Check-up Mild Meconium Aspiration Syndrome

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam erna masuk kerja half day sebabnya, pagi bawak iman ke Hospital Serdang ada appoinment dengan pakar kanak-kanak untuk rujuk kes sejak kelahiran iman. Kalau sesiapa yang memang ikut perkembangan iman, sure tahu yang iman lahir cukup bulan, lahir secara normal cuma selepas kelahiran iman di Putra Medical Centre, doktor detact pernafasan iman tak normal macam bayi lain. Hari yang sama kelahiran iman, iman kena transfer ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Iman duduk di NICU selama 8hari. Sampai NICU barulah kami tahu yang iman dah beyak dalam perut ummi dan iman dah makan dah pun najis sendiri. Ini mengakibatkan ada jangkitan pada paru-paru iman. Selama 3hari ada tiub pernafasan yang di masukkan melalui mulut iman. Sedih sungguh mengenangkan peristiwa itu. Sebab tu sehingga iman dah berusia 7bulan ni, masih ada check up untuk pastikan perkembangan iman adalah normal.

Iman ada 2appointment jika nak dibandingkan dengan baby seusia dia. Pertama, biasalah ada monthly check up untuk dapatkan suntikan imunisasi. Keduanya..iman kena check up di klinik paediatric (klinik pakar kanak-kanak) Appoinment pertama dengan doktor paed di Alor Setar dulu, doktor ada cakap antara punca iman perlu jalani pemeriksaan berterusan. Semalam, masa dapatkan rawatan di hospital serdang, doktor pakar kanak-kanak tetap memberikan penjelasan yang jelas dan hampir sama. Penjelasan mengenai, mengapa iman perlu dapatkan rawatan serta pemeriksaan berterusan. Doktor cakap, kelahiran iman memang normal. Cuma semasa kelahiran iman, iman ada masalah pernafasan. Dikhuatiri jika jumlah oksigen yang sepatutnya sampai ke otak tidak mencukupi akan mengakibatkan masalah kepada bayi. Contoh, jika sepatutnya 100% oksigen yang masuk ke otak..tapi seorang bayi menerima kurang dari itu, bayi boleh cacat atau perkembangan terbantut. Nauzubillah..

Selepas buat pendaftaran semalam, iman masuk ke bilik penilaian. Erna bukak semua pakiaan dan naikkan iman atas penimbang. Ukur berat, tinggi dan ukur lilit kepala. Kemudian ke bilik doktor. Antara soalan yang doktor tanya, 

1- Berapa oz iman minum dalam sehari sepanjang erna tinggalkan iman masa erna bekerja?
2- Adakah iman dah boleh terbalikkan badan untuk position meniarap dan kemudiaan telentangkan badan semula dengan sendiri?
3- Pandai ambil barang sendiri atau tidak?
4- Masukkan barang dalam mulut atau tidak?
5- Pandai atau tidak, pegang barang di tangan kanan dan dengan sendirinya menukar barang yang dipegang ke tangan sebelah kiri?
6- Dah mula beri makan? 
7- Ada tak iman sesak nafas jika banyak bergurau dengan dia?
8- Ada tak nampak bibir atau kuku iman kebiruan?

Act,banyak lagi sebenarnya soalan doktor. termasuklah soalan adakah erna ada apa-apa penyakit sepanjang mengandungkan iman. Erna memang tak ada masalah yang serius sangat sepanjang mengandungkan iman. Kencing manis, darah tinggi, semua tu tak ada. Untuk semua soalan doktor di atas, jawapan-jawapan yang erna berikan kepada doktor..menunjukkan iman adalah bayi yang sihat mengikut perkembangan serta usianya. Alhamdulillah..syukur sangat. Masa masuk bilik doktor, iman tidur. Sebab sementara menunggu giliran di panggil ke bilik doktor, iman tidur. Jadi, baik jela..iman masa jumpa doktor.

Antara peringatan serta nasihat doktor untuk iman yang erna nak kongsi dengan mommy yang ada anak kecil macam iman adalah,

1- Baby yang normal, memang akan masukkan apa sahaja barang yang ada ditangannya ke dalam mulut. Itu tanda baby normal ye..
2- Perkembangan yang baik juga, bila anak pada usia 5-7bulan sudah boleh tiarapkan badan dan mampu terbalikkan badan sendiri dalam position telentang semula.
3- Jika terdapat kesan warna kebiruan pada bibir atau kuku baby, cepat bawak jumpa doktor. Itu adalah tanda-tanda permasalahan yang berkaitan pernafasan. Contohnya, masalah sakit jantung
4- Susu ibu adalah susu terbaik untuk baby dan teruskan penyusuan susu ibu selama 6bulan pertama tanpa campuran dengan apa-apa sumber makanan yang lain termasuk air masak.
5- Careal seperti nestum adalah antara makanan yang tidak digalakkan kerana mempunyai pengawet dan tinggi kandungan gula. Digalakkan makan puree dahulu sebagai pengenalan makanan.
6- Ayam, daging kalau boleh elakkan untuk pengenalan awal kepada makanan pejal. Mulakan dengan ikan. contoh, ikan salmon. Bubur perlu blend halus sebelum dimasak. Maksud doktor, blend beras dulu baru masak.
7- Tiada serbuk perasa tambahan hingga usia 1tahun ke atas.

Berat pada 31/10/2012 - 7.5kg
Tinggi pada 31/10/2012 - 67cm
Next Appoinment- Februari 2013


monyok je muka anak ummi

senyum la sayang...olololo

oke..TQ sayang. pandai iman senyum kat ummi..

Kita teruskan buat check-up ye sayang. Ummi dan babah sayang iman. Ummi dan babah akan ikut nasihat doktor. Kerana itu adalah yang terbaik untuk iman. Semoga kesihatan iman baik dan sejahtera. Membesarlah iman seperti kanak-kanak normal yang lain. Kasih sayang kami sentiasa melimpah ruah kepada iman.. 

Ya Allah..lindungi zuriat ku. Ameen

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. insyaAllah iman akan sihat..perkembangan iman sume positif kannn

    ReplyDelete
  2. Moga iman membesar bagai juara!..insyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. Insyaallah Iman akan sihat..badan die pun semangat kalah Zaara.
    Zaara juga ada masalah jantung..Insyaallah minggu depan second check up Zaara untuk make sure die bebas dari jantung berlubang..dengan perkembangan die until today..alhamdulillah xde sebarang perkembangan negatif pun..harap2 lubang yang ada masa die lahir dah tutup. Amin.

    ReplyDelete
  4. Alahai iman bam2 yg comel..geramnye auntie..insyaallah Allah akan sentiasa lindungi iman dan mama n babah dia.. :)

    ReplyDelete
  5. hrp iman sihat.geram pulak tgk bby. Saya ada buat GA.Hadiahnya handmade bag,sesuai utk mengisi keperluan bayi.Sudilah join sekali.
    http://cthoney.blogspot.com/2012/11/handmade-bag-ct-n-honey-1st-giveaway.html

    ReplyDelete