Iman dah ada Adik ke....????
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Mula nak menaip entry ni, teringat pulak entry wawa tentang rezeki. Sama la macam yang wawa alami tentang rezeki tu. Taip sebaris dua ayat..padam. Taip lagi..padam. Baru nak menaip, dah berpeloh peloh. Apalagi kalau betul rezeki itu memihak kepada ku saat ini. Fuuhhh...lempang pipi kiri kanan jap! Mimpikah daku??? huhuhu. Kalau yang tak tau tu, sure tertanya-tanya apa yang erna maksudkan ni? Meh nak bagitau sini.. Rezeki yang dimaksudkan tu adalah..rezeki adik untuk iman. Atau lebih mudah difahami, adakah daku sudah hamil lagi??? aiyoooo sape nak jawab...
Erna sejak belum kahwin lagi period cycle sangat cantik. Kiranya memang tak ada masalah period. Lepas kahwin pun memang tak sempat nak period sebab bila dikira-kira ikut period cycle, tarikh honeymoon kami di langkawi dulu, tarikh subur erna =) Dengan izin ALLAH, terus di sahkan hamil. Itu yang orang cakap bunting pelamin. Tapi saya tak naik pelamin ponnn. Sebab tu bila bulan lepas tak period langsung, mulalah rasa susah hati. Mula-mula, ok..relax lagi. Ayat yang selalu terkeluar dari mulut ni, period lah ni nanti. Nanti..nanti..nanti..tunggu sampai harini tak period period pun. Harini dah masuk 10september tak period langsung. Mulalah berdebar oke! Apa yang menambah rasa takut sedia ada, erna rasa mual-mual tekak dan kepala sedikit pusing. Dalam 2minggu lepas, selera makan melampau tahap tak tau nak cakap. Syukur berat badan tak naik pun. Malah makin turun dari sebelum kahwin. Even tersangatlah banyak erna makan dalam masa 2minggu ni.
Langkah pencegahan telah pun diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Iman dalam perut lagi dah mula berfikir-fikir cara nak mengawal produktiviti. Tapi banyak juga terbaca, ada mommies yang dah ambil langkah berjaga-jaga tetap mengandung. Ini semua rezeki ALLAH. Mana mampu nak menolak kalau telah ditakdirkan inilah rezeki kami suami isteri. Lap peloh lagi.. Kami suami isteri pun dah ambil langkah berjaga-jaga. Memang tak terfikir oleh daku untuk hamil buat masa sekarang ni. Ada jugak terfikir nak check sendiri dulu. Tapi masih belum bersedia nak check. Konon...ahahah. Gelabah punya pasal, ayat nak taip ni pun dah berterabur.
Banyak kali dah bagitau suami kerisauan tentang tak datang-datang period ni..suami relax je. Tadi pun, baru je cakap kat suami lagi. "Alaaa...tak payah risau. Tak payah nak pening-pening..bukan kita tak kahwin lagi. Kalau mengandung pun takpelah. Rezeki.." best tak jawapan suami tercinta ku itu? "Setiap anak adalah rezekinya..jangan risau..pelik la sayang ni. Nape nak risau.." aduyai..best je jawapan suami kan? Jujur,bagi erna..mengandung adalah moment paling indah dan menarik. Bila terkenang saat iman menendang dalam perut, ALLAH je tahu perasaan bahagia tu macam mana.
Jika ini adalah takdir dan telah tertulis rezeki seawal ini adalah untuk kami suami isteri, erna terima dengan hati terbuka. Percaya pada apa yang suami cakap.."setiap anak,adalah rezekinya nanti.." Sedikit perkongsian menenangkan hati..
a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah.
Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t.
.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan.
b. Anak adalah penyambung keturunan.
Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani)
c. Doa anak soleh itu tidak terputus.
Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.
#Credit here
iman 5month 10days
Iman sayang..sampai bila-bila iman permata hati ummi dan babah. Jika seawal ini iman telah ditakdirkan bergelar 'Abang Iman'..Iman tetap baby kecil pada ummi dan babah. Kami sayang iman sangattt.. Semoga Iman sentiasa dalam lindungan ALLAH dan menjadi anak soleh ummi babah. Amin..
Assalammualaikum dan Salam sejahtera... Mula nak menaip entry ni, teringat pulak entry wawa tentang rezeki . Sama la macam yang wawa alami ...








