Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Hari ibu tahun ini jatuh pada 12 Mei 2012. Kalau tahun-tahun sebelum ni,erna hanya wish kat ibu..tapi,tahun ini berbeza. Erna dah ada iman. So,erna pun salah seorang yang di raikan. Alhamdulillah setiap tahun kami adik beradik-abang,kak ngah dan adik tak pernah lupa nak wish Selamat Hari Ibu kat ibu tercinta..Kalau dulu,hanya dengar pengalaman dari ibu macam mana susahnya nak lahirkan erna. Harini,erna sendiri dah ada pengalaman itu dan semestinya akan dikongsi dengan iman. Bila dah melalui saat-saat melahirkan seorang anak,baru tahu betapa besar pengorbanan seorang ibu. Syukur pada Allah kerana beri erna peluang merasai nikmat bergelar seorang ibu.


Untuk ibu tercinta,


Ibu,
Terima kasih yang tak terhingga untuk segala pengorbanan yang telah ibu lakukan untuk ucu. Ucu dah rasa betapa nikmat dan mencabar kandungkan bayi selama 9bulan..menahan sakit untuk melahirkan dan betapa bersusah payah nak menjaga. Ucu baru bersama iman dalam tempoh sebulan. Apalagi ibu yang bertahun-tahun menjaga dan mendidik ucu. Hari ini,ucu dah pun berkahwin,dah ada anak dan ibu pun dah ada cucu. Terima kasih sebab sanggup bersusah payah menjaga ucu dari kecil hingga dewasa. Tak kan terbalas jasa ibu hingga hujung nyawa ucu. Tiada apa yang ucu ada untuk beri pada ibu. Bekerja pun belum lagi..Tapi,ucu tak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu dunia dan akhirat. Bukan semua orang sanggup berjauhan dengan suami. Tapi ibu buat..ibu sanggup berjauhan dengan ayah dan jaga ucu serta iman. Bukan sehari dua ibu jaga ucu dan iman. Iman dah pun berusia sebulan..tapi ibu masih berada disisi kami. Jaga makan minum kami,pakai kami,semua ibu tolong uruskan. Bila ucu mintak ibu balik kl,ibu berkeras nak jaga ucu dan iman hingga ucu tamat pengajian. Betapa besar pengorbanan ibu. Allah jua dapat balas segala dari ucu kecik hingga dewasa ni. Apa yyang paling buat ucu terharu,ibu sanggup bawak iman tidur ke tempat lain sebab tak nak ganggu ucu tidur. Ibu tak nak ucu mengantuk  ke kelas sebab kena berjaga malam. Ibu yang siang malam tak cukup tidur tolong jaga iman. Ya Allah..besar nyer pengorbanan ibu. Ibu cakap,berkorban untuk anak..bukan waktu anak kecik sahaja. Berkorban untuk anak,hingga hujung nyawa. Semoga ucu pun dapat jadi ummi terhebat pada iman. Ucu mendoakan agar Allah panjangkan usia ibu. Allah permudahkan segala urusan hidup ibu dunia akhirat. Allah murahkan rezeki ibu. Allah beri kesihatan yang baik untuk ibu. Allah panjangkan jodoh ibuayah hingga hujung nyawa. Allah lindungi ibu dan berikan segala yang terbaik untuk ibu. Mohon maaf dunia akhirat kerana banyak menyakiti ibu secara sengaja atau tidak..I LOVE U IBU!


Teremosi sekejap dan teresak-esak depan lappy. Ibu kat dapur tengah minum milo. Iman ada ni tengah tidur sebelah erna. Iman baring atas play gym yang babah belikan. InsyaAllah kalau panjang umur..iman dah pandai cakap nanti,erna teringin dengar iman pulak ucap Selamat Hari Ibu kat erna.


 Masa ni kami melawat Zoo Melaka. Muda lagi time ni :)

 Kami kat Hospital Sultanah Bahiyah - 1st Month Check up Iman

Semoga iman akan sentiasa kenang jasa nenek yang bersusah payah menjaga iman siang dan malam 

p/s: Selamat Hari Ibu untuk mama mertua ku juga..Terima kasih merestui perkahwinan erna dan hafiz. Terima kasih menerima erna seaadanya sebagai menantu dalam keluarga mama. Semoga mama sentiasa dalam lindungan Allah.

Ini tok ma iman. Masa ni,tok ma nak balik KL lepas seminggu duduk perlis melawat iman baru lahir

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Selamat Hri Ibu untuk ummi erna jugakkk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ TQ. tak sangka dah sambut hari ibu.
      Selamat Hari Ibu utk bakal ibu juga ^___^

      Delete