TAHUN BARU 2014 UMMI ERNA
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dah masuk hari ke-4 tahun 2014 baru la erna berkesempatan nak update entry pembuka tahun 2014. Seperti biasa, setiap kali bermula tahun baru..pasti ada sahaja azam ataupun impian yang ingin di capai dalam tahun tersebut. Cuma, semangat berpindah ke tahun baru 2014 ini lain macam. Kerana makin vateran agaknya. Kesedaran kenyataan hidup pun semakin jelas. Pemikiran juga mungkin lebih matang dan lebih mak mak nampak gayanya. Kalau bujang-bujang dulu, pasti azam itu terletak atas bahu sendiri. Fokus lebih pada kemajuan diri sendiri. Tapi, bila di senaraikan azam tahun ini, fokus lebih banyak pada kekeluargaan. Memajukan keluarga. Berusaha 'sesuatu' untuk orang-orang yang di sayangi. Bunyiknya macam matang sangat dah ni. hihi
Walaupun bulan kelahiran erna November jauh lagi..tapi, mengikut tahun kini 27tahun dah usia erna. Owh makin berusia. Bukan makin muda. Bila makin berusia, kematian juga semakin menghampiri. Dan sebenarnya..kematian tak tunggu pun kita tua. Sebab ramai juga kawan erna yang meninggal pada usia muda.
Apa sahaja yang berlaku dan telah menjadi sejarah dalam hidup erna sepanjang 2013, adalah suatu pengajaran hidup. Awal tahun lalu ada ujian, bila redha, dipertengahan dan ke penghujung tahun..subhannallah..nikmat besar tidak terkata.
Apa wishlist atau azam tahun ini?
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua di dunia dan akhirat. InsyaAllah..
ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!
0 comments:
Post a Comment