Plan Bubur Pertama

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Esok iman genap 7bulan. Plan asal erna nak perkenalkan iman dengan bubur pada usia 8bulan sekurang-kurangnya. Tapi, disebabkan oleh beberapa faktor luaran, erna nak cuba bagi iman makan bubur nasi. Tapi, erna nak mula dengan beri iman makan beras perang yang dicampurkan dengan puree hasil tangan ummi dengan penuh kasih sayang. Bukan nak terus mulakan. Erna tak nak juga paksa-paksa iman makan. Kesian iman. Erna nak perkenalkan makanan pejal secara perlahan-lahan. Kalau ikutkan hati, mestilah nak bagi iman makan semua benda. Bukan nak sekat makan iman. Tapi, untuk kesihatan dan kebaikan iman, lebih baik erna beri iman makan secara berperingkat.

Dalam deep freezer dah ada puree carrot dan plum. So, plan harini balik kerja nak carik bahan-bahan penyediaan untuk bubur nasi pertama iman. Harap iman dapat terima dan harap sangat ianya tak memudaratkan kesihatan iman. Maksud erna, dari segi najis dan alergi. Mudah je erna nak kenal pasti sesuatu makanan tu sesuai atau tidak untuk iman. Kalau tak sesuai, biasanya kulit iman akan naik kemerah-merahan. Tak poo poo selama 2hari. Masalah kembung, setakat ni belum ada lagi.. 

Kebaikan beras perang antaranya adalah seperti berikut..

1- Beras perang dan beras biasa sama sahaja. Cuma, cara pemprosesan beras ini adalah berbeza. beras perang tidak di buang kulit luar. Sebab tu kebanyakan info yang erna perolehi, jika nak beri baby makan beras perang, blend halus agar tekstur yang sedikit kasar tu tak dapat dirasai oleh baby. Beras biasa lebih lembut dan cepat lembut bila dimasak.

2- Beras perang mempunyai serat yang lebih tinggi dari beras biasa kerana beras perang mempunyai selaput diluarnya. Satu cawan beras perang mengandungi 3.5 gram serat manakala satu cawan beras biasa mempunya kurang dari 1 gram serat. Kebiasaanya kita memerlukan 25-38 gram serat dalam makanan harian kita.

3- Beras perang mengandungi nutrisi seperti magnesium, Manganese dan zinc. Beras biasa kurang nutrisi-nutrisi ini tetapi mengandungi lebih zat besi dan beberapa vitamin B.

4- Selain beras perang, boleh juga try masakkan baby kita beras merah. Terpulang pada ibu-ibu semua.

*Ini adalah ilmu yang erna perolehi setakat hari ini. Rasanya masih banyak lagi yang perlu erna study mengenai pemakanan terbaik untuk iman.

Petang ni, balik kerja nak cari bahan mentah untuk penyediaan bubur pertama iman..

- Beras perang atau beras merah
- Kobis bunga (puree)
- ikan bilis (sebagai agen serbuk perasa. no salt)
- Keledek oren (puree)
- Brocoli

Iman punya pasal, kerajinan ummi berganda. I Love U iman sayang!

Share this:

,

CONVERSATION

6 comments:

  1. lin pun selalu bg hafidh bubur je... :D

    ReplyDelete
  2. annaila memula makan bubur wat muka. tapi klu bg nestum, kemain lg. agaknye nestum tu manis kan. skang tgh try taknak bg makan nestum lg. tp kalau terbabas, tkleh watpe lah. hihi. ;p

    ReplyDelete
  3. Selamat bershopping dan memasak untuk iman..betul la kan..sebab anak kita jadii rajin je nnt.. :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya ummi Iman nak bershopping for Iman. I will try one day bla Naurah dah 7 month. ^_^

    ReplyDelete
  5. Seronok bila jadi ibu, sebab kita akan semangat nak menyediakan yang terbaik untuk anak - anak.. Selamat menjadi ibu..

    ReplyDelete