Jana Pendapatan 5angka Dengan Shaklee Tercapai!

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Dari kecil erna selalu set dalam kepala yang erna perlu belajar pandai-pandai , masuk Universiti dan naik pentas terima ijazah. Sama macam yang selalu lihat dalam tv dan juga kalau ke rumah saudara-mara banyak tergantung gambar mereka ambil scroll. Tak pun gambar mereka sedang melangkah atas stage dengan pakai jubah besar dan bertopi ada tali. Mungkin juga dah di set dalam kepala oleh ibuayah sejak kecil, nak hidup senang hari tua..perlu belajar pandai-pandai dan kerja elok-elok. Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China ^___^

Erna bukan top scorer dalam kelas. Tapi, syukur..mampu juga habiskan Ijazah Kejuruteraan. Selalu juga terfikir, kenapalah kejuruteraan? Nak kata minat dan bercita-cita dari kecil nak jadi engineer tak juga. Dari kecil cita-cita nak jadi cikgu. Bila besar sikit, upgrade cita-cita jadi pensyarah. Rezeki dan percaturan Allah..siapa boleh halangkan? Mana ada orang tahu 10tahun lagi siapa dia dan bagaimana dia ketika itu. Hidup lagi kah..atau sudah kembali kepada Pencipta.

Cuma, semakin meningkat usia..semakin matang kita. Barangkali. Barangkali itu pada erna maksudnya..mungkin kita mula berfikir sesuatu yang tak pernah kita fikir sebelum ini. Tetapi, pada satu tahap, bila usia semakin meningkat..kita mula memikirkan sesuatu yang tidak pernah pun kita terfikir sebelum ini. Kita juga akan bertindak seperti apa yang tidak pernah kita bayangkan. 

Bertambahnya usia, ketika ini, hari ini, saat ini, erna mula belajar untuk membayangkan apa yang bakal erna lalui 10tahun akan datang. Siapa erna 10tahun akan datang. Berapa banyak anak yang erna dan suami ada 10tahun akan datang. Isteri yang bagaimanakah erna ingin jadi 10tahun akan datang. Bunyi macam pelik tetapi inilah yang sedang erna usahakan. Seronok sebenarnya membayangkan siapa kita 10tahun akan datang. Semestinya membayangkan yang indah-indah sahaja sambil acapkali ucap - amin amin amin 44x.

10tahun lalu, erna tak pernah terfikir erna adalah seperti harini. Bila di kira-kira, 10tahun lalu erna ambil SPM. Pada saat dan ketika itu rasa..macam dah besar je dah habis sekolah. Hakikatnya, saat itu baru nak mula kehidupan yang lebih mencabar. 

Syukur Alhamdulillah..erna mengenali Shaklee di awal usia sekarang ni. Januari 2014 adalah ulang tahun pertama erna bersama Shaklee. Sebenarnya mula mendaftar 24 januari 2013. Mana pernah terfikir yang erna akan jadi suri rumah sepenuh masa dengan melayan anak dan menjalankan perniagaan hanya dari rumah. Lebih seronok, ibu adalah peneman setia erna dalam perniagaan ini. Selain bawa iman ke mana-mana, ibu juga antara tulang belakang yang sangat penting. Suami? Restu serta izin suami adalah kejayaan erna harini.

Syukur Alhamdulillah..kebebasan masa serta nikmat yang tidak ternilai Allah beri pada erna. Saat orang lain terpaksa bersiap-siap awal pagi. Terpaksa kejutkan anak, terpaksa dukung anak yang sedang lena di ulit mimpi dan sebenarnya Erna sendiri pernah lalui pengalaman seperti itu, dalam tempoh lebih kurang 6bulan terpaksa bersesak-sesak pagi hari merempuh jem pergi kerja balik kerja demi mencari rezeki. Sekarang? Awal pagi selesa berada di rumah. Tenang buat amalan menjemput rezeki setiap pagi. Bahagia memeluk iman setiap pagi dan bahagia lihat anak lena tidur. Tidak timbul isu terikat dengan sesiapa. Tidak perlu bodek serta mengampu sesiapa. Allah adalah pemberi rezeki. Perniagaan mengajar erti pergantungan yang hebat pada Allah S.W.T

Syukur Alhamdulillah..pada usia ini, dengan perniagaan Shaklee yang hanya erna kerjakan dari rumah ini, dengan izin Allah..suri rumah berpendapatan 5angka setiap bulan, bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ia adalah realiti. Kenapa erna cakap realiti? Kerana selepas 10bulan erna serius jalankan pernigaan Shaklee, pendapatan bulanan 5angka bukan lagi sesuatu yang mustahil pada erna. Allah pinjamkan nikmat merasai pendapatan 5angka. Syukur Ya Allah..Syukur. Mustahil pada erna, jika erna terus bekerja dengan cara yang lama, erna tak akan mampu dapat pendapatan bulanan seperti sekarang ini. Semoga pinjaman nikmat ini, dapat erna galas sebaik mungkin dan manfaatkan perbendaharaan Allah ini dengan baik. 

Bermulanya erna dengan perniagaan ini bonus sikit je. Bukanlah tiba-tiba dapat sebanyak sekarang ini. Tapi, angka itu sentiasa berubah bulan ke bulan. Seronok. Seronok sangat. 3angka, 4angka, 10bulan dan tak sampai setahun dah menjadi 5angka. InsyaAllah..more to come. Semoga 5angka itu semakin beranak menjadi semakin besar.

ini stock permulaan masa baru mula-mula menjalankan perniagaan Shaklee

Ini almari stock kesayangan hadiah dari suami. Ini pun tak penuh sebab habis. 
Bila dah re-stock , tak sempat dan tak ingat nak snap pic, dah kosong semula almari ni. Alhamdulillah...rezeki ^___^

Erna selalu pesan pada semua downline ataupun rakan perniagaan erna, jika anda semua serius ingin berjaya dalam perniagaan Shaklee anda, buat sungguh-sungguh dan jangan main-main. Jika anda main-main, jangan salahkan Shaklee, jangan salahkan upline, jangan salah sesiapa jika anda masih tak dapat apa-apa hasil dengan apa yang sedang anda kerjakan. Memang tiada paksaan dalam perniagaan Shaklee ni. Anda Buat, Anda Dapat! Anda main-main, income anda pun main-main je nak masuk akaun :P

Sebenarnya terlalu banyak perubahan yang erna lalui dan erna bersyukur sangat dengan rezeki Shaklee erna. Sememangnya semua adalah pinjaman dari Allah. Setiap pertengahan bulan, bonus masuk ke dalam akaun. Boleh berkongsi rezeki dengan ibuayah, berkongsi dengan umat islam yang memerlukan dan banyak perubahan lain yang erna lalui sejak serius menjalankan perniagaan ini. 

Ini poster lama. New Rank July 2013. 
Tunggu poster Senior Coordinator pula ^___^

Seronok tidak terkata. Extra bonus! Dapat car bonus setiap bulan.

Group Utara bersama leader-leader. Seronok sangat dapat jumpa semua. Bermula hanya di alam maya..kemudian realiti dapat laga-laga pipi. Semua Hebat!

Ramai yang ragu-ragu, takut-takut dan memilih untuk melihat sahaja kejayaan orang lain. Setiap orang persepsi juga berbeza. Tetapi, jika anda pernah terfikir untuk mengubah nasib anda dan keluarga anda dan jika anda mahukan kehidupan yang lebih baik dan lebih selesa, berbuatlah 'sesuatu'. Semoga 'sesuatu' yang anda buat adalah jalan terbaik dan mampu mengubah kehidupan anda. Jika anda berminat ingin menjana pendapatan dengan pernigaan Shaklee, nasihat erna..pilihlah mentor yang betul-betul boleh membimbing anda. Kerana dalam perniagaan Shaklee, mentor atau upline adalah sangat penting kerana orang-orang ini yang akan memberi bimbingan mengenai produk, marketing dan mentor juga yang akan bersama anda memberi sokongan moral dan emosi.

Tak kenal maka tak cinta



Perkongsian di sini tiada niat untuk riak atau menunjuk. Ini adalah perkongsian. Perkongsian dari apa yang erna lalui sendiri dan ini adalah kisah benar. Kisah benar daripada apa yang erna fikirkan, apa yang erna rasakan dan apa yang erna sendiri lalui saat ini. Hidup senang bukan dengan duduk rumah besar dan mewah semata-mata. Bukan dengan berkereta besar. Bagi erna, hidup senang yang erna lakarkan adalah bila diri ini mampu berkongsi apa yang ada dengan orang-orang tersayang. Erna lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja. Jadi, erna memilih untuk buat 'sesuatu' yang bukan biasa-biasa demi keselesaan orang-orang yang erna sayang disamping menambah nilai kepada kehidupan disekeliling erna.

JOM SERTAI KAMI MENJANA PENDAPATAN DENGAN HANYA BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE.

JIKA ANDA HANYA INGIN MENJADI AHLI UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN PRODUK  SHAKLEE SENDIRI, ANDA JUGA DI JEMPUT UNTUK MENDAFTAR AHLI.

HUBUNGI,


Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment