DIARI HAMIL UMMIERNA : EPISOD 2 - Perasaan Bakal Ummi dan Babah Kepada 2orang Anak
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Kalau belum baca entry LEPAS EPISOD 1, boleh klik dan baca. Kemudian barulah masuk ke episod ini. Hamboi...paksa orang baca entry dia pula. Bukan apa, kalau baca episod 1, barulah syok nak baca episod 2 ni kan? =)
Alhamdulillah syukur, ada kesempatan nak share dengan semua pembaca blog ummi erna dan sebagai simpanan memori erna nanti-nanti. Entry ini nak bercerita soal perasaan erna dan suami bila erna sah hamil dan iman bakal dapat adik. Sebagai isteri dan ibu, naluri yang diri ini bakal hamil dan sah hamil adalah sangat kuat. Sebab menyusukan iman, erna pernah tak didatangi period berbulan-bulan. Selain tu, di awal usia iman 3bulan erna pernah ambil suntikan untuk merancang keluarga. Jadi, bila jumpa doktor..doktor cakap itu adalah perkara normal bagi ibu-ibu yang fully breastfeed anak. Tapi, erna buat keputusan untuk makan GLA Complex Shaklee dan sememangnya GLA Complex Shaklee membantu ibu-ibu membaiki masalah hormon mereka.
Ternyata dengan izin Allah, GLA Complex yang erna makan membantu period erna kembali normal. Sejak period kembali normal, erna memang mengamalkan GLA Complex secara rutin. Sampaikan kepada bulan september, erna yakin yang erna akan hamil dn erna memang hamil. Sebab tu, tak sampai waktu period dan tak sampai pun masa lewat period, erna dah buat upt test (ujian kehamilan). Banyak kali conversation antara erna dan babah iman. Erna selalu cakap..yang erna akan hamil dan erna hamil. Babah iman pula, menidakkan apa yang erna cakap.
Ok, bercerita soal perasaan pula..dalam hati kecil ada perasaan inginkan baby a.k.a adik iman. Tapi, bila saja terlintas dalam hati dn fikiran nak ada baby baru, laju-laju je mulut erna ni sendiri akan cakap.."nanti dulu. iman kecik lagi. iman nak minum susu ummi atleast 2tahun.." dalam masa yang sama..hati dan fikiran balas, "alaaa orang lain boleh je susu kan anak walaupun hamil. yakin la pada rezeki Allah.." mulut lagi sekali akan cakap.."takpelah..sabar la dulu..nantilah lepas iman 2tahun boleh usahakan dapat adik baby.."
Hurm. Hati, fikiran dan mulut bercakap sesama sendiri. Hebat bukan. Hati, fikiran dn mulut milik Puan Erna Nordiana Zamri ^__^
Erna tak tahu lah penerimaan ibu-ibu lain bila nak dapat anak baru. Tapi erna sentiasa bermain dan bersoal jawab dengan diri sendiri. Bersediakan erna nak ada anak lagi? Bertambah anak, bertambah tanggungjawab. Bertambah anak, bertambah kos. Bertambah anak, bertambah satu perkara yang berat pada erna..mampukah erna membahagi kasih sayang. Sedangkan iman adalah segalanya pada erna sejak iman mula ada dalam rahim erna. Bukan mudah sebenarnya nak menerima kehadiran insan baru dalam hidup ini walaupun insan itu adalah anak kedua.
Itu perasaan sebelum hamil dan juga diawal kehamilan.
Bila sah hamil, dah dapat tengok kantung dan mendengar degupan jantung bayi yang kedua di kandungkan dalam rahim sendiri, masa checkup depan doktor..relax je erna ni. Tak excited macam pertama kali dapat dengar degupan jantung abang iman dulu. Dalam hati ucap syukur. Untuk pengetahuan, pertama kali dapat pengesahan doktor, erna pergi ke klinik Dr.Sophea di Puchong Utama fav erna tu seorang. Suami kerja dan memang sengaja erna pergi sendiri sedangkan suami banyak kali suruh tunggu dia dan pergi bersama dengan dia malam. Satu lagi perkara pelik yang erna buat diawal kehamilan kedua ini. Sebab masa mengandungkan iman..jika ada suami, memang erna nak suami yang temankan. Lainlah bila erna di UniMAP, memang suami tak ada. Terpaksa pergi tanpa suami kan. Tapi, berbeza kali ini. Pergi sendiri.
Dalam kereta, erna tengok gambar scan lama. Membelek-belek gambar kantung dan dot kecil yang tak nampak rupa bayi pun sebenarnya. Hanya kantung dan dot. Terlalu kecil lagi adik iman masa tu. Awal november tahun lalu peristiwa ni. Rasanya hampir 20minit erna duduk dalam kereta dan tak terus balik rumah. Masa tu baru timbul satu rasa...yang sebenarnya erna memang bersedia ada anak lagi. Nangis dalam kereta erna masa tu. Sebak dan perasaan yang tak tahu nak cakap. Syukur yang hanya Allah tahu. Orang lain yang berkehendak anak, walaupun seorang bukan main susah. Sedangkan kami suami isteri, Allah hadiahkan zuriat semudah ini.
Pegang perut, air mata keluar tak henti-henti. Mulut cakap "ummi sayang adik dan abang. selamat datang adik ke keluarga kami. ada ummi, babah, abang iman.." ulang-ulang cakap ayat yang sama. Lama juga la air mata keluar. Entah..tak tahu kenapa dan tak tahu rasa apa. Rasa seronok hamil lagi dan peristiwa ada baby dalam rahim tu sama cuma perasaan kehadiran anak baru dan perasaan hadirnya iman adalah berbeza.
Entah macam mana sebenarnya nak berkongsi perasaan itu, hanya ibu yang bakal dapat anak kedua sahaja yang tahu rasanya. Setiap kali nenenkan iman, mesti hati rasa sesuatu. Awal-awal hamil dulu selalu juga bersoal jawab dengan emosi sendiri. Rasa sayangkan iman tak tahu nak cakap banyak mana. Sebab tak ternilai banyak sayang pada iman. Apapun syukur..masih di berikan rezeki menyusukan iman dan dalam masa yang sama..mengandungkan adik iman. Rezeki sangat!
Entah macam mana sebenarnya nak berkongsi perasaan itu, hanya ibu yang bakal dapat anak kedua sahaja yang tahu rasanya. Setiap kali nenenkan iman, mesti hati rasa sesuatu. Awal-awal hamil dulu selalu juga bersoal jawab dengan emosi sendiri. Rasa sayangkan iman tak tahu nak cakap banyak mana. Sebab tak ternilai banyak sayang pada iman. Apapun syukur..masih di berikan rezeki menyusukan iman dan dalam masa yang sama..mengandungkan adik iman. Rezeki sangat!
Suami selalu ingatkan erna, "kita perlu sama-sama excited macam adanya iman dulu dan sekarang adik..kena excited sama macam dulu tau!" suami adalah orang yang paling happy. Suami orang yang paling awal ulang-ulang cakap pada iman yang iman bakal jadi abang. Suamilah yang selalu panggil iman abang abang abang. Suami yang sibuk bagitahu pada semua yang dia bakal dapat anak lagi. Suami yang awal-awal dah tanya nak check up mana, nak bersalin mana, nak makan vitamin apa, nak makan apa? Kagum dengan suami. Suami cakap, suami bersedia nak jaga kami bertiga. Suami cakap, jangan takut sebab orang lain pun mampu ada anak ramai kenapa tidak kita? Suami cakap..sayang abang iman, sayang adik iman. Yes adik iman, ummi pun sama. Ummi, babah, abang iman..kami semua sayang adik iman.
Paling best, suami setiap hari atau selang 2 3 hari akan tanya..adik iman dah gerak ke? Hahaha..kecik lagi adik iman ni. Manalah nak rasa pergerakkan. Terlalu awalkan? Abang iman dulu pun, dalam 5-6bulan juga baru ummi dapat rasa gerakan. Tapi, kata orang..kandungan kedua dan seterusnya..kita akan rasa gerakkan tu lebih cepat. Hope so. Sebab ummi pun dah tak sabar nak rasa adik iman gerak-gerak dalam perut ummi ni.
Mengawal emosi ketika hamil adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi iman masih kecil dan usia tak sampai 2tahun pun lagi. Jadi, erna yang 24jam bersama iman selalu usaha untuk bersabar dan tak nak marah-marah iman. Biasalah kadang tu iman pun ada ganggu erna nak duduk depan laptop. Ada masa tu iman akan meragam kacau ummi packing barang dan lain-lain. Syukur..rumah ibu dekat sangat dengan rumah erna. So ibu memang banyak sangat membantu erna.
Erna tak pernah ketinggalan makan B Complex Shaklee. Bcomplex Shaklee, bukan sahaja mengandungi asid folic yang sememangnya diperlukan oleh tubuh ibu dan perkembangan janin, malah B Complex ini membantu menangani stress serta apa-apa yang berkaitan dengan mental dan otak.
Vitamin B Complex – vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak
Vitamin B1 – kurang kosentrasi dan daya tumpuan
Vitamin B3 – tekanan perasaan
Vitamin B5 – kurang daya ingatan, stress
Vitamin B6 – mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress
Vitamin B12 – kurang daya ingatan, keliru
Asid Folik – tekanan perasaan, gemuruh
Kini, kami suami isteri bersedia dan gembira menerima kehadiran insan baru. Bakal anak syurga kedua kami ini. Abang iman, kesayangan kami..adik iman pun sama juga. Dua-dua pun permata hati dan penghibur. Dua-dua rezeki tidak ternilai daripada Allah. Dua-dua amanah serta tanggungjawab dari Nya. Sebenarnya..November adalah bulan yang sangat istimewa. Di limpahi rezeki Allah yang tidak putus-putus. Syukur..
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment