Random: Hari Jumaat

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Best betul harini dah hari jumaat. Kejap je rasa masa berlalu. Best! Best sebab esok cuti. Tak ada apa-apa plan pun hujung minggu ni. Cuma nak main masak-masak resepi best untuk iman. Setiap hari iman makan sekali je. Lunch je iman makan. Jadinya, memang erna tak dapat nak suapkan iman. So, hujung minggu adalah masa yang dinanti-nantikan. Bolehla ummi main masak-masak dan suapkan iman makan. Permulaan ni, erna tak plan nak bagi iman makan banyak-banyak kali. Menyusu macam biasa. Tetap berselera. Cuma, erna ada bagi iman minum air zam zam jugak. 

InsyaAllah hujung bulan ni kami akan pindah ke rumah sendiri. Sebab selama ni hanya berpindah randah macam nomad ke rumah ibu dan mertua. Sebabnya rumah tak siap setting lagi. Dua minggu lepas sebelum suami outstation, suami dah upah kakak anis warga indonesia tolong kemaskan rumah kami. Alhamdulillah dah siap kemas. Tinggal nak pasang aircond, pasang kipas dan nak drill dinding sikit untuk rak rak yang erna nak. Tak sabar tunggu hujung bulan ni..Suami balik dari outstation dan kami pun akan berpindah.

Owh, kekurangan idea nak menaip apa. Sebab tu tajuk entry ni macam tu. Cuma tak sabar nak tunggu hujung minggu..Iman, ummi nak penyek-penyek iman..tunggu ummi balik keje tau! hehehe.. 

Harap jangan ada kes, ummi makan anak sendiri. Sebab geram sangat dengan budak yang makin hari makin bam bam ni. Geram betul! I Love U Sayang...

Share this:

, , ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. gerammnye erna..memang bam bam.. bw tqah ade add erna kt fb.. nnt erna stalk la gmbr kawen..hihi

    ReplyDelete
  2. Auntie pun geram jugaklah dengan Iman. hehe

    ReplyDelete
  3. geramnyeeee.. iman pun pndi wat muke geram.. :)

    ReplyDelete
  4. comel nye dia pakai baju merah..:-)

    ReplyDelete
  5. geramnyerrr imann..comell

    ReplyDelete