Sedih

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Semalam teman suami hantar makcik suami ke putrajaya. Iman pun ikut sama. Makcik suami masih muda..anak pun umur lebih kurang umur iman. Beza beberapa bulan sahaja. Masa majlis nikah kami dulu, makcik suami ni, baru je habis pantang. Tengah syok-syok main dengan iman dan anak makcik suami,namanya Emir..erna terasa ada sesuatu terlepas dari tangan. Eh..gelang tangan nikah erna putus sebab tersangkut pada lubang-lubang dibaju iman. Ini kali pertama gelang tangan tu putus. Sebelum ni, elok dan cantik je erna pakai..Tak pernah bukak melainkan masa usia kandungan erna mencecah 7bulan, tak muat lagi nak sarung gelang atau cincin ke tangan. Ketat. Gara-gara seluruh anggota badan mengembang dengan jayanya. Sedih memang tak terkata. Rasa lain macam bila kat tangan tak ada gelang tu.. Suami relax je..suami cakap,nanti kita pergi repair. Sayang sangat erna pada gelang tangan tu. Kalau nanti-nanti rezeki suami mencurah-curah..nak belikan gelang tangan yang baru..takkan sama dengan gelang tangan yang satu ni. Sangat sentimental value pada erna. Alhamdulillah..masih rezeki erna memiliki gelang tangan tu. Yela..kalaulah terjatuh masa erna berjalan-jalan, mungkin erna tak sedar pun yang gelang tangan tu hilang. "Bersyukur dengan apa yang dimiliki harini erna..jangan nanti kalau dah hilang, baru nak rasa sedih dan menyesal.." monolog dalaman.


hari kejadian dimiliki suami

Gelang tangan tu, beli di Poh Kong Alamanda. Awalnya erna memang teringin gelang tangan jenis bangle yang keras dan bukan jenis rantai. Tapi, jurujual kedai emas tu cakap..kalau jenis rantai, boleh buat pakai harian. Kalau jenis bangle pula, lebih sesuai kalau pakai sekali sekala. Tak sesuai untuk kegunaan harian. Gelang batal air sembahyang kami ni, erna yang pilih sendiri. Suami tak kisah dan ikutkan sahaja mana yang cantik pada erna. Dulu, tak pernah terfikir yang erna akan sayangkan gelang tangan nikah ni seperti hari ini. Cerita dulu, cerita sebelum bernikah dengan suami..punya pelbagai kisah. Biarlah yang lalu. Pernah erna nyatakan dalam entry sebelum-sebelum ni..memang erna tak ada kisah menarik untuk dikongsi mengenai perjalanan menuju ke hari kami dinikahkan. Itu adalah satu perkara yang buat erna sedih dan tak mengapalah...kisah hari ini, kisah bersama suami dan iman adalah kisah yang lebih indah untuk di abadikan disini. Kalau boleh sebelum suami pergi outstation minggu depan, erna nak gelang tu siap di repair..


Suami tak sihat sekarang ni..batuk tak henti-henti. Kelmarin teman suami ke klinik, doktor cakap tekak suami luka teruk. Punyalah sayang suami pada iman, suami sanggup bawak bantal dan selimut tidur di sofa. Sebab..setiap kali babah batuk-batuk,mesti iman terjaga. Erna pun dah mula rasa tak sedap tekak. Dah mula batuk-batuk tapi tak seteruk suami. Alhamdulillah..iman faham kot ummi dan babah tak berapa sihat. Sebabnya..malam iman tak banyak ragam. Kurang bangun malam. Kalau iman terjaga pun, erna cepat-cepat suakan nenen. Lepas hisap nenen, iman tidur semula. Harapnya..iman takkan dapat sakit-sakit macam kami. Syukur sebab sepanjang iman dah lahir ni..tak pernah lagi iman demam teruk-teruk atau sakit apa-apa. Mungkin berkat susu ibu yang iman minum. Semoga iman sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah. Jam dah dekat kul4pagi. Mata tak mengantuk lagi. Kalau sihat, esok nak ke Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Suami tak dapat ikut sama. Erna plan nak bawa iman dan bawa adik erna temankan erna. Harap-harap erna terjaga dan dapat pergi karnival tu. Nak sangat pergi..walaupun tak pasti macam mana jalan ke sana. huhuhu... Menyusukan iman dengan susu erna sepenuhnya juga adalah satu perjalanan mencari ilmu yang takkan ada kesudahan. Apa saja untuk iman..


p/s: babah, semoga cepat sembuh..kalau tak dapat sambut ulangtahun perkahwinan pertama kita bersama lagi 2minggu, sebab babah outsation nanti, tak apalah..asalkan ummi sentiasa di hati. i love u!

Share this:

,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Jgn sedih... Best tak carnival susu? Lin tak g, hafidh xsehat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu sedih lin.erna x pegi pun karnival tu.erna x sihat.suami tak bagi pergi.so berehat je la kt umah.

      Delete