POWER PUMPING TEKNIK BANYAKKAN SUSU IBU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dulu, masa erna baru lahirkan iman..ramai yang bertanya perihal penyusuan susu ibu. Walaupun masa tu baru beberapa hari dan beberapa bulan susu kan iman dengan susu badan ummi, bila orang bertanya, erna rasa semangat sangat nak berkongsi dengan sesiapa sahaja perihal susu ibu. Sekarang ni, bila erna aktif sebagai pengedar sah Shaklee, semakin banyak persoalan yang orang ramai ajukan pada erna perihal susu ibu. Bertambah semangat nak teruskan penyusuan untuk iman dan bertambah semangat menimba ilmu untuk di kongsi dengan ibu-ibu lain. Setiap orang milk booster berbeza. Banyak cara dan usaha yang boleh di ambil untuk membanyakkan susu kita. Melalui cara pemakanan kita, jadual mengepam kita, emosi dan banyak lagi faktor lain yang boleh kita ambil kira. Konsep asas penyusuan adalah sangat penting!

Tapi, untuk entry kalini erna nak berkongsi mengenai Power Pumping. Erna pernah juga buat Power Pumping ni. Tapi masa susu merudum dulu-dulu. Alhamdulillah sekarang erna memang full time di rumah. Iman lebih banyak direct feeding dan sekali sekala sahaja iman menyusu guna botol bila erna terpaksa tinggalkan iman di rumah nenek. Jadi buat ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu..bakal-bakal ibu dan yang berniat nak banyakkan susu ibu..jom jom kita baca apa itu Power Pumping.

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

Owh ya..dibawah ini erna kongsikan testimoni ibu-ibu hebat yang bersemangat kental melakukan teknik Power Pumping dan dalam masa yang sama mereka mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. 

"baru beberapa hari mencuba set penyusuan shaklee...susu yang dah kering mula dah keluar setitik dua, dalam proses kuatkan lagi buat Power Pumping mudah-mudahan susu kembali banyak macam sebelum ini...InsyaAllah, bagus jugak shaklee ni selalu makan banyak vitamin tentu akan cepat lapar je dan masalah sembelit tapi dengan vitamin shaklee semua lancar..perut pun terasa kenyang..harap-harap dapat la kuruskan badan nanti.. =))"

"Lepas seminggu Power Pumping + Set B bertambah la jugak susu ku. Ada jugak laa stok nak standby tak laa harap kat ebm yang baru pam..i lap u shaklee :D"

"Alhamdulillah berkat makan set penyusuan shaklee dan Power Pumping hasilnya sangat puas..gambar dibawah adalah perahan kali ke-2 dah dapat hampir 7oz dan hasil perahan setiap hari boleh mencapai 28oz dengan mudah..berbanding sebelumnya hanya mendapat 10-12oz sehari syukur pada Allah atas rezeki yang diberi..Thanks ayu introduce set 3M pada ct.."

"Alhamdulillah lepas 4hari buat Power Pumping dan 2minggu amik Set B, arini 1st session pumping kat office dapat almost 7oz"

Ini bukan testimoni Power Pumping ye..Ini my little genius Iman Zikir yang banyak mengajar erna sepanjang perjalanan penyusuan susu ibu. Time ni, erna baru keluar dari dewan masa konvokesyen dan Iman terus minta nenen. Seronok dan tak pernah terfikir akan susu kan anak dengan berjubah konvo. Kenangan indah dan ini adalah rezeki dari Allah! 

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , ,

CONVERSATION

25 comments:

  1. berkesan jugak ye...nak cuba teknik nie jugak la..maklum la susu makin menyusut

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah..power pumping memang teknik berkesan untuk tambah susu :)

      Delete
  2. Macam linda da biase mase jg ank kt hospital dulu pam 3jam sekali.
    Alhamdulillah susu masih banyak untuk Aris Nuqman, Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lynnda. erna dulu masa awal2 iman lahir pun iman x dapat direct feeding..so erna pam susu juga

      Delete
  3. comelnye iman menyusu..terus rasa rindu dkt anak nk pergi menyusu...

    ReplyDelete
  4. Hana tak pernah buat power pumping. So far susu untuk Naurah masih banyak cuma kalau kat rumah je tak sempat nak pump.

    Sweetnya Erna bf iman sambil pakai jubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erna buat power pumping bila rasa susu mula merudum..lepas seminggu power pumping..susu ok..pam macam biasa saja,xlah setiap masa berpower pumping. rajin sangat la kalau erna macam tu :P

      Delete
  5. nti insyaallah teknik power pumping ni akan berguna utk sy..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby puan kutu tersangat laaaa comel. rajin rajin mengepam ye

      Delete
  6. sweet sweet.. bf dengan baju konvo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....rezeki bf sambil berjubah konvo :)

      Delete
  7. Anonymous20 May, 2013

    berapa harganya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk daptkan special price beserta tips ekslusif dari erna,

      Boleh hubungi saya di:
      H/P: 013-3357696
      Email: ohshawl@gmail.com
      FB: Erna Nordiana Zamri
      Blog: ummierna.blogspot.com

      Delete
  8. Anonymous21 May, 2013

    info sgt bguna psl power pumping..niat nk full BF tp susu xbyk.anak da 40ari tp blm tlmbt brusaha.chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan putus asa! pasti boleh..cuba sehabis daya...menyusukan anak adalah kenangan terindah dalam hidup :)

      Delete
  9. Nice entry ♥♥ yang penting rajin kan...dun give up..hehe

    Saya follow kat sini ye ;)

    ReplyDelete
  10. Anonymous03 July, 2013

    Salam..nk tnye pasal set ni...sy nak menyusukan anak angkat...sy xpernah mengandung bagaimana peluang utk susu keluar ye?

    ReplyDelete
  11. Anonymous07 July, 2013

    Paling cpt klu order dpt dlm masa berapa hari? Adik sya tgh desperate nak bnyk kan susu.dia dok shah alam sec 7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pos vitamin setiap hari.selepas bayaran dn saya akan pos.dalam 2-3hr bekerja blh dpt vitamin.insyaAllah

      Delete
  12. Anonymous07 July, 2013

    saya pon desperate nk bykkan susu.. mcmana nk order?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi saya di 013-3357696 (erna) boleh sms ataupun direct call sy ye..free konsultasi

      Delete
    2. Boleh hubungi saya di 013-3357696 (erna) boleh sms ataupun direct call sy ye..free konsultasi

      Delete
  13. Anonymous23 July, 2013

    thanks for the info..sangat membantu

    ReplyDelete