Supplement During Pregnancy

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Sejak mula di sahkan hamil, erna terus amik asid folic. Alhamdulillah setakat ni,tak pernah tinggal lagi. Setiap hari erna akan makan ubat. Syukur juga sebab erna tak ada masalah nak telan ubat. Ada juga kawan serumah erna kat hostel unimap ni,susah makan ubat. Bila pergi klinik,doktor siap ajar cara makan ubat. hehehe... caranya,doktor suruh kawan erna ni,hancur kan pil dan campur dalam air oren. Lawak je.. tapi petua doktor memang berkesan ^__^

First check di klinik swasta JB,doktor suggest erna makan IBERET FOLIC 500. Sejak tu, memang erna makan Iberet Folic je. Kalau pegi check klinik kesihatan kerajaan,memang erna bagitau doktor tak perlu bagi asid folic. Sebab erna makan Iberet Folic. Kelebihan Iberet Folic ni, tak perlu makan banyak vitamin. Sebab dalam Iberet Folic,complete dengan Iron,Vit C,Vit B Complex & Folic Asid. Boleh elak daripada masalah terlupa makan salah satu vitamin. Kan mudah.. all in one. Harga, sangat berpatutan. RM27 untuk 30tablet. Boleh makan sebulan la kan.. Erna akan makan ubat ni, lepas makan tengah hari. Kat bawah ni IBERET FOLIC 500 yang erna makan ^__^


Selain dari ubat di atas, erna makan NEUROGAIN PB. Erna mula makan sejak IMAN berusia 11minggu dalam kandungan. Doktor INS Speciallist Center yang cadangkan. Kak Shina,kakak angkat erna pun makan supplement ni since pregnant anak sulung dan now masuk anak yang kedua. Erna akan makan NeuroGain lepas makan. Sekali je sehari. Harga sebotol RM48 untuk 30hari. Lagipun banyak erna baca tentang kebaikan suppement ni. Apa yang erna tau tentang kebaikan supplement ni,ia baik untuk perkembangan otak,mata dan pertumbuhan baby dalam kandungan. Nak terang panjang-panjang, erna bukan tak tau sangat. Jadi boleh baca testimoni di bawah ni..Act ada banyak lagi testimoni. Bole minta bantuan pak cik google ye..

"My wife took NeuroGain for Pregnant & Breastfeeding when she was 3 months pregnant with the recommendation from our gynae and friends. We are very happy with the results. Our baby girl, Kattie was born last November 2007. She is very attentive and alert from the day she is born until today. Comparing her with other babies of same age, she is definately a fast learner . All our family and friends also commented the same."
CP Soh
Singapore

Selain tu,erna juga makan SET LENGKAP SALINDAH. Suami belikan set ni masa IMAN baru 1bulan dalan kandungan. Lama juga erna simpan salindah ni. Sebab ikut jadual pemakanan salindah, kena mula makan bila baby umur 12minggu. Harga untuk satu set lengkap, RM360. Makan secara berperingkat ikut jadual yang telah di tetapkan. Sangat banyak kebaikan salindah dari testimoni yang erna baca. Produk ni, Dr.Azizan yang cipta. Dulu, makan Examo CKM. Bila dah ada IMAN dalam kandungan, erna makan Salindah pula. Produk ni, produk homepati. Nak tau lebih lanjut, boleh baca kat..sini


Kalau perempuan hamil, mesti kena minum susu kan? Baby dalam kandungan perlukan kalsium. So, susu pilihan erna ANMUM MATERNA perisa coklat. Erna minum sekali sehari. Minum susu, erna tak berapa disiplin sangat. hehehe..kalau sempat, sebelum pegi kelas pagi, erna akan bancuh susu dan erna campurkan oat segera. Kira kenyang sikit la daripada minum susu je.. Awal-awal dulu,memang erna minum susu je. Bila munir beli oat, erna pun join beli oat, Terus timbul idea campur dengan susu ni. Alhamdulillah..tiada masalah pun erna nak telan susu dengan oat. Lazat...



Last, antara supplement yang erna amalkan.. erna makan buah kurma. Yang ni, atlest sehari sekali erna akan makan.. Kadang-kadang, punya la terkejar-kejar nak cepat ke kelas, erna amik 2biji buah kurma, buang biji, erna amik roti dan jadikan inti dalam roti. Orang lain makan roti sapu jem,erna letak kurma dalam roti tu. hehehe...Sian anak ummi..kelam kabut je ummi nak ke kelas. Jadi IMAN pun sarapan dalam perjalanan ke kelas dengan ummi ^__^


Walaupun IMAN jauh dari babah, sedaya upaya ummi akan beri yang terbaik untuk IMAN. IMAN amanah ALLAH dan amanah babah yang perlu ummi jaga dengan baik. Setiap hari doa ummi tetap sama.. Semoga ALLAH makbulkan doa-doa ummi. InsyaAllah...


JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment