Rumah Iman

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Plan harini nak pergi proton service. Nak service kereta yang telah melepasa had yang patut pergi service. Bangun-bangun..tengah mamai..kawan serumah hostel erna bagitau yang kereta kena kunci dengan pak cik trafik UniMAP sebab park kereta depan umah. Owh...rosak mood harini nak pegi service kereta. So,laju-laju mandi..bersiap-siap, erna ke pejabat kolej kediaman. 


Student: Assalammaualikum...maaf,kereta saya kena kunci la. Boleh bukak tak? Saya takut tidur sorang kat umah tamu (siap bagitau terus terang..takut tidur sorang.hehehe..harus jujur)
Staff: Waalikummussalam...kenapa tak buat surat letak kereta depan umah sebab dah sarat mengandung. Eh..kan sem lepas apply umah tamu. Dah dapat umah selesa,nape nak duduk hostel lagi?
Student: Ibu saya datang perlis teman saya, lepas saya bersalin. Sekarang, Saya nak tinggal dengan kawan kat hostel.
Staff: Kenapa nak takut? kan rumah pengetua kolej depan umah awak je..jangan takut..pulangkan kunci hostel. Duduk je rumah tamu tu ye..(Terus call trafik UniMAP bukak kunci tayar kereta student)
Student: Ok2. (Dalam hati sedih...sambil terpaksa pulangkan kunci umah hostel.huhuhu)


Lepas balik dari pejabat,terus ke umah hostel bawak kereta keluar dari hostel,menuju ke pusat service kereta. Alhamdulillah...smpat service kereta harini. Pastu, pegi makan tengahari sebab perut tersangat lapar..dan pegi basuh kereta. Sampai hostel, cerita kat kawan-kawan,semua tak puas hati. Rasa kesian kat erna kena tinggal kat umah iman sorang dan tak boleh tinggal kat hostel lagi. Munir pun sedih..Erna lagi la sedih. Mula la macam-macam fikir. Nanti sakit perut nak terberanak, macam mana? huhuhu...


Rumah iman, memang best. Luas..selesa..ada air cond..internet laju..sebab kat hostel tak ada internet sekarang. Kat rumah iman, laju kan main internet..You Tube pun tak kena block. Server beza kot..Erna siap download lagu Opick kat 4share lagi. ehehehe..


Ok lah..jam dekat kul10 ni. Incik suami dah call suruh cepat balik umah hostel. Jadilah erna pendatang tanpa izin kat hostel tu..kena menyelinap masuk..Isnin, nak jumpa pengetua. Nak mintak izin duduk hostel..sementara ibu tak datang perlis lagi..


"iman..iman makin bijak.makin bijak ajak ummi sembang. Tak sabar nak peluk cium iman. Tak sabar nak bagi iman minum susu nenen ummi. Semoga Allah murahkan rezeki susu untuk iman nanti. Amin. Ummi sayang.....iman. Muuuuahhhhh! (sayang babah jugak! rindu babah :( "

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment