IMAN BOTAK KALI KEDUA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sejak iman dalam kandungan lagi memang dah niat nak botakkan iman. Alhamdulillah..kali pertama erna botakkan iman dalam entry ni. Mulanya risau kalau-kalau rambut iman lambat tumbuh. Kan ada jugak baby yang botak dari dalam pantang. Bila umur dah setahun masih tak tumbuh rambut. kalau tumbuh pun jarang. tak pun halus. Alhamdulillah..iman ni erna rasa kategori rambut cepat tumbuh lepas potong. Yela..macam haritu botakkan kepala iman, lepas 2minggu terus rambut dah panjang. Bersedialah ummi dan babah duit kos untuk potong rambut iman. Tak boleh berjimat bab ni sebab kami semua takut nak botakkan kepala iman. Harapkan mamak kat kedai gunting rambut je la nampaknye. Tapi, kalau iman dah besar sket nanti..iman tak nangis dan tak takut gunting rambut, ummi berani je nak botakkan iman. Botak boleh la ye sayang..tapi kalau iman nak buat rambut style-style..ummi tak berani jamin =P

Semalam hati rasa sayu bila iman melalak bagai di dera kat kedai gunting rambut tu. 1st time botakkan rambut iman, erna yang pegang iman. Kalini, erna mintak babah iman pulak yang pegang iman sepanjang proses membotakkan kepala iman. Babah dengan muka relax jawab.."ok, boleh..babah pegang iman.." Bila start je mamak tu nak mesin rambut iman, babah dah mula la kelam kabut. Sebab iman menjerit meronta lain macam. Babah cakap.."lain kali potong kat saloon pulak. Rasanya mamak tu ganas sangat potong rambut manja kita.." huhuhu..tah la. memang nampak ganas mamak tu pegang kepala iman. Tapi, kalau tak pegang kuat-kuat..macam mana nak mesin kan? Dah iman meronta-ronta. kepala tak duduk diam. Ish..kesian anak ummi. Harapan ummi, kalau iman dah besar sikit nanti..iman jangan la takut nak gunting rambut ye sayang..

Macam biasa, ummi tak nak lepas peluang ambil gambar iman sepanjang sesi membotakkan kepala. Kalau haritu botak licin. Kalini kami suami isteri request tinggalkan rambut iman dalam 1inci. So, taklah botak licin. Gambar-gambar ini akan dijadikan kenangan untuk iman tatap kemudian hari.. ^__^

Sesi membotakkan rambut baru bermula. Tengok iman peluk babah kuat!

Aduh anak ummi...nangis tu.

Sambil amik gambar iman ni, sambil memujuk nyanyi macam-macam.

Gambar ni rasa kesian sangat kat manja kami berdua. Penyek mata anak ummi.

Olololo...nangis. Kesian..Kuat genggam baju babah dia.


Ummi nak interprame jugak. Dah siap gunting rambut time ni. Bayaran RM6.
Kecik je kepala anak ummi.
Masa botakkan dalam 5minit sahaja.
Boleh bukak kedai gunting rambut la cani.
Tapi, untuk baby sahaja.
Untung besar! ^___^

Share this:

, , ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. Yeay da 2x botak..ammar nk botak kali ke 3 mcm xtaw bila..takut bila botakkan dia naik rashes balik..:(

    ReplyDelete
  2. bestnya iman da botak lagi... ddy hafidh tanak botak kan hafidh... huhuhu sedih...

    ReplyDelete
  3. Untung la iman cepat tumbuh rambut, betambah comey dia.. Anak2 linda lambat sikit nak tumbuh rambut n jenis rambut nipis..

    ReplyDelete