TEKNIK SEDEKAH KECIL TAPI BERI IMPAK BESAR

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Terbaca daripada wall fb Ustaz Mohammad Asraff Ayob. Selepas erna baca wall post daripada ustaz ini, rasa tertarik nak share dengan rakan-rakan blog erna. Sebab rasanya ramai di antara kita yang masih belum mengamalkan sedekah secara rutin.

BAGAIMANA TEKNIK SEDEKAH KECIL TAPI BERI IMPAK BESAR?

Antaranya ialah : Setiap kali ingin keluar, sediakan duit seringgit-seringgit di poket anda. Niatkan untuk sedekahkannya setiap kali bersua dengan mereka yang memerlukan.

Idea ini saya perolehi dari ulama pencinta Rasulullah s.a.w yang anda kenali : Habib Syeikh.

Siapa yang tak kenal Habib Syeikh? Insan pencetus fenomena Malaysia berselawat? Kerana beliau, anak-anak kita punya habit baru : dari kebiasaan menyanyi lagu lagha diganti kepada selawat & pujian Rasul 'Ya Hanana'. 

Alhamdulillah, saya berkesempatan menemui beliau tahun lepas di majlis berbuka puasa anjuran Richworks.

Ketika itu selepas maghrib. Saya sedang menjamu juadah berbuka puasa bersama isteri dan anak perempuan kami berusia 4 tahun, Aliya. Tiba-tiba Habib Syeikh bersama Dr Azizan Osman lalu di hadapan meja kami. Saya mengambil kesempatan untuk bersalam dan bertanya khabarnya. Seperti biasa, habib yang berhati bersih ini akan bersungguh melayan kita seperti bertemu rakan karib yang lama tidak bersua. Perbualan singkat, tapi penuh ceria & memberi makna. 

Tetapi bukan itu yang ingin saya fokuskan. Perkara besarnya berlaku selepas itu. Habib Syeikh bertanya 'anak ustazkah?', sambil mengusap kepala Aliya. Saya mengangguk tersenyum. 

Tidak semena-mena, Habib Syeikh mengeluarkan nota seringgit dari poket beliau dan menghulurkannya kepada Aliya. Anak saya pula dalam mood 'malu-malu gadis sunti' mengambilnya & ucapkan 'thank you uncle'.

Kata orang, jika seseorang bersedekah kepada anak dihadapan ibu-bapanya, mungkin ia dianggap sebagai 'peristiwa menjaga hati rakan'. Itu yang saya fikirkan. 

Tetapi dalam kes Habib Syeikh ia tidak begitu. Beliau memang benar-benar suka bersedekah. Selepas meja kami, beliau melalui beberapa meja lain yang ada anak kecil. Semuanya ceria menerima nota seringgit dari 'artis' yang selama ini menjadi pujaan.

Saya sempat bertanya Dr. Azizan : 'Doc, Habib Syeikh memang macam tu ke?'

'Ya ustaz. Beliau memang selalu prepare duit kecil dalam poket jubahnya. Guna untuk disedekahkan kepada kanak-kanak'.

Subhanallah! Kata saya dalam hati. Ini adalah teknik bersedekah baru yang amat unik. Simple tapi proven. 

Teknik 'bawa duit seringgit-seringgit' ini sedang saya jadikan sebagai tabiat harian. Sediakan 'weapon' awal-awal untuk bersedekah. Barulah tidak berlaku kejadian seperti di bawah ini jika kita di datangi orang meminta sedekah yang benar-benar memerlukan. Contoh kejadian yang biasa;

'alamak, takde duit kecil-lah nak hulur orang ni' 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment