Allah Maha Mengetahui

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Lihat kembali apa yang kita ada... apakah semuanya sudah kita jangka dan minta sebelumnya? Kebanyakannya tidak!

Kerap berlaku kita mendapat apa yang kita tidak suka, namun akhirnya hati kita terbuka menerimanya malah menyukainya.

Begitulah bicara taqdir, Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri.

Sabar itu pada "tamparan" pertama. Pada ketika itulah mesti segera dibisikan, "aku milik Tuhan, kepadaNya aku akan dikembalikan...."

Pada saat diuji, sering Rasulullah SAW berkata, "aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakan ku!" Ya, Tuhan tidak akan mengecewakan kita, DIA menyayangi hambaNya.


petikan status - Ust Pahrol Mohamad Juoi

Mendalam kata Ust Pahrol ini!

Ye..kita selalu tidak menyangka sesuatu perkara yang perit untuk diterima pada awalnya, adalah sesuatu yang terbaik buat kita sebenarnya. 

Kita merancang, tetapi Allah jua sebaik-baik perancang dan perlaksana. 

Buat sesiap sahaja yang diuji, redha dan yakin Allah tidak pernah aturkan yang buruk untuk hamba Nya kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu yang baik untuk hamba Nya.

Syukur untuk semua aturan Allah. Sabar dan Redha perlahan-lahan membuahkan bahagia dan semoga ianya tidak berkesudahan. Bahagia dan terus bahagia. InsyaAllah


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment