Takdir Aturan Allah

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

"Tuliskan rancanganmu dengan pensil, kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah swt. Lapangkan dadamu tatkala Allah memadam bahagian yang bukan di takdirkan untukmu, dan berbaik sangkalah kepada Allah apabila DIA menggantikannya dengan rancangan yang lain. Sungguh, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kerna perancangan Allah bukan seperti akal terhad kita fikirkan, bukan juga seperti hati kotor kita tafsirkan dan bukan juga seperti nafsu kita sangkakan. PASTI dan Pasti ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita - hambaNYA"


Alhamdulillah..Terima kasih untuk hadiah hari ini. Terima kasih kerana mentakdirkan ini. Semoga aku sentiasa menjadi hamba Allah yang mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan Mu. Semoga dikuatkan hati untuk segala perkara yang berlalu.. Semoga menjadi isteri terbaik untuk suami dan menjadi isteri solehah untuk suami ku, jalan penebus segala dosa dan jalan ku ke syurga bersama yang disayangi. Mereka yang menjatuhkan maruah ku, Tuhan ku pemelihara ku..Allah jua Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku di atas muka bumi ini. AMIN




p/s: Iman sayang..ini gambar fav ummi. Gambar babah yang ni, ummi rasa seiras dengan muka iman masa ummi buat scan 4D. Masa tu, umur iman 6-7bulan dalam rahim ummi. Now,iman dah 9bulan ++.. Alhamdulillah..besar dah anak ummi. InsyaAllah..lepas iman selamat dilahirkan nanti, ummi akan masukkan gambar iman yang seiras dengan babah ni ye. Atas permintaan babah, babah tak bagi ummi masukkan gambar scan muka 4D iman. So,kita sama-sama hormati permintaan babah ye.. LOVE both of u..

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment