SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN PERTAMA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Genap setahun usia perkahwinan erna dan suami. Kuasa kasih sayang ALLAH, selepas pelbagai dugaan realiti dan hati yang melanda, kami memang telah dicipta untuk bersama. Macam erna selalu cakap dalam entry-entry lepas, erna tak ada kisah persediaan ke alam perkahwinan yang menarik sebabnya, kami dijodohkan dan ditakdirkan ALLAH. Dalam masa sebulan, semuanya berlangsung dan kami sah menjadi suami isteri. 

Alhamdulillah..harini dia adalah suami ku. Lelaki yang sanggup menunggu erna bertahun-tahun. Yela..kami bertunang je pun hingga cecah 4tahun. Perkenalan kami pulak sejak sekolah tingkatan2 lagi. Lama kan? Surat cinta kami masa usia 14tahun pun masih erna simpan rapi. Erna selalu ugut suami nak tunjukkan surat cinta tu pada anak-anak. Tapi suami cakap jangan. Malulah dia. Sebabnya suami ku yang jiwang..jiwang suami tu buat erna jatuh cinta. Banyaklah kisah kami. Kisah yang panjang. Manis, pahit, semuanya kisah yang akan disimpan elok hingga hujung nyawa. 

Suami outstation. Semalam suami 3g. Suami nyanyi-nyanyi wish ulangtahun pernikahan pertama kami. Ucap-ucap, suami keluar air mata. Sedih la isteri bila suami tiba-tiba macam tu. Ulang-ulang kali erna cakap terima kasih suami sebab sabar melayan kerenah isteri. Suami pulak ulang kali cakap, terima kasih ummi lahirkan iman dan jaga iman sampai iman dah besar sihat macam sekarang. Suami sayang isteri sebab isteri susah-susah mengandungkan iman sorang kat perlis. Pastu isteri sakit melahirkan iman pulak. Sekarang, isteri susah-susah perah susu untuk iman dan berjaga malam bila iman kejap-kejap bangun malam nak menyusu dan tukar pampers. Isteri bagitahu suami..itu semua tanggungjawab. Jadi, itu bukanlah alasan untuk suami ucap terima kasih dan itu juga bukan penyebab suami perlu sayangkan isteri.

Alamak..tak habis menulis lagi iman dah bangun tidur. Ni ada atas pangku ummi. Nantilah sambung menulis. Tak sabar tunggu suami balik dari ioutstation. Nak masak special untuk suami. Rindu nye...Allah je tahu. Semoga kasih sayang kami sampai syurga. Doakan untuk kami juga.

p/s: babah, kita selalu gaduh-gaduh manja kan? hakikatnya..Allah je tahu dalam mana rasa syukur kerana babah juga pengakhiran cerita cinta ummi. Selalu jugak terdetik, kalaulah dia suami ku..pasti kehidupan tidak seperti harini. Allah Maha Mengetahui. I LOVE U T_____T

Share this:

, ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. sweetla erna.. semoga jodoh korang sampai ke syurga..insyaAllah.. doakan utk saya jugak k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah cik tqah yang bakal bergelar puan tak lama lagi :)

      Delete
  2. Happy anniversary erna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ.kita beza sebulan je. aku ingat tarikh nikah ko! hehehe

      Delete