Pengalaman Melahirkan Iman - Part 2

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Sambungan entry lepas...

6.00am

Erna sampai PMC, terus ke emergency..nurse suruh baring dan stand by nak kena seluk dengan doktor yang memang stand by kat emergency tu. Nurse pesan suruh tarik nafas dalam-dalam masa doktor seluk nanti. Masa tu,sakit dah datang makin kerap. Bila doktor seluk..doktor cakap,3cm. Uwaaa...memang sah nak bersalin. Bukan sakit perut biasa. Nurse terus call Dr.Annuar. Bagitau ada patient Dr.Annuar yang nak bersalin..Nurse amik kerusi roda terus tolak erna ke labour room untuk tunggu bukak jalan iman nak keluar. Mai bawak beg erna dan iman..Munir pulak tolong daftarkan erna. Erna memang dari awal dah bagitau munir,kalau erna kena tahan wad,munir akan daftarkan dan bayar deposit pendaftaran..so,kad ATM dan password dah siap-siap bagi kat munir.

6.55am

Erna dah masuk dalam labour room. Nurse bagi erna baju dan suruh salin baju. Nurse bagitau nak pasang alat CTG untuk jantung baby dan untuk kesan contration. Erna mintak izin kat nurse nak solat subuh dulu..Lepas solat subuh,nurse masukkan ubat kat punggung sebab nak keluarkan semua makanan yang erna makan semalam. Erna dah standby..baring atas katil dan alat-alat semua dah siap pasang kat perut, Sakit makin kerap. Nurse datang comfirm lagi jalan..3cm. Erna tanya nurse,biasanya..bila akan bersalin? Nurse jawab..anak sulung,sakit 12-13jam akan dapat baby. Erna pun buat anggaran erna akan bersalin dalam pukul10-11 pagi nanti.Ok,masa ni..dah siap call babah iman. Babah iman tengok tiket flight, JB-Penang..semua habis.Erna dah tawakal dah..walaupun hati rasa sedih sangat..

7.50am

Masa tengah menahan sakit,sempat erna baca yassin agar semua urusan erna d permudahkan Allah. Sambil baring,baca yassin, Dr.Annuar masuk labour room jumpa erna dan doktor mintak erna cerita, mula sakit macam mana..Masa ni,doktor bagitau..doktor akan pecahkan air ketuban erna sebab nak mempercepatkan jalan bukak. Dr. Annuar bagitau jugak sakit contraction akan makin kerap. Erna dapat rasa air ketuban yang mengalir keluar..panas je..huhuhu

9.15am

Nurse yang bertugas dalam labour room datang untuk check bukaan jalan..seluk lagi..tapi,bukaan jalan masih sama. Tetap 3cm. Sakit, Allah je tau..sakit semakin kerap..Mai dan munir sentiasa di sisi. Masa ni,munir baca yassin sama-sama dengan erna. Erna kejap baca..kejap stop..sebab menahan sakit. Seronok dengan keletah munir dan mai yang tak henti-henti ambil gambar dan video dalam labour room.

11.30am

Sekali lagi Dr.Annuar datang dan check bukaan jalan. Masih sama..tetap 3cm. lambat nyer bukaan jalan untuk iman nak terbuka. Sakit..sakit..sakit..mai akan baca nilai pada mesin contraction setiap kali sakit erna datang. Masa ni,Dr.Annuar ada bagitau..jalan lambat sangat terbukak. Jadi,Dr.Annuar ada terangkan sikit..apa next step yang akan mereka buat. balik dari solat jumaat, Dr.Annuar akan datang sekali lagi untuk check bukaan jalan. Uwaaa....dalam kepala dah fikir,nak kena operation ke? tak nak operation..nak bersalin normal..mulut tak henti berzikir dan baca ayat kursi. Semoga Allah permudahkan urusan erna melahirkan iman..Babah iman tak henti-henti call. Babah memang tak sempat datang untuk saksikan kelahiran iman. Sebab tiket flight semua full. Tapi babah tak pernah putus bagi semangat.

2.45pm

Nurse datang lagi..kali ni nurse yang berbeza..mungkin sister..Ketua nurse kat labour room tu datang. Erna cakap sister nurse sebab uniform nurse ni,warna lain dari nurse yang lain..datang nak check bukaan jalan. masih sama. 3cm tak berganjak. Erna memang tak tahan dah. Ada jugak beberapa ketika erna keluar air mata menahan sakit. Tapi banyak kali pujuk hati..erna kena tahan..kena kuat..sebab erna nak jumpa iman. Setiap kali sakit datang,maknanya..iman menolak ke bawah. Iman pun nak jumpa ummi. Bukan erna je menahan sakit dan berusaha..pasti iman pun berusaha keras nak jumpa ummi dan nak melihat dunia. Nurse yang keluar masuk banyak kali tanya erna masih tahan sakit ke? kalau tak tahan sakit..mereka boleh bagi ubat tahan sakit. Erna masih berkeras..melawan sakit dan berusaha menahan. Tangan Mai dan Munir akan erna genggam sekuat hati setiap kali sakit datang. Memang tak fikir apa dah bila sakit datang..

3.30pm

Kali ni,nurse cina yang lemah lembut datang dan tanya.."puan erna..masih bertahan lagi? nak ubat tahan sakit tak?" erna yang dari tadi menahan sakit berjam-jam..hanya mampu cakap.."sakit..tapi saya masih boleh tahan.." masa ni,erna mintak kebenaran nurse untuk baring mengring. Sakit contraction mula menyerang bahagian pinggang. Subhannallah..rasa nak tercabut pinggang. Bila nurse tu cakap.."boleh puan..puan boleh mengiring.." Bila erna mengiring je,Ya Allah...sakit nyer..macam ada ketulan atas ari-ari. nurse cakap..sebab iman dah turun kebawah. Bila erna mengiring..baby pun amik masa nak mengiring sikit..ikut erna. 

3.40pm

Nurse cina yang lemah lembut tu,mintak izin nak check bukaan jalan. Erna memang tak fikir apa dah..berapa kali nak seluk pun,dipersilakan seluk..Kali ni,seluk je..nurse bagitau bukaan dah 6cm. Ya Allah..rasa tak percaya. Erna makin bersemangat menahan sakit. Mai dan munir pulak,memang macam pom pom gurl dalam labour room. Bersorak bagitau yang kita semua dah nak jumpa iman. Nurse tu bagitau..jalan lebih cepat bukak kalau mengiring. Laa..manala erna tau kan. Kalau erna tau,dari pagi erna baring mengiring je. Lagipun,menahan sakit dalam kedudukan mengiring lebih selesa berbanding baring terlentang. Tapi,kali ni..erna mintak nurse bagi ubat tahan sakit. Ubat yang erna pilih..bukan Epidural. Tapi ubat lali yang dicucuk kat punggung erna. Menurut kata nurse dan Dr.Annuar, ubat pelali ni..hanya akan buat erna rasa mengantuk. Tapi setiap kali sakit contraction datang, erna tetap akan rasa. Tangan Mai dan Munir akan jadi mangsa..hehee

4.40pm

Entah kali keberapa nurse datang seluk untuk check bukaan jalan. Sakit,Allah je tahu..tak tergambar dengan kata-kata. Sepanjang menahan sakit, erna banyak teringatkan ibu..sempat sms ibu mintak maaf berkali-kali. Sedih la bila mengenangkan semua salah silap yang pernah buat kat ibu. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. Tangan munir dan Mai,tak henti-henti erna genggam. Masa ni, erna banyak kali bagitau munir yang erna rasa nak terberak. Bila erna bagitau nak terberak,nurse akan mintak izin untuk seluk..bila seluk,bukaan dah jadi 8cm. Nurse suruh erna bagitau bila rasa nak terberak lagi..act,bukan nak terberak..tu iman nak keluar tu..hehehe

5.00pm

Erna sekali lagi bagitau munir, erna nak terberak...sangat. Nurse seluk lagi..dan kali ni,terkejut bila nurse cakap..bukaan dah 10cm. Nurse call Dr.Annuar dan berlari-lari nurse dalam labour room. Kelengkapan dah siap sedia. Kaki erna dikangkang luas-luas. Nurse ada ajar..jangan angkat punggung semasa meneran dan bila sakit contraction datang, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan ke dalam. Macam meneran nak berak sembelit. Lepaskan nafas kedalam..bukan keluar hidung..kalau boleh,dagu bertemu atas dada. Sakit contraction datang, dan kali ni..erna dah ready nak meneran. Dr.Annuar, Mai dan Munir bagitau dah nampak kepala baby. Masa tu..erna tak fikir apa-apa melainkan nak meneran sekuat hati dan sepenuh tenaga untuk melahirkan iman. Bila Dr.Annuar cakap..boleh mula teran..erna terus teran..munir pun cakap.."dah nampak iman..dah nampak iman..cepat.." Erna terus meneran satu nafas..sampaikan nurse cina yang lemah lembut tu cakap.."curi nafas sikit.." erna tak rasa nak curi nafas..sebab terfikir kalau curi nafas,nanti iman tersedut keatas semula. Jadi, erna terus meneran hingga nafas terakhir. Selepas berhabis tenaga meneran..erna dengar Dr.Annuar azan dan tunjuk iman yang masih fresh pada erna. Mulut erna, tak henti ucap..Allah..Allah..Allahhuakbar..

5.20pm

Dalam surat kelahiran iman, tepat jam 5.20pm lahirlah Iman. Kelahiran secara normal..tanpa suami di sisi saat melahirkan iman. Apapun, syukur..kerana doa suami dan ibu sentiasa mengiringi saat-saat kelahiran iman ke dunia. Macam tak percaya dah bergelar ummi. Syukur..iman selamat lahir kedunia.

*Alhamdulillah Ya Allah..dengan kekuasaan dan kebesaran Mu..aku kini sudah mempunyai seorang cahaya mata dan melengkapi salah satu peranan sebagai isteri kepada suami..Alhamdulillah..syukur..*


- Erna tak dapat nak rakam gambar iman untuk setiap hari kelahirannya ke dunia. Sebab kat NICU, erna dan suami dilarang amik gambar iman. Ini gambar iman selepas 6hari iman kat wad. Masa ni,baru dapat dukung iman. Kami suami isteri curi-curi amik gambar iman sebab semua ahli keluarga nak sangat tengok iman -

---> Next entry erna akan cerita pengalaman erna selepas kelahiran iman ke dunia. Beberapa jam selepas kelahiran iman, erna dan suami serta keluarga di uji oleh Allah apabila iman terpaksa di masukkan ke NICU..jumpa next entry.

Untuk suami tercinta, 

Kalau babah ada masa ummi nak melahirkan iman, Ummi nak bagitau babah..ummi cinta babah. Ummi mintak maaf banyak melukakan babah secara sengaja atau tak sengaja dan ummi akan berusaha hingga hujung nyawa ummi untuk lahirkan anak kita. Anak yang babah cakap bukti kasih sayang dan cinta kita kerana Allah..Terima Kasih untuk kasih sayang dan kesabaran tinggi babah selama ini.

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. Iman..iman..masing2 ada pengalaman bersalin yang sendiri kan? Tah mcm mana la aku nanti..takotttt!

    ReplyDelete
  2. Jangan takooot....nanti ko akan puas bila dapat tengok baby :)

    ReplyDelete
  3. ibu n bakal ibu..kita bile lg dila.huhuhu

    ReplyDelete
  4. cik dila: coming soon awak pulak... :)

    nadd honey: xlama dah..jodoh nak sampai dah..tunggu masa je.. ^__^

    ReplyDelete
  5. waa.. rsa takut plak bla baca ni..
    nk nangis pn ade.. huhuhu
    btw, nice sharing erna!

    ReplyDelete