Iman Tambah Title 'Abang' - Abang Iman

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Eh, entry ni panjang tau. Tak perasan terpanjang. Excited gamaknya. hihi. Selamat membaca semua..(tajuk memang terus terang sangat kan. sebabnya tak tau nak letak tajuk apa)

Ehem..ehem..sekarang dah bersedia nak berkongsi secara terbuka dan nak berkongsi berita gembira, rezeki tahun baru untuk kami sekeluarga. Sebenarnya rezeki serta nikmat Allah ini juga adalah hadiah hari lahir untuk erna november tahun lalu. Al-kisah selepas kelahiran Iman Zikir ke dunia 30 Mac 2012, erna dan suami memang berbincang untuk mengambil langkah penjagaan dan merancang untuk jarakkan kelahiran anak-anak kami. Niat utama erna nak susukan iman selama 2tahun lengkap penyusuan adalah antara salah satu sebab utama kami perlu professional merancang keluarga. Atas pamplet yang boleh dapat daripada klinik kesihatan ada tercatat, "Merancang keluarga adalah tanggungjawab bersama ke arah keluarga bahagia" . 

Menyusukan iman dengan susu ummi 100% menyebabkan erna tak period lebih daripada 6bulan. Kalau ada period pun, period ala-ala kacau bilau. Erna ada berjumpa dengan doktor dan kata doktor, itu perkara biasa bagi ibu yang menyusukan anak 100%. Tapi, bila lama tak period setiap bulan akan timbul rasa..'eh, mengandung ke ni?' 'ada baby ke ni?' 'iman nak dapat adik ke?' Setiap bulan akan berdebar-debar dan ada juga erna beli UPT test. Walaupun doktor cakap itu perkara normal, tapi tetap timbul perasaan ragu-ragu. Setiap kali check, negetif. Fuh...tarik nafas lega masa tu. hihihi. 

Kemudian erna buat keputusan untuk makan GLA Complex Shaklee dan tak habis pun lagi sebotol GLA Complex yang ada 60kapsul, erna dah period. Seronok dan jakun la juga sebab lama tak period kan..Period normal 7hari gitu. Erna tak stop makan GLA Complex, erna teruskan makan baki yang ada macam biasa. Kemudian masuk botol kedua pula. Terus makan dan alhamdulillah..seronok bila period erna datang on time mengikut kitaran yang betul. Boleh REFER SINI BAGAIMANA UNTUK MENGIRA KITARAN HAID. Lebih kurang tiga bulan period erna cun cun datang..masuk bulan ke-4, jeng jeng jeng.....

Hati terdetik, 'eh...ada baby ke?' Perasaan sendiri yang diri ini mengandung, memang kuat. Tapi, masih menidakkan. Berteka teki sendiri je. Lagipun takut juga diri ini terpengaruh dengan geng gojes di fb yang menjangkit dan past past baton mengandung. hihi. Yelah..bila ramai kawan-kawan hamil, hati tu..ada rasa macam....'bestnya ada baby..bestnya mengandung..' mulut menidakkan..tapi hati kuat kata 'ye, aku hamil ni'. Erna minta suami belikan upt test kit untuk check sendiri di rumah. Suami pun buat muka pelik, tanya kenapa? haih..tak kan la saja-saja kan. Mestilah nak test. Suami pelik tapi turutkan apa isteri nak. Suami beli test kit yang mahal kat 7e. Erna tanya kenapa beli yang mahal? Sayang pulak erna ni nak guna. Suami cakap, yang tu je ada. Terus dia beli. Ish la suami ku..ingatkan ada yang RM6 ke kan. Beli yang tu jela. Tapi tak apalah, excited punya pasal kan, erna pun test. Masa tu belum lewat period lagi tau! Haaaa nampak tak perasaan mak mak mengandung tu sangat kuat yang mengatakan diri ini hamil? Tak lewat period lagi dah test. Selalunya kalau dah lewat period barulah test kan? hurm...

Test pertama, 27/10/2013 -----> keluar 1line sahaja

Puas erna belek-belek upt test tu, memang nampak 1line sahaja. Ok, tak apalah..ada lagi1, esok pagi-pagi test lagi. Excited punya pasal kan..test pertama tu erna buat malam-malam. Haha..tak tahulah kenapa. Nak check sangat, Sedangkan erna tahu kalau nak dapat result awal yang lebih baik, kena check guna air kencing pertama awal pagi. 

Test kedua, 30/10/2013 -----> macam ada 2line tapi macam 1line je

Test kedua ni, erna tergelak-gelak sorang dalam toilet. Yelah..membelek upt test tu macam apa. Siap telek kat bawah lampu, pastu telek tepi tingkap bercahaya. Haha..lawaknya bila ingat semula. Line tu, nampak macam ada 2. Nampak macam ada 1line je. Tapi, erna tak buang pun upt test kit tu. Erna simpan. Letak kat atas para dalam toilet. Suami ku tak tahu pun. hihihi



Test ketiga, 1/11/2013 -----> Nekad beli yang Clear Blue Digital Pregnancy Test 

Test kalini nak percaya 100% tak juga sebab ada juga erna terbaca yang Clear Blue Digital Pregnancy Test ni bagi result salah. Mahal betul upt test ni. Erna tak pernah beli jenis ni. Masa iman dulu pun tak beli yang ni. Harga RM29.90. Mahal la kan sebab sekali guna terus kena buang. Lagipun, result yang keluar ni bukan lasting. Hanya 24jam sahaja ada. Lepas 24jam hilang tulisan tu. Test kalini memang paling mendebarkan. Sebab celup-celup je keluar jam pusing-pusing. Dup dap dup dap. Sekali keluar result. Taraaaaa.......






Test keempat, 5/11/2013 -----> Terang lagi bersuluh 2line ^___^

Bukanlah tak puas hati dengan result daripada Clear Blue Digital Pregnancy Test, tapi sebab pernah terbaca ada yang kata false result, erna pun beli lagi upt test kit. Test kalini..kejap je dapat lihat result dengan terang. Alhamdulillah...


Secara sah erna ke klinik 8/12/2013 alhamdulillah..doktor sah kan hamil. Adik iman sangat kecil lagi masa ni. Masa ni, baru nampak kantung dan satu dot yang sangat kecil. Next checkup pada  22/12/2013 alhamdulillah masa ni nampak adik iman dan dapat dengar degupan jantung adik iman. Ya Allah...perasaan apakah? Sekali lagi Allah izinkan lalui pengalaman yang sama. Tapi ternyata perasaan yang berbeza. Betullah kata orang, setiap anak perasaan tu berbeza. Hanya yang melaluinya akan faham apa yang erna maksudkan ini.

Jika ikut last month period, usia adik iman kini 14w +. Tapi, selepas 1st check up dengan Dr. Raja Juhaidah di Columbia Hospital Puchong, doc cakap..lepas scan adik iman..saiz adik iman kecil daripada usia jika ikut tarikh last month period yang erna bagi. Jadi, officialy doc dah bg tarikh kemungkinan persenyawaan berlaku dan usia adik iman kini 13w +. Doc cakap tak perlu risau sebab perbezaan hari (usia adik iman) mengikut saiz adik iman sebenar daripada mesin scan dan juga (usia adik iman) mengikut kiraan last month period tak sampai seminggu. So, masih boleh diguna pakai. Cuma, doc sarankan untuk erna gunakan tarikh mengikut saiz adik iman hasil scan pertama. Tak nak kalau-kalau usia adik iman dah 14w + tapi saiz masih lagi 13 +. Bagus Dr. Raja ni. Walaupun check laju-laju tapi penerangan jelas dan erna sendiri la tanya banyak soalan dan jawapan doc memang memuaskan hati. 

Doc cakap, selalunya ibu-ibu ni bagi tarikh last period tidak tepat dan sebenarnya usia baby tak sama pun dengan tarikh yang di beri. Jadi, tak mustahil akan berlaku kes anak di induce masa kelahirannya nanti. Kononnya anak tak nak keluar-keluar. Doktor cakap, perkiraan yang salah boleh menyebabkan..usia baby secara teori tak selari dengan usia sebenar baby. Maknanya..apa yang erna faham, mengikut kes erna tadi..erna sendiri kira, jika baby kita sebenarnya baru 38w tapi gara-gara salah bagi tarikh period, baby dah 40w +. Kesilapanlah di situ kan? Lepas tu, baby tak 40w lagi dah terpaksa nak induce. Mengikut apa yang erna faham lah ni. Lain-lain tanya gynea sendiri ye. hihii

Plan untuk adik iman kalini, nak checkup sama macam abang iman. Ummi dan babah decide nak checkup klinik kesihatan kerajaan dan juga checkup di hospital swasta yang ummi target nak melahirkan adik iman nanti. Tapi, buku pink kerajaan tu tak buka pun lagi. Owh maafkan ummi, adik iman..tak sempat memanjang ummi nak pergi. Nenek pun dah banyak kali suruh ummi pergi buka buku pink. Nantilah sebelum 16w ummi akan pergi ok =) Sebab 16w akan ada satu checkup khas di klinik kerajaan. Persediaan checkup di dua tempat adalah penting mengikut pengalaman lalu. Abang iman lahir di PMC tapi, terpaksa di pindahkan ke NICU sebelum 24jam kelahirannya kerana masalah paru-paru masa di lahirkan dulu. Bertindak mengikut pengalaman lalu.

Iman bakal dapat adik pada usia 2tahun 4bulan. InsyaAllah..

Syukur iman masih minum susu ummi seperti biasa dan nenen sangat diperlukan bila iman nak tidur. Alahai manja ummi...

Oklah..dah panjang sangat ni. Tahniah dan terima kasih pada yang sudi baca dari mula sampai tamat. Nanti erna share cerita-cerita lain di awal kehamilan a.k.a trimester 1 adik iman ni. Banyak sangat nak cerita. Cerita tentang abang iman dll. Stay tune. Last, erna konsisten mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE. Doc pun cakap ok. Bagus. Tiada masalah nak teruskan ^___^

Vitamin - Set Kehamilan yang wajib erna ambil setiap hari.

Abang Iman Zikir to be 

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah

Iman, sampai bila-bila iman adalah kesayangan ummi dan babah. Sampai bila-bila iman permata hati kami. Sampai bila-bila iman adalah semangat dan kekuatan ummi. Cepat-cepat pandai membaca..iman boleh tahu semua isi hati ummi di sini. Iman, terima kasih ye..terima kasih sebab bahagiakan ummi, babah dan kami semua dalam keluarga besar kita. Iman, iman abang iman. Abang Iman yang makin hari makin bijak cerdik pandai. I Love U iman. Jadi anak baik. I Love U sayang. I Love U anak-anak ummi dan semestinya ummi kasih serta cinta babah sampai jannah!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment