Aku, Kau & Dia

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Banyak yang ada dalam draf..Tapi terlayan lagu ni awal-awal pagi tadi masa pam susu untuk iman. Rasa best jugak lagu ni. Apa itu dejavu? Bila erna google,maksud dejavu tu..kira satu peristiwa yang kita lalui saat ini,tapi dalam masa yang sama hati kita akan terdetik yang..."eh,macam pernah rasa la macam ni..macam pernah jadi macam ni la..macam pernah lalui je.." ala-ala gitu la. Tak kisah apa itu dejavu. Tapi lagu ni best..kena dengan selera erna :) Sesuatu yang berlaku tu, bukan mudah-mudah boleh dinilai oleh kita sesama manusia. Hanya yang lalui je dapat tafsir..Orang lain yang tak tahu apa-apa? pedulikkan mereka..sebab mereka tak tahu dan walaupun konon-konon mereka amik tahu dan tahu semua..hakikatnya,tidak! Allah Maha mengetahui..kadang terfikir,perlukah berdendam? adakah ini namanya dendam? Tak sempat habis berfikir, terlintas pula.. "tak baik berdendam tau!". Sebab dendam hanya merosakkan hati. Untuk melepaskan semua pula,perlukan kekuatan untuk menolak segala rasa sakit yang pernah dilalui. Huh..beruntunglah kau. Kau,insyaAllah aku akan grad tahun ni. Terima kasih sebab aku tak pernah lupa janji aku untuk habiskan study ontime. Next aku nak sambung master. Aku dah dapat keizinan suami. Lega bila universiti lain pun ada tawar kos yang sama macam kos ditempat kau. Semoga cita-cita  aku yang ni akan tercapai. Walaupun bukan bilik sebelah kau nanti masa kerja. Rezeki Allah,siapa yang tahu kan? Good Luck untuk aku.. :) Alhamdulillah suami tak pernah sekat keinginan dan cita-cita aku. Asalkan aku tak lalai tanggungjawab sebagai isteri dan ummi kepada anak comel ku,Iman Zikir. Kau, semoga success juga.



Lirik Lagu Shila Amzah – Dejavu ( OST Aku, Kau & Dia )



Aku bukan lemah tanpa cinta 
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita


Dia hadir mengubatkan rindu 

Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta


Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

( Ulang chorus )
Setelah sedar dari mimpi

Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Lagu : Sharon Paul 

Lirik  : Imillya Irwani 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment