Pam Ameda Rosak? Tempat Servis Pam Ameda & Mr.Tan Ameda
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
"INI ENTRY TERPERUK LAMA DALAM DRAF"
Sehari sebelum erna ke Seminar APM, breastpump kesayangan erna jatuh. Bila erna dah siap setup nak mengepam, Ameda kesayangan erna tidak dapat berfungsi lagi. Mesin bunyi lain macam. Try adjust sana sini still tak ok dan erna mula rasa sedih. Sebabnya seminar yang erna join ni berlangsung selama 3hari. Pagi ke petang. Macam mana nak mengepam tanpa bantuan Ameda T___T Syukur erna ada spare manual pump Unimom Mezzo. Jadi, sepanjang 3hari seminar, berbekalkan Unimom Mezzo erna mengepam susu setiap kali waktu rehat. Memang hasil susu tak semeriah erna pam guna Ameda. Kepuasan diri pun tersangat berbeza jika nak di bandingkan dengan mengepam guna Ameda.
Bila dah penat mengepam guna Unimom Mezzo, erna pun aplikasi Teknik Marmet yang erna tahu. Lenguh-lenguh tangan jari semua. Pakej dengan pedih-pedih breast bila main picit usaha sungguh-sungguh nak kosongkan breast. Masa tu memang rasa menyesal tahap tertinggi la sebab tak jaga baik-baik Ameda sampaikan terjatuh dan rosak. Sebabnya..erna dah banyak baca review tentang Ameda. Ameda memang paling susah nak rosak. Heavy duty sangat-sangat. Kalau baca review geng di KIM Fb, ada ibu yang gunakan Ameda ni sampai dah anak 2-3orang. Masih ok dan servis setahun sekali je. Malangnya..erna punya Ameda jatuh. Sebab tu rosak. Kalau ikut rating negara barat, Ameda dalam rating tertinggi jika nak di bandingkan dengan Malaysia,ramai lebih kenali Madela. Lupala sumber dari mana. Tapi erna pernah terbaca tentang ni.
Owh ye..mulanya erna ingat Ameda erna masih boleh di rawat sebab pernah juga terbaca yang ibu-ibu lain yang gunakan Ameda ni pergi servis bila suction mula rasa slow. Sabtu tu, suami berusaha bawa Ameda erna jumpa Mr.Tan. Mr.Tan ni baik....sangat. Erna call Mr.Tan, dia jawab baik sangat dan minta kami bawa Ameda ke kedai dia. Alangkah sayu hati erna bila Mr.Tan buka motor Ameda erna dan tunjuk komponen paling bawah pada motor pam. Mr.Tan cakap..motor suction yang rosak dan kalau repair pun belum tentu akan elok. Mr.Tan sarankan beli pam baru. Ya Allah...macam tak percaya Ameda berkhidmat setahun sebulan setengah sahaja. Bukan salah Ameda! Tapi salah erna. Erna yang cuai. Kalau Ameda tak jatuh, mesti tak rosak. Lagi1, sepanjang erna guna Ameda, tak pernah langsung ada apa-apa masalah. Tak pernah susu tersumbat. Cuma pernah ganti silicon valve je. Itupun sebab erna ganas basuh valve T___T
Ini alamat kedai Mr.Tan
Mr. Tan
Suite 1-3B
N-tatt Building
No. 2, Jalan TP5
Taman Perindustrian UEP
47600 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-80239963
Fax: 03-80239263
9.30 a.m - 6.30 p.m
landmark dia: Behind 'Follow Me' factory
P/S: Bersebab ini terjadi kepada erna.
Peringatan kasih sayang dari Allah. Supaya lebih menghargai segala sesuatu yang ada pada kita.
Peringatan kasih sayang dari Allah. Supaya lebih menghargai segala sesuatu yang ada pada kita.
Betullah kata orang, Breast Pump ibarat nyawa ibu yang menyusukan baby.
Kerja lebih keras! Bonus besar! Go Go Go
JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
salam erna,
ReplyDeletesy tgh cari info psl Ameda rosak dan syukur jumpa info kat cni.
dh 2 blogger pn bgtau suruh jumpa Mr Tan utk check pam Ameda.
sy baru nak pam td n tetibe on suis tak menyala langsung. penat pk igt soket surau ofis tu yg rosak.
pam sy takde jatuh so far and dah berjasa 16 bulan. huhu
arap2 la jumpa mr tan nnt dia tak suruh ganti baru. seriusly syg sgt pam ni dan dah lama tak guna 2nd pam manual iaitu unimom mezzo. same ngn erna kan.
thanks erna.
mfadilab
erna x puas dah pakai unimom mezzo. nak ameda juga. alhamdulillah erna dah beli ameda yang baru dan kali ni nak lebih hati-hati. kalau pam awk x jatuh, insyaAllah tiada kerosakan yang teruk. harapnya masih boleh guna ameda awk tu nanti. ameda memang best!
DeleteMr.Tan pun best juga :)
smlm dah call dia and dia mintak bwk ke ofis utk dia check.
Deletesy tak dpt nak pegi terus sbb kena tunggu cuti next week.
ofis dia tak bukak ari sabtu. huhu
mfadilab