RESEPI: BIHUN KUAH BABY

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Ibu ada mengadu yang iman dah kurang nak makan bubur nasi sekarang ni. Walaupun macam-macam menu di tukar..asasnya tetap sama. Beras a.k.a nasi. Kita pun jemu kalau makan menu yang sama hari-hari. Betul tak? Kadang-kadang kita nak jugak makan bihun, laksa, mee kari dll. Erna terfikir..mungkin iman pun macam tu juga. Dah jemu agaknya anak erna tu makan bubur nasi. Bukanlah bubur nasi yang sama je..bertukar sayuran dan teknik masak. Kadang di tumis. Kadang letak cheese. Tukar-tukar. Kadang tu, ada jugak masakkan oat dan kismis. Kesian iman..bosan agaknya. Jadi, erna gogel resepi dan olah-olah sikit. Maka terhasilah Bihun Kuah Baby =) Nama mesti nak sedap..sesedap menu untuk yang tersayang. Apa yang penting..ia homemade hasil air tangan ummi dan berkhasiat untuk iman. Jom..

Bahan-bahan: (8bulan keatas sebab masakan ini ditumis)

Bihun 
Tomato (Cincang)
Brokoli (Cincang)
Isi Ayam (Cincang)
Bawang Holland/Merah & Bawang Putih (Cincang)
Sedikit Unsalted Butter (Untuk menumis)

Cara-cara:

- Rebus bihun hingga betul-betul lembut
- Panaskan periuk dan masukkan sedikit unsalted butter
- Bila butter dah panas dan mencair, tumis bawang
- Bila bawang dah garing sikit, masukkan ayam.
- Ayam dah masak, masukkan brokoli dan tomato yang telah dicincang.
- Masukkan air. Lebih sikit pun takpe.
- Bila air dah mendidih, kacau-kacau dan masukkan bihun.

*Kalau tak ada unsalted butter, boleh guna olive oil.
*Sayur boleh ganti dengan apa-apa sayur yang baby suka.
*Tak perlu kisar lagi sebab bihun dah sangat hancur dan sayur, ayam semua dah lembut.

Rebus bihun hingga lembut

Bahan-bahan untuk bihun kuah baby

Alhamdulillah..iman makan dengan seleranya ^___^
Tak nampak kuah sangat sebab bihun serap kuah.
Rasa lemak masam sebab ada ayam dan tomato. Masi-masin sedap sebab bertumis. 

Selamat mencuba =)

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

19 comments:

  1. afiq 9bulan xde gigi lagi.cane nak bg eh? susah gak, mknn dia sume kne blend..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau..boleh je bagi. gusi dia mesti kuat. ni memang lembut sangat-sangat. kalau nak blend pun boleh jugak. tapi, erna rasa..kalau tak blend lagi ok kot. nampak la makan bihun tu. hehehe

      Delete
  2. erna.. bihun pjg2.. boleh x untuk ZD? tp ZD banyak nk pegang sendiri.. Banyaknye blender lg mknan dia.. ke dah xpayah blender? 6. 2 ni ZD 8 bln la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula memang erna plan nak blender. tapi lepas dah rebus bihun tu memang lembut sangat sangat. jangan risau..bihun tu akan hancur ala-ala pendek :)

      Delete
  3. rabu ni safiyyah genap 8bln..boleh lar try..takut2 mama dia yg mkn.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee...erna pun mkn jugak. sesuap mulut iman..ummi dua suap.hehehe

      Delete
  4. mkn sup mcm ni, budak mmg suka... =)

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya...boleh copy ea resepi ni..nak buat lah utk ari cuti nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila..nanti boleh share anak suka ke x :)

      Delete
  6. selalu bubur nasi kan ni tuka bihun plak takdela baby jemu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..asek bubur nasik je. tuka pulak menu

      Delete
  7. alysa pon suke bihun...pastu yang kelakar kalau ada bihun yang panjang2 tuh terkeluar sikit dari mulut dia, alor, comel je tgk gaya dia nak masukkan lebihan bihun tuh dalam mulut dia dengan menggunakan jari2 halus dia tuh...

    sweet sangat kan tgk ragam anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erna baru 1st time try bihun tp. tapi bihun iman hancur. xjadi panjang panjang.pendek pendek je semua. sebab erna memang rebus betul2 lembut. takut iman tercekek

      Delete
  8. eh menarik la dik...pandai ko olah menu...selame ni guna pasta jek...bihun pun okey kan....tapi tak kembung ke baby sebab bihun ni org kate angin....nanti leh la akak cube tuk dayyan heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? kembung ke? xdela pulak kak. pasta erna x pernah bg iman lagi. nanti baru nak try buat pasta pulak. kuahnya..pumpkin saurce ke..wahhh sedap :)

      Delete
  9. Replies
    1. ahahha...itulah ms suap iman makan, iman sesuap..ummi dah dua suap :P

      Delete
  10. Ooo bihun tu akan hancur ye...ok nak try jugak pasni...masuk buku resepi ni^^
    Maceh erna

    ReplyDelete