Kami Balik KL

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Lega..tadi dah selamat jawab 2nd paper. Ada lagi 3paper je. Lepas selesai jawab 3paper,presentation dan grad! AMIN...semoga dipermudahkan segala urusan ku. Semalam pegi study kat hostel dengan mai. Terpaksa tinggalkan iman. Balik dari study dah pukul3. Iman macam tau-tau je ummi dah balik. Elok je ummi bukak tudung semua, iman nangis nak nenen. Bila dah bagi nenen,berjagalah pulak iman tak nak tidur. Bukan main bulat mata menunjukkan iman nak ajak ummi bersembang dan bermain. Iman tak nak tidur. Ummi? ummi tersangatlah mengantuk iman...alahai anak ummi..Dalam kul5,tukar pampers..iman tertidur. Erna tak tidur pun..Erna tunggu masa nak subuh dan lepas subuh baru rasa nak tidur. Exam kul2.30petang..Kul12 erna pergi ke pejabat prof.Farid Ghani nak minta kebenaran hantar report lewat. Tapi prof.Farid tak ada kat pejabat. Alhamdulillah supervisor sangat supportive. Syukur dapat supervisor macam Dr.Abid. Sentiasa bertolak ansur. So,bila SV sangat baik hati dan bertolak ansur..erna kena beri yang terbaik. Tak nak buat sambil lewa..nak berikan yang terbaik walaupun dah terlewat hantar thesis berbanding kawan2 lain.

Kalau ikut tajuk,ini yang nak diceritakan dalam entry kali ni..Dah lama sangat erna tak balik KL. Last balik KL masa cuti semester lalu. Masa tu,umur iman 8bulan dalam perut ummi. InsyaAllah minggu depan kami akan balik KL. Yahoooo.....Iman tak pernah hirup udara KL. Kalini iman akan balik KL dengan ummi dan nenek. Actually, tak ada plan pun nak balik KL selagi erna tak habis study. Tapi,SIL beriya-iya suruh iman balik..rindu sangat katanya..Tok ma iman pun sama. Rindu sangat kat iman..dan rindu kat satu-satunya menantu kesayangan. Wah... I love u mama ^___^ Mama, OSIL an YSIL akan bertolak ke Mekah minggu depan. Rezeki mereka kesana untuk buat umrah. Tah bila erna pulak akan sampai ke sana. Selalu berdoa agar suatu hari nanti akan jejak kaki ke tanah suci. AMIN. Sebab tu,mama nak sangat tengok iman. Mama pun beriya-iya mintak erna adjust jadual bawak balik iman ke KL sebelum mama bertolak ke Mekah. Selepas ditimbang tara, erna pun mencuri masa yang ada sebelum present final project erna nanti. Kalau ikut jadual,presentation start on 26-28jun. Bincang-bincang dengan babah iman,erna akan balik ke Perlis 25jun. Sehari sebelum presentation..

 Alor Setar - KL
KL - Alor Setar

Babah suruh erna cepat-cepat booking tiket. Dari Alor Setar, erna, ibu dan iman akan naik flight Air Asia. Harga murah..ada promo rasanya masa erna beli haritu. Tambang untuk iman,sama macam harga tambang naik bas Kangar - KL. Harga tiket untuk iman, RM50. Harga tambang nenek dan ummi lagi murah dari tambang seorang baby macam iman. Harga dewasa, RM48 kot. Lupa la pulak..Erna terpaksa beli kilo lebih sebab nak bawak balik stroller iman. Disini,mulalah rasa sedikit menyesal beli stroller SC yang berat 12kg tu! Tunggu iman besar sikit,nak beli buggy. Senang nak bawak trevel. Kalau mommies tak beli stroller lagi,belilah yang ringan senang nak bawa trevel.

Kami akan berada di KL dalam seminggu dan balik ke perlis semula sebab erna akan ada presentation. Dari KL,babah suruh beli tiket MAS walaupun Air Asia jauh lebih murah. Sebabnya..kalau naik Air Asia,flight pagi. So awal-awal pagi babah dah kena berpisah dengan iman. Bila naik MAS, babah suruh beli tiket tengah hari. Babah cakap,boleh lama sikit bersama dengan iman. Sanggup tau babah iman ni......! Plan,kami akan buat sedikit kenduri kesyukuran kelahiran iman selamat semuanya. Kenduri ni akan buat kat rumah ibu. Harap semua perancangan berjalan lancar..

Apa yang buat ummi susah hati sekarang ni, macam mana nak bawak beg berat2. Kalau nak masuk kargo,erna beli 20kg je. Stroller pun dah 12kg. Ada baki lagi 8kg. Luggage pun dah berapa kilo. Rasanya barang2 iman je yang banyak nanti. Ummi pandai2 la carik baju bila dah sampai rumah nenek nanti. Ada jugak terfikir nak beli carrier untuk iman. Sekarang ni,ada macam2 carrie. Tengok carrier yang mama alysa pakai macam dalam entry ni menarik la pulakkan. Macam senang je nak bawak baby jalan sana sini. Alysa yang kiut pun bertambah kiut duduk dalam poket kangaroo mama dia :) Tapi,macam tak confident je erna nak pakai carrier tu. Rasa macam tak pandai nak carry iman pakai carrier tu. Erna ada terfikir untuk beli carrier brand Mothercare yang 6position. Beli online jela..perlis ni,mana ada butik baby jual carrier. Masih berfikir nak beli ke tak..kalau tak beli,macam mana pulak nak bawak iman kan..kalau nak dukung je,boleh tahan tuff anak ummi ni.hehehe..idea? 

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Replies
    1. asz...aku ni ade penyakit asek teringat ko la. ko seru nama aku ke???
      huh..kita jumpa nanti. aku nak suh iman touch of love kawan die dalam perut ko tuh! biar mereka geng mcm kita jugak. hehehe

      Delete