. Abang, Kak ngah dan Adik. Bila ibuayah menjemput orang hadir ke majlis perkahwinan erna, normal orang ramai cakap.."biasalah anak perempuan akan kahwin dahulu".. Abang izin laluan kepada adik =) Selepas lebih kurang setahun erna dan suami kahwin barulah abang erna pula meninggalkan zaman bujangnya. Eh..ini dah lari tajuk sebenar. Tapi, ini adalah intro kepada entry kali ini.

Suami adalah menantu sulung dalam keluarga erna. Erna juga menantu sulung dalam keluarga suami. Iman pula cucu sulung untuk kedua-kedua famili. Jika nak di bandingkan excited ibuayah erna dan mama serta arwah papa menerima menantu dan excitednya menerima cucu..Iman la yang menang di antara kami suami isteri. Iman kesayangan semua orang. Aunty dan uncle iman masing-maisng berebut iman. Yela..baru ada sorang anak sedara. Esok-esok kalau erna bersalin lagi, iman ada adik, saudara ipar dan adik beradik sendiri bersalin pula..mungkin juga kedudukan iman tergugut. Tapi, ayah erna selalu cakap.."iman cucu atok..cucu busuk atok.."

Mungkin juga kerana iman ada satu je atok..dan anak-anak erna nanti hanya ada seorang atok sahaja. Sebabnya, arwah papa..ayah kepada suami erna meninggal masa iman berusia 4bulan dalam kandungan. Tak mengapalah..sekurang-kurangnya..sebelum arwah papa meninggal, arwah papa tahu yang dia bakal mendapat pewaris keluarga seterusnya. Jadi, iman sangat manja..manja luar biasa..dalam erti kata lain mengada-ngada dengan atok. Setiap pagi sebelum ayah pergi kerja..dah menjadi rutin serta kewajipan untuk ayah, dukung iman bawa ambil angin di luar rumah. Kadang tu, ayah dah terlewat nak pergi kerja..dah siap kunci grill..bila iman merangkak laju ke depan grill dan goncang grill, laju je atok bukak grill dukung iman. See..betapa manjanya cucu atok.

Ibu erna selalu cakap..kalaulah iman ni kami dulu-dulu..mesti dah selalu kena marah. Sebab dulu, masa ayah muda..kami kecil..ayah garang. Walaupun kami kecil. Lagi satu, ibu ada cakap pada suami..ayah ni manjakan erna. Ayah ni sayangkan erna lebih. Kalau nak keluar berjalan sekeluarga, erna selalu siap lambat sebab nak tengok muka depan cermin lama-lama. Ayah ok je kalau tunggu erna bersiap lama. Tapi kalau ibu atau yang lain lambat..mulalah ayah bising-bising marah. Jadi, suami erna buat rumusan..ayah sayang iman lebih sebab erna anak kesayangan ayah! hehehehe...pandai-pandai je si suami buat rumusan kan? Tapi ada betulnya juga =) I Love U ayah!

Erna kan..memang sangat sensitif bila dengan ayah. Contoh, masa erna study dulu-dulu..bila awal semester mesti ibuayah ke hostel. Sebelum balik, mesti ibuayah akan pesan. Bila ibu pesan belajar rajin-rajin..erna ok. Biasa-biasa saja. Tapi, bila ayah pegang ubun-ubun erna..gosok atas kepala erna sambil cakap, belajar elok-elok..laju je air mata turun. Haih..sensitip betul la hati ni bila dengan ayah. Bila ada masalah..kami boleh ber'sms luah-luah perasaan antara anak dan ayah. See..betapa erna ni anak ayah. Sebab tu erna nak kaya dan berjaya..erna nak ibuayah erna hidup senang lenang di usia emas mereka. Nak bawak mereka pergi jalan-jalan mana yang mereka nak. Ya Allah..semoga impian ini termakbul dengan usaha yang erna buat sekarang. Amin....

Seronok sebenarnya bila anak kita di sayangi ramai orang. Tapi, esok-esok kalau iman dah ada adik beradik yang lain..bila dah ada sepupu sepapat..kenalah faham keaadan dan berkongsi kasih sayang dengan ramai orang. Apapun ummi tetap sayang iman! Iman anak genius ummi! Walaupun mungkin nanti-nanti akan jadi abang iman pula =)

Ayah sanggup berhentikan kereta kat tepi jalan semata-mata nak bagi iman main stereng kereta.
Sebabnya masa ayah drive, iman sibuk tarik baju atok 

Kalau kat kedai makan..kami semua makan dulu. Atok boleh dukung iman dan makan kemudian
Baiknya hati atok..ummi apa lagi? laju-laju makan ^__^

Cucu Atok!

Ini kami di penang haritu.

Atok, Ummi, Iman, Nenek

Ibu & Iman geng. Pandang ke lain pula

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. memang cucu atok ni..siap buat muka manja menyendeng kat atok dia..hihihihi..comel!

    ReplyDelete
  2. Muka cucu dgn atok mcm sama je..heheheh

    ReplyDelete
  3. Anonymous04 May, 2013

    sama muka

    ReplyDelete
  4. sebijik...muke atuknyer...kui..kui...teringat arwah atuk kesayangan aqil...huhuk...aqil pn cucu sulung keluarga mertua...meninggal waktu aqil 4 tahun...sekarang aqil 6 tahun..masih dok teringat atuknyer...sob..sob

    ReplyDelete