Hadiah Hari Lahir

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Entry pertama bulan disember bermula dengan kisah hujung minggu baru-baru ni. Mengambil kesempatan masa pergi expo baby di Mid Valley. Mula, suami beriya-iya nak bawak iman. Tapi, erna larang dan tak setuju sebabnya erna dah ada pengalaman pergi expo baby di mid valley julai lalu. Ramai sangat orang dan rasa kesian kalau iman terpaksa bersesak-sesak. Lagipun kami ada pilihan untuk bawak iman atau tinggalkan kat rumah ibu setengah hari. Lainlah kalau tiada pilihan dan terpaksa juga bawak iman. Sementara tunggu stock pampers mummy poko sampai kat booth, kami keluar dari expo dan makan. Pusing-pusing carik kedai makan dan kami takde idea pun nak makan kat mana. Elok turun je dari escalator, nampak restoran Fish Manhattan. Suami ajak makan situ dan erna ok je.

Masa tengah makan, suami cakap ini makan-makan sempena bithday erna. Senyum-senyum isteri suka. Tak mengapalah tak ada kek pun. Suami bawak makan-makan ni pun dah rasa bahagia. Last erna makan kat Fish Manhattan ni masa erna mengandungkan iman. Masa tu suami bertugas di Johor Bahru. Ada la 2-3kali kami makan kat situ sepanjang erna mengandung iman. Lepas makan, kami simpan barang yang dah beli kat expo tadi dalam kereta. Sebab rasa berat nak masuk expo second round dengan barang yang sedia ada. Berat wooo...baby wipe pureen dan liquid cleanser pureen tu kalau nak usung semula ke expo.

Sebelum balik, kami singgah Swatch dan hati berbunga-bunga bila suami hadiahkan seutas jam tangan. Masa kami tunang dulu, kami ada bertukar jam tangan sebagai hantaran. Tapi, jam tangan kami sama-sama dah hilang di curi. Sad! Sayang betul jam tu. Nikah, kami tak bertukar jam tangan pun. Hari-hari pergi kerja erna tak pakai jam tangan sebelum ni. Tapi, mulai harini tangan kiri dah ada jam baru. Seronok betul..SEronok sebab jam hadiah dari suami dan betul-betul tengah perlukan jam. Tak kisah pun jam hadiah dari suami ni brand swatch ataupun jam yang tak berjenama. Bila suami dah hadiahkan, rasa seronok dan sangat bahagia. Suami cakap, itulah hadiah tahun ni untuk isteri tercinta. Isteri, berulang kali tanya betul ke nak hadiahkan jam cantik ni? Suami senyum-senyum dan cakap jam itu cantik dimata dia.

Makan tengahari kami, makan-makan cinta, makan-makan birthday ummi

Gegula hati. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu suami!

Sementara promoter cop warranty card, isteri laju-laju snap gambar ni. *itu jam baru saya ^___^

#Alhamdulillah untuk kebahagian hari ini Ya Allah.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

8 comments:

  1. wah boleh ko habiskan platter tu? jam tu cantek okeh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun makan-makan cinta kan..share la makan tu. bukan makan sorang. tu pun ada sepinggan pasta dan tiramissu. hehehe...lapar betul!

      Delete
  2. Replies
    1. suami erna pilih. erna bagitau nak jam besO besO macam bangle. hehehe..

      Delete
  3. wa..best..lawanya jam erna..tqah pon skrg pakai jam hantaran je..hihi

    ReplyDelete