Iman dah 5bulan!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Harini usia iman genap 5bulan. Alhamdulillah..syukur sebab Allah masih beri peluang untuk erna peluk cium dan menyusukan iman setiap masa. Memandangkan erna masih belum kerja, iman memang lebih kerap menyusu badan direct dan jarang sangat pakai botol susu. Tapi bila balik rumah ibu, ibu selalu pesan erna kena ajar iman menyusu guna botol. Insyaallah lepas konvo akhir bulan september, erna nak kerja dan memang akan tinggalkan iman dibawah jagaan ibu pada siang hari. Malam, boleh iman menyusu direct dengan ummi..so,memang kena latih iman minum guna botol susu.

Dugaan dan cabaran yang kami suami isteri lalui sepanjang iman berumur 4bulan nak ke 5bulan ialah...iman tak nak tidur malam. Setiap malam kami suami isteri berjaga. Seminggu sebelum raya, suami dah mula bercuti dan sepanjang seminggu sebelum raya iman selalu tidur lewat pagi. Sepanjang seminggu kami di kampung pun iman tak tidur malam. Kadang tu, lepas ummi solat subuh baru iman nampak keletihan nak tidur. Sekarang ni pulak, iman memang tidur lewat..Sedih tengok iman tak boleh tidur malam. Erna dan suami risau sangat. Semalam, iman tidur pukul6.45pg. Sepanjang malam tak tidur. Iman ada tidur dalam pukul 10mlm ke pukul1pg. Lepas pada tu..iman terus berjaga. Macam-macam aktiviti yang kami terpaksa buat untuk layan iman. Ummi bukakkan video di youtube untuk iman khayal. Bila iman dah boring, iman akan nangis mintak ummi babah layan. Bergilirlah kami suami isteri dukung iman..Kami rungsing tapi akan terus berusaha untuk biasakan iman tidur malam dengan jadual yang betul. Dulu masa mengandung iman, memang erna selalu berjaga malam. Iyelah..kan masih study masa tu. Slalau stay up untuk siapkan report dan sebagainya.

Pada usia 4bulan nak ke 5bulan ni..iman memang banyak kali meniarap. masih belum boleh meniarap dan maju ke hadapan. Sekadar membalikkan badan ke kiri kanan dan bila dah meniarap..iman dah boleh tegakkan kepala dengan jayanya. Suka babah tengok iman tegak-tegak kepala lepas iman meniarap :) Biasanya mulut iman memang akan bising sepanjang proses nak meniarap. Erna akan biarkan je dan sorak sambil tepuk-tepuk tangan bagi sokongan pada iman untuk terus membalikkan badan. Tak sabar nak tunggu iman maju kehadapan sambil meniarap macam askar tu. 

Syukur..kerana rezeki susu badan masih melimpah ruah untuk iman. Kalau tak pam susu, memang akan terasa sakit bengkak susu. Mula breast terasa panas mintak susu di keluarkan. Iman pulak anak bijak ummi ni..selalau reject hisap nenen belah kiri. Huh..nenen belah kiri tulah yang selalu bengkak dulu berbanding nenen kanan. Tah apa yang sedap untuk nenen belah kanan pun erna tak tahu..hanya iman yang tahu betapa sedapnya nenen ummi yang belah kanan. hehehe.. Tapi erna ada juga guna pakai beberapa cara untuk pujuk iman hisap susu di breast kiri yang bukan pilihan dia. Makin lama, makin nampak kesan positif yang mana iman mula menerima nenen kiri sikit demi sikit. Biasanya,iman tak menolak kalau iman tengah mamai baru bangun dari tidur =)

Iman tak suka kalau orang dukung dia secara biasa. Iman suka kalau orang dukung dia facing out. Suami orang yang paling handal dukung iman. Kadang tu, erna dukung pun tak kena dengan selera dia. Suami selalu cakap, iman akan cari babah kalau nak main. Iman akan cari ummi kalau nak nenen. Suami rajin dukung iman kalau iman menangis. Suami rajin layan iman kalau iman tak nak tidur. Suami je orang yang sanggup berdira lama untuk bawak iman jalan turun naik rumah sebab iman tak nak duduk dan nak orang dukung dia bawak dia berjalan-jalan. Banyak betul kerenah iman sekrang ni. Semakin besar, iman semakin bijak..Pertambahan usia iman juga buat iman semakin bijak untuk cipta pelbagai ragam untuk dapatkan perhatian lebih dari ummi dan babah. Anak bijak memang macam tu. Suami selalu pesan kami suami isteri kena banyak sabar layan kerenah iman.

Iman jugak penggemar jari sendiri. Kalau dapat hisap jari bukan main lagi dia. Sekarang ni semakin expert iman hisap jari. Kalu dulu hisap jari biasa-biasa..sekarang ni hisap jari disertai dengan bunyi yang sangat kuat. Bukan bunyi je..siap pakej berair liur meleleh...adus..babah orang yang paling rajin lap mulut dan jari iman. Kalau ummi ni, malas nak lap. huhuhu. Bukan tak lap langsung. Tapi tunggu dah melelh air liur tahap melampau, baru erna kelam kabut nak lap. Sorry iman. Lebih tepat ummi relax sebab ada babah yang amik berat sangat tentang iman. 

Happy 5month old my lovely Iman. Ummi love u so much! 

Last, layan video special =)


Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Sedih betul bla nk bg susu botol kat baby. Rasa mcm nak bf je 24 hours. But, what to do, nk keje nanti. nak xnk kena ajar baby guna botol. Tp buat masa skarang hana xajar lg. Tunggu 2 weeks before masuk keje, fully botol susu start 7am till 5pm.

    Anyway, Iman comel and makin semangat badannya. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..tapi nak buat macam mana kan. nak x nak,kena jugak bagi botol susu.memudahkan urusan orang yang bakal menjaga baby kita nanti. kalau boleh semua mak pun nak bagi baby direct je. fuul of love gitu :)

      iman memang makin sihat dan semangat badan bagai di pam pam. bak kata suami.." berkat susu ummi" alhamdulillah

      Delete