Selamat Menyambut Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Harini hari pertama semua oarang berpuasa. Tapi semua orang tu tak merangkumi erna la ye. Sebab erna tak berpuasa harini. huhuhu..Awal-awal puasa ni dah period. Nanti akhir-akhir puasa, tah period lagi ke tak. Erna pun tak pasti. 1st bagitahu suami yang erna period, suami terus cakap..."Yeay! iman belum ada adik lagi. Manja babah dan ummi.." sabo jela kan suami ni. Sebab ada mommies yang fully breastfeed, tak datang period berbulan-bulan. Ada yang sampai anak mencecah umur 2tahun pun masih tak period. Erna, elok habis je pantang..dalam 2minggu tu dah datang period. Takpelah period pun. Senang nak kawal aktiviti suami dan isteri :) Meaning, takdelah takut kalau-kalau terbabas ke ape. Apapun, ini semuakan rezeki. Cuma, kalau boleh..erna nak susukan iman sampai iman 2tahun. Erna memang ada amik perancang sebab tak yakin dengan kemampuan kami suami isteri mengawal secara semulajadi. Nanti erna share tentang perancang ni next entry ye.


Ini kali kedua erna berpuasa sebagai isteri. Tahun lepas, erna kahwin seminggu sebelum masuknya Ramadhan. Masih ingat lagi peringatan dari ustaz yang nikahkan kami. Ustaz pesan..jaga nafsu. Jangan sampai tak dapat kawal nafsu disiang hari. Nanti kena ganti puasa sebulan penuh. Masa ustaz cakap macam tu, senyum-senyum segan la kan. Jadi, sepanjang puasa tahun lalu..siang suami bekerja. Kalau hujung minggu, kami banyak habiskan masa diluar. Ramadhan lalu jugak, iman dah ada dalam rahim ummi :) Iman sayang masih kecik lagi masa tu. Ramadhan lalu jugak, erna dapat tau yang erna mengandung. Indah sungguh Ramadhan lalu untuk erna dan suami. Semoga Ramadhan tahun ni pun akan membawa seribu kebaikan dan semoga kami dapat manfaatkan Ramadhan kali ini sebaiknya. Syukur masih berkesempatan menemui Ramadhan kali ini.

Suami outstation ni. Suami jauh nun di Gua Musang. Erna dan iman stay rumah ibu. Kadang-kala, erna balik rumah mertua. Sebab rumah kami di puchong ni masih belum berkemas. Semua barang-barang yang dibawa pindah dari JB dan barang-barang erna dari pelis, penuh satu rumah. Haritu masuk rumah yang bakal kami duduk, aduhai...pening. Pening tak tau macam mana nak setting barang yang banyak. Kami ni baru nak setahun kahwin. Tapi barang dah penuh satu rumah. Suami sedih berpuasa untuk pertama kali sendiri. Harini, suami duduk rumah je berehat. Sebabnya suami bagi cuti awal Ramadhan pada semua pekerja. Tahu lepas sempat juga erna siapkan juadah berbuka untuk kami suami isteri. Tahun ni, harap suami akan pulanglah hujung minggu. Boleh isteri siapkan menu best-best. hehehe..

Ucapan berpuasa dari Iman Zikir;

Selamat berpuasa aunty uncle abang kakak. Ummi cakap iman tak puasa takpe. Sebab iman baby lagi. Nanti dah besar ummi marah kalau iman tak nak puasa. Ini botol MAM baru ummi beli untuk iman. Iman suke... ^__^

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment