Adik

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Dalam hidup, erna cuma ada seorang abang dan seorang adik. Kakak? ada...erna mula ada kakak masa erna berusia 16tahun. Masa tu erna dah berhijrah dari sekolah harian biasa ke sekolah menengah teknik. Disitu erna mula ada seorang kakak. Kak Shina kakak senior yang banyak beri bantuan dan memang sejak kali pertama jejak kaki ke SMTSSB, semua senior akan cakap yang muka erna sama dengan kak shina. Bagi adik erna pula,erna yakin yang erna satu-satunya kakak kepada adik. Jarak umur antara kami agak jauh..sehinggakan erna tak pernah lepaskan title 'UCU' dan hingga harini,erna memang membahasakan diri dengan title itu. Tapi, erna masih ingat yang erna beriya dan snagat seronok bila dapat tau yang ibu akan melahirkan adik untuk erna. Walaupun title ucu dipegang oleh erna hingga harini, tapi sejak adanya adik..erna nak semua sama dengan adik. Kalau raya,memang ibu,erna dan adik akan berpakaian sedondon. Dah menjadi trend keluarga besar kami akan pakai baju sedondon ikut ahli keluarga. Contoh, keluarga erna akan pakai baju merah bunga-bunga putih. Keluarga makcik lain akan pakai warna berbeza sekeluarga mengikut tema masing-masing. Kalau keluarga jauh-jauh datang,keluarga yang setahun sekali jumpa masa raya, boleh detect dah..yang ni anak siapa..yang tu anak siapa. Best betul masa beraya di kampung :)

Berbalik pada kisah adik,erna ingat lagi..masa tu nak raya. Ayah nak belikan kami kasut raya dan sememangnya sejak kecil,sifat keperempuanan erna tebal. Suka pada kasut tinggi,blouse,lipstik,skirt dan semua yang berunsur keperempuanan erna suka. Masa tu adik kecil lagi. Erna dah request pada ayah nak kasut tumit tinggi yang sama macam cikgu muzik disekolah erna pakai. Setiap kedai yang kami pergi,ada kasut yang erna nak. Tapi,kasut pattern tu..tiada size kecil untuk kaki macam adik. Erna dengan rela hati, cancel untuk beli kasut yang erna nak sangat-sangat tu. Apapun,tetap beli kasut bertumit tinggi jugak. Asalkan erna dan adik dapat pakai kasut dan baju yang sama sepanjang raya. Kalau tentang gaduh, adik beradik..mestilah pernah bergaduh. Tapi,gaduh kami..bukan berpukul-pukul. Gaduh kami,gaduh guna mulut sahaja. Lawak kalau ingat semula. Terlalu banyak kenangan. Apa yang erna perasan, sejak dulu..sebelum erna tinggalkan adik untuk ke mana-mana..contoh, bila erna dah tinggalkan rumah untuk tinggal di asrama,adik mesti akan salam dan cium erna. Sehingga ke harini,memang itu tabiat adik yang buat kak ngah rasa terharu :P

Adik selalu merendah diri. Adik selalu cakap adik tak sehebat abang dan kak ngah. Puncanya hanya sebab adik tak pernah tinggalkan rumah. Adik duduk dengan ibuayah sejak sekolah. Tak pernah tinggal diasrama macam kak ngah dan abag yang akan berhijrah keluar dari rumah ke sekolah berasrama. Adik jugak selalu rasa rendah diri sebab keputusan peperiksaan kecil atau besar kami selalu berbeza. Lebih-lebih adik rasa rendah diri bila selepas SPM setahun yang lalu,adik masih tinggal di rumah dengan ibuayah. Sedangkan kak ngah dan abang, selepas SPM kami sekali lagi keluar dari rumah,melanjutkan pelajaran. Apapun, bagi kak ngah dan abang, adik bukan orang yang lemah. Bagi kami, adik tak perlu ada rasa rendah diri. Erna sendiri selalu ingatkan adik..tak kisahlah kalau kita adalah kura-kura. Biarkan mereka semua arnab. Apa yang penting,kita perlu sentiasa ada cita-cita dan matlamat dalam hidup. Hidup ni bukan saja-saja. Hidup walau dilanda beribu masalah, tapi jangan sesekali berputus asa. Walupun kadang-kala kita sendiri terasa bebanan yang terlalu hebat. Takdir ALLAH tidak pernah menzalimi hamba Nya.

Alhamdulillah..selasa ni ibuayah akan hantar adik daftar diri di salah satu IPTA di suatu daerah yang tidak asing bagi kak ngah. Walaupun IPTA ini tidak gah pada mereka semua,tapi bagi kak ngah, itu adalah satu permulaan yang baik untuk adik. Banyak kali kak ngah pesan pada adik..semua orang ingin ke destinasi yang sama. Tak mengapalah kita melalui jalan yang jauh dan mereka lalu shortcut untuk sampai ke destinasi yang sama. Asalkan kita akan sampai ke destinasi dengan selamat dan tercapai segala impian. InsyaAllah..Itu juga yang erna pegang sepanjang jalan menuntut ilmu. Walaupun ada sahabat yang hampir konvo master malah mungkin ada yang nak ke Phd. Tapi, erna tak pernah rasa ketinggalan. Sudah berkahwin dan ada iman juga bukan penghalang erna untuk capai cita-cita. Menuntut ilmu juga satu ibadah. Semoga langkah awal adik ini akan membuahkan hasil yang baik. Kami sekeluarga mendoakan kejayaan adik dunia akhirat. Amin...

 Adik 5bulan, Kak Ngah 7tahun

 Test kamera baru masa ni

 Adik memang low profile. See..kak ngah posing bukan main lagi :P

 Masa ni,lagi seminggu menjelang hari pernikahan. Adik sanggup layan jiwa kacau kak ngah

 Seronok bila speck adik siap. Puas adik cari yang sama dengan kak ngah :)

Sibling

Acshu, ummi dan iman

p/s: Belajar rajin-rajin dik. Kak Ngah sayang adik :) Iman pun sayang acshu..

Share this:

,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Tetibe tersentuh hati...hihi...ira ada 2 org adik...xde kakak xde abg...

    Tp antara kami bertiga ira la yg paling 'kebawah' dari segala segi...cth plg ketara pelajaran...hihi,adik2 i pandai2...xpe lar,yg penting bak kata erna,biar lambat,asalkan berjaya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2...xkisah la macam mana pun. dalam adik beradik mesti saling support. Abang erna,walaupun tak nampak support adik sangat,tapi selalu je tanya2 pasal adik kat erna..

      adik pulak rasa lain dengan abang..rasa abg garang. tp,kalau apa2 abg yang bantu adik :)

      xpela ira..plan2..asalkan sampai ke destinasi :)

      Delete