Pengalaman Melahirkan Iman - Part 1

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Harini, dah 8hari erna berada kat Alor Setar. Alhamdulillah iman beransur pulih..Babah iman keluar beli makan. Erna dan ibu tunggu kat hotel dan insyaAllah harini iman akan keluar wad. Kejap lagi erna akan ke hospital melawat iman. Ok2..entry kalini,entry ke lantai.. :) Erna akan share setiap detik yang erna ingat sepanjang proses melahirkan iman..

29 March 2012 (Khamis)

Setiap hari khamis, erna memang tiada kuliah. Tapi ada lab.Lab Satellite communication batal. Cuma ada lab DSP. Lab DSP mula kul2-4ptg. Petang tu,erna pegi lab macam biasa. Tiada pun tanda-tanda nak bersalin. Kepenatan,memang biasalah sejak iman makin besar dalam kandungan. Lab harini,lecturer ganti untuk ajar. Sebab isnin minggu depan nyer akan ada 1st test. Dalam lab, erna ada la borak-borak dengan Ashraf. Soalan yang sama ashraf tanya, "erna bila nak bersalin?" macam biasa jugak..jawapan erna, tak lama lagi bersalinlah ni..Petang tu,mai masak daging burger untuk erna dan munir. Mai masak 4keping. 1mai,1munir,1ummi,1iman. Maknanya..erna dapat makan 2keping daging burger. hehehe..

Malam,erna ajak mai dan munir makan. Munir tak nak ikut kami keluar makan sebab munir tengah berusaha keras nak siapkan FYP. Sebab esoknyer,munir kena jumpa supervisor FYP die nak tunjuk progress. Kelam kabut munir siapkan. Sampai takde selera makan dan erna keluar makan berdua je dengan mai. Kami tak tau nak makan mana. Jadi,erna terus ajak mai makan kat kedai Pak Cik Mat,Jalan Semarak. 

Al-kisah sampai je kedai makan tu, erna ternampak seorang student ni bawak sepinggan makanan warna hitam berkilat. Nampak menyelerakan. Bila tanya kat AAA..(tukang amik order) erna nak menu yang sama macam student tu. Rupa nyer..Nasi Goreng Kicap. Sampai je Nasi Goreng Kicap tu,erna pun makan la kan..mula macam bersemangat nak makan. Tapi tak sedap pun..huhuhu.Lepas makan terus balik rumah nak siapkan assignment electric circuit yang kena hantar esok.

10.30mlm

Sambil buat asg,sambil melayan FB. Tiba-tiba rasa sakit perut nak ke tandas. Erna pun ke tandas..tapi takde la pulak nak buang apa-apa. Keluar dari tandas dan sambung buat asg..

11.15mlm

Masa ni,tengah buat asg lagi..mana nak siap..sambil melayan FB dan babah iman call.Masa tengah borak-borak dengan babah iman,terasa skait perut la pulak. Act bukan la sakit sangat. Rasa yang sama macam rasa tadi..nak ke tandas. Bila pegi tandas,takde la pulang membuang apa-apa. Bila bagitau munir,munir mula la cakap..nak bersalin iman dah ke? Paling best..munir siap pujuk-pujuk iman cakap.."iman,keluar la..keluar la.." sebab nyer,kalau erna bersalin harini..esok munir tak perlu jumpa supervisor die. huhuhu...apala munir ni. Lawak je..mai pulak,"nak bersalin ke? siap-siap pegi PMC.." hehehe..erna relax je lagi. Masa ni tak rasa nak bersalin lagi. Cuma terfikir mungkin sebab nasi goreng kicap AAA yang tak sedap tu,buat erna rasa nak bersalin. :)

12.25mlm

Erna masih buat asg..masih main Fb..masih belum tidur. Mai dah golek-golek dalam bilik iman sambil main game kat Tab erna. Munir pulak macam tadi..masih pulun buat FYP. Upgrade design antenna die. Masa ni,erna ke tandas lagi..Kali ni,ada la membuang sikit.Sikit jela..tak banyak pun. Mula rasa tak sedap hati. Tapi tak ada pulak turun tanda apa-apa.Banyak kali munir cakap.."erna,tanda-tanda bersalin yang doktor bagitau dah ada ni.sakit sejam sekali ni.."erna pulak,cuba untuk relax. Mungkin sebenarnya erna dah dapat rasa yang erna dah nak bersalinkan iman..tapi,cuba menidakkan. Sebab takut kot..hehehe. Call babah iman,bagitau yang erna sakit perut sejam sekali sejak tadi. Mulalah babah risau. Setiap setengah jam babah call tanya nak bersalin ke..nak bersalin dah ke..erna pun ada call ibu bagitau sakit-sakit perut. Ibu suruh pegi PMC cepat. Sebab kalau nak ke PMC dari perlis,amik masa jugak. Lainlah kalau erna nak bersalin di Kangar. Boleh lengah-lengah. Ni nak bersalin kat Alor Setar,kena pegi hospital cepat..

2.30am

Erna masuk bilik..nak join mai tidur. Munir masih buat FYP kat hall. Macam biasa,ajak iman baca doa tidur..baca ayat kursi..dan erna cuba untuk tidur. Masa ni,ada la rasa sakit perut lagi. Munir tukang tengok jam dan setiap sejam munir akan tanya erna,sakit perut tak? nak buang air tak? Sebelum masuk bilik,memang ada rasatak selesa lagi pada perut. Tapi,masih boleh tahan dan buat keputusan untuk tidur. Erna plan kalau pagi sakit perut lagi, erna nak ke kliinik. Takut sebab nasik goreng kicap AAA tu, erna sakit perut. 

3.30am

Terjaga dari tidur sebab sakit perut dan kebetulan babah iman ada call tanya sakit perut lagi ke tak. Erna pulak mula terdetik dalam hati.."nak bersalin dah ke ni? nak dapat jumpa iman dah ke?" alahai..mula la berdebar rasa hati. Keluar dari bilik,munir masih gigih buat FYP. Bagus tul munir tu..Mai tengah tidur. Tapi,mai pun tidur-tidur ayam je tu. Sebab setiap kali erna pusing-pusing dalam kedudukan dalam bilik,mai akan tanya.."nak pegi hospital ke?kalau sakit..jom la pegi hospital..tak payah tunggu esok.." jawapan penakut erna, "esok je la mai..tak comfirm pun sakit apa ni.sakit nasik goreng kicap kot.." kami pun gelak-gelak mamai dalam bilik sama-sama. Hehehe..Erna ke tandas dan masih tak ada apa-apa tanda. Setiap kali ke tandas, mesti check tanda kat panties.

4.30am

Munir masuk bilik nak tidur..erna pulak tak lena sangat tidur dan terjaga nak ke tandas, Munir ,masih cakap benda yang sama.."lahir la iman..keluar la harini..tak payah pegi jupe Pn.Shahadah.." hehehe..munir..munir..lawak je. Masa tu,sakit erna datang lagi. Kami bertiga bersila atas katil. Sambil bincang kebarangkalian yang akan berlaku. Gelak-gelak kami bertiga,pagi-pagi tu. Tiba-tiba sakit erna datang lagi..perut mula rasa tak selesa lagi..Erna terus ke tandas. Kali ni..jeng jeng jeng..lepas buang air, erna nak mencuci..rasa ada lendir..Bila tengok,waaaaaaa.....ada lendir darah. Terus jerit panggil mai dengan munir. Berlari mai dengan munir ke bilik air. (Erna dengar dorang lari) Erna bukak pintu bilik air sikit dan tunjuk lendir tu pada mai dan munir. Sah! nak bersalin dah ni. Tapi dalam kepala erna,masih fikir..yangorangcakap kalau keluar lendir darah,belum nak bersalin..mungkin 2-3hari lagi baru bersalin. Terus call ibu..bagitau ada tanda dah. Ibu suruh cepat siap dan ke PMC. Tah kenapa masa bagitau ibu erna dah turun tanda, erna terus nangis. Erna cakap..erna takut. Takut nak bersalin dah..suami pun tak tentu sempat sampai tengok erna melahirkan iman. Uwaaaa...sedih sangat time ni. 

5.00am

Bermulalah siri mencemaskan untuk kami bertiga..Erna double check-up beg hospital erna. Kot-kot ada yang tertinggal. Mai dan munir pun mengemas sikit baju-baju yang dorang nak bawak. Erna sempat mandi time ni..Lepas erna mandi,munir pulak mandi..pastu,mai dah siapkan milo panas untuk erna. Erna sempat minum milo dan makan 2keping roti..sempat lagi tu..

5.30am

Kami bertolak ke PMC dan masa ni sakit yang datang makin kerap. Munir tolong tengok jam..nak kira kekerapan sakit erna. Sakit contraction erna datang 2-3minit sekali. Erna masih relax..masih boleh sembang-sembang. Gelak-gelak sepanjang ke hospital. Tapi,ada masa..terasa sikit cemas. Banyak berfikir.. Tapi,paling penting..hati berbunga tak sabar nak lahirkan iman. Bila sakit makin kerap,kami bertiga ssenyap je. Tak henti erna baca ayat kursi nak tenangkan hati. CD dalam kereta pun..pasang yang zikir-zikir untuk tenangkan hati erna..act bukan je erna. mai dan munir pun berdebar jugak. (erna rasa la kan..mai dengan munir pun berdebar) 

stay tune.. ^___^

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak erna...

    Alhamdulillah...
    Tahniah kak dah selamat lahir anak.Mesti baby tu cute macam kak jgk.hehe...

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam...

    alhamdulillah..mohon doakan kesejahteraan baby iman ^__^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah erna walau berjauh dgn suami tapi ALLAH bg shbt2 yg sgt memahami dan baik... erna kem salam kat shbt erna tu ye...kagum dgn diorg sbg shbt yg baik....munir dan mai...=) alhamdulillah selamat dah sume...erna balik puchong info la lama kita tak ketemu dah beranak pinak dah kite kan...hajat sgt nak jumpe rakan niaga nasi goreng masa sekolah rendah ~hehehe
    selamat berpantang....

    ReplyDelete