RESEPI: BARLI CAMPUR STRAWBERI
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Mommy-mommy semua, rasa nya dah melampau lamaaaa erna tak update menu makan my genius iman kan? Selalu nya lepas iman dah siap makan semangkuk barulah mulut erna akan cakap.."alaaaa....lupa lagi..." haaa...itulah dialog yang selalu keluar dari mulut erna. hehehe..bukan apa, kalau nak share resepi..siap ada gambar seri-seri barulah seronok. Kan? kan? Macam buku resepi masak-memasak tu..kalau ada gambar baru ada semangat kita yang membaca ni nak cuba resepi tu. Selain tu, tergambar juga la di ingatan kita ni..rupa masakan yang bakal terhasil nanti. So, kalini erna nak berkongsi dengan kawan-kawan yang selalu singgah dan sudi singgah blog erna, resepi untuk iman yang kini telah berusia 1 tahun 1 bulan.
Owh ye..banyak ilmu berkaitan pemakanan anak-anak yang boleh di perolehi dari group HSFFYB. Tapi, buat sementara waktu group di tutup. So, anda-anda boleh LIKE Page HSFFYB untuk dapatkan lebih ilmu berkaitan pemakanan yang sesuai untuk anak-anak anda. Erna sendiri banyak dapat ilmu dari group ini dan terlalu banyak tips pemakanan yang boleh di perolehi di sana.
Tips!
1- Barli adalah bijirin yang sesuai di beri kepada bayi berumur 7bulan dan ke atas.
2- Strawberi yang digunakan dalam resepi ini sesuai untuk baby 10bln - 1tahun dan ke atas. Sebab strawberi tergolong dalam buah-buahan yang tinggi asid sama macam orange dan buah citrus yang lain. Erna mula perkenalkan strawberi kepada iman bila usia iman masuk 1tahun.
3- Kalau anak berumur bawah 1tahun dan melebihi 7bulan, boleh bagi makan barli dan gantikan strawberi dengan buah-buahan yang lain.
4- Macam biasa, sila patuhi 4days rule untuk mengetahui alahan anak.
BAHAN-BAHAN
Barli - Erna guna Ayam Brand. Boleh juga guna brand yang lain.
Strawberi - kalau bayi belum 1tahun boleh ganti dengan buah yang lain.
CARA-CARA
- Rendam barli. Rendam satu malam.
Rendam malam sebelum kita nak masak keesokkan harinya.
- Rebus barli kita sampai kembang.
- Blend halus bergantung pada baby anda nak halus macam mana.
- Masukkan sikit dalam mangkuk dan lenyek-lenyekkan
strawberi bersama barli yang telah di blend.
-Sedia untuk di makan.
-Iman sangat suka!
AISH nak masuk 7bln..nti nk try la..tq erna..
ReplyDeletecam sedap je. nanti nak try. cer try buat air barli campur lemon. pun sedap jugak.
ReplyDeletewowowow..sedapnye..kena tggu ammar setahun la baru boleh bagi stoberi..:D
ReplyDelete