Apa Itu Ovarian Cyst?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Harini terpanggil untuk berkongsi mengenai Ovarian Cyst. Sebelum ini erna jarang dengar mengenai Ovarian Cyst namun selepas erna berkahwin dan banyak bersembang dengan rakan-rakan yang lambat dapat anak, kebanyakan daripada mereka ni..mempunyai Ovarian Cyst. Ada yang kecil dan ada juga yang besar size cyst mereka.  Menurut kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Sedikit petikan daripada Dr.Zubaidi,

"Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst."



Kebanyakkan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin mebesar dan terus membesar.

Perlukah di bedah?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan.

Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan. 

1- Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
2- Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalag yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.
3- Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya di sangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer.

Walaupun bukan semua ovarian cyst mesti dibuang, tetapi semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan di pertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;
  • Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari
  • Ovarian cyst melebihi saiz 5cm
  • Ovarian maish kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit tidak pernha mengalami kitaran haid langsung
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
  • Pesakit telah menopause
  • Pesakit adalah gadis remaja.
Apa yang erna senaraikan di atas adalah antara kriteria yang memungkinkan anda perlu di bedah. Tetapi, jika anda mengalami salah satu kriteria itu, tidak bermakna anda harus di bedah. Kerana ia bergantung juga pada pertimbangan doktor yang merawat anda. Berbincanglah dengan doktor langkah terbaik yang boleh di ambil.

Jika anda salah seorang daripada wanita yang mengalami Ovarian Cyst, jangan panik dan jangan terus membuat keputusan untuk di bedah. Berbincang sehabisnya dengan doktor dan minta nasihat dari doktor pakar. Kepada anda yang ingin dapatkan rawatan alternatif dengan mengambil suppliment, bolehlah mencuba GLA COMPLEX Shaklee.

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments: