Majlis Berbuka Puasa Bersama Ex-Politeknik

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Sabtu baru ni, erna bawak iman ke majlis berbuka puasa erna dengan ex-classmate masa erna diploma dulu. Bukan berdua dengan iman je. Adik pun temankan sekali. Owh ya..erna jemput munir kat bus stop Shah Alam petang tu. Munir datang dari Melaka semata-mata nak berbuka puasa bersama kami semua. Kalau ikut hati,memang tak sudi nak jejak kaki ke bus stop Shah Alam lagi. Dengar perkataan Shah Alam pun dah mula buat hati rasa rimas. Tah apa-apa erna ni..Tapi itu yang memudahkan munir. Kesian pulak munir kalau nak berhenti tempat lain. Petang tu, lepas jemput munir kat bus stop terus je kami ke D'Kayangan. 

Sampai je kami kat D'Kayangan, orang bersesak-sesak. Awal kami nak masuk dah nampak abg ariff dukung ashraf. Ashraf anak abg ariff. Umur muda 14hari dari iman =) Abg ariff cakap, Ashraf dah menangis tak selesa kepanasan kat dalam. Sebab tu abg ariff dukung Ashraf ambil angin diluar. Memang erna ada bawa stroller iman. Persediaan kalau-kalau iman tidur ke. Tapi jangan harap iman nak tidur dalam keadaan bersesak-sesak tu. Lagi bulat mata dia, adala..Bukan main lagi tengok orang sana-sini. Erna bawak jugak ring sling yang menjadi satu kemestian untuk erna bawa ring sling tu kemana-mana erna pergi sekarang ni. Tapi memang erna rasa tak selesa makan kat situ. Orang ramai. Makanan memang banyak. Tapi tahla..pada erna, tak ada apa yang menarik. Apa yang menarik, erna dapat jumpa kawan-kawan lama. Itu jauh lebih menarik. Itu jauh lebih best. Kuah steamboat, sangat masin. Tak selera nak bersteamboat. Kuah steamboat johny jugak terbaik dan menjadi pilihan erna. Harga RM36++ untuk seorang dewasa. Kanak-kanak RM18 umur 7-12tahun. Ada menu kambing golek..tapi punyalah panjang beratur kalau nak ambil kambing golek tu. Bak kata sorang kawan erna ni, tunggu kita tergolek dulu baru boleh makan kambing golek tu! ahaahaha..

Lepas makan, terus kami semua sepakat nak lepak-lepak kat dataran Shah Alam. Kawan-kawan ada collect duit untuk beli hadiah Ashraf dan Iman. Budak dua orang ni, ahli baru DKE (Diploma kejuruteraan Elektronik) itu singkatan masa erna ambil diploma dulu. So,anak-anak kami ni dikenali sebagai DKE junior. Suka sebab walau dah bertahun kami tinggalkan zaman politeknik dan zaman diploma..kami masih unite. Kak farah yang selalu bertanggungjawab uruskan hal-hal perjumpaan kami. Pernah jugak buat event ke Pulau Redang. Masa tu erna tak ikut pun. Ada jugak event jalan-jalan ke Melaka. Semoga persahabatan kami ni kekal hingga hujung nyawa. Amin..

Aktiviti terakhir adalah aktiviti penyerahan hadiah. Bukan main besar lagi hadiah yang kami dapat. Balik rumah, punya tak sabar..terus bukak hadiah iman. Pembalut pun cantik. Pembalut jusco color merah purple =) Iman dapat hadiah Walker brand Sweet Cherry. Haritu ummi baru berkira-kira nak belikan iman walker atau tidak. SEbab ummi banyak terbaca tentang keburukan walker adalah lebih banyak berbanding dengan kebaikan yang akan diperolehi. Tapi dah kawan-kawan hadiahkan, erna syukur dan sangat berterima kasih. Iman pun nampak gaya macam suka sangat duduk dalam walker. Malam tu masukkan iman..kelakar tengok dia. Banyak mainan yang ada kat walker tu. Semua pun iman nak usik. Semua iman nak pegang. Iman nampak excited dan sangat suka. Bila keluarkan dari walker dan baringkan kat tilam, iman nangis. Bila angkat dan masukkan dalam walker, iman senyap dan mula nak pegang sana sini mainan kat walker dia.

Erna rasa, erna akan gunakan walker ini kalau erna ada bermain depan mata dengan iman. Maksud erna, bukan tinggalkan iman dalam walker sendiri dan erna buat kerja lain. Erna rasa itu yang boleh mendatangkan risiko buruk. Lagi satu, takkan sekali-kali bawak walker tu naik ke tingkat atas. Potensi untuk jatuh tangga tiada. Lagi, kalau boleh bila iman dah mula boleh memanjat..rasa sangat tak sesuai nak masukkan iman dalam walker. Sure iman boleh memanjat dan akan panjat keluar dari walker. Boleh terjatuh jugak tu. Kesimpulan disini, macam yang erna cakap tadi..erna akan gunakan walker ni bila iman bermain depan mata erna. 

Ini gambar yang dapat malam tu. Kawan yang ada kamera mahal, tak bawaklah pulak. Kamera erna, kamera hp biasa-biasa saja. Ada jugak gambar dari nissa

mencuba apa sahaja makanan yang ada

Boy dan kak farah bersama Iman dan Ashraf

Pemenang tahun ini. Tahniah kepada pemenang dan pasangan...itu dialog nissa ^__^

kawan-kawan seperjuangan suatu masa dulu

uncle boy suke iman ^__^

kak farah, munir, erna, iman dan nissa

TQ aunty uncle DKE. Iman suka hadiah ni ^__^

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments:

  1. Bestnya dapat walker! Rezeki iman :) Memang walker ada pro and con dia..salah satu con buat bby lambat berjalan and kalau berjalan kaki terjungkit2..mcm anak akak aku. Bila dirikan dia mesti kaki nak terjungkit2..Nanti iman dah pandai naik walker mesti laju je dia kesana sini. :)

    ReplyDelete
  2. sedap tak makan kat sini...?
    nnti nk pergi try mkn kat sini jugaklah...

    ReplyDelete