Mengandung dan Menyusukan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Harini terpanggil nak berkongsi satu isu yang menjadi kegusaran ramai ibu. Sedar atau tidak, ramai juga sebenarnya ibu yang masih menyusukan anak..telah hamil. Ada yang hamil ketika usia anak belum sampai 1tahun. Malah jangan terkejut, ada juga di antara ibu yang hamil semula ketika anak masih belum pun mencecah usia 6bulan. Jadi, apa yang ingin erna kongsikan dalam entry kalini adalah berkaitan Mengandung dan Menyusukan. 

"SAYA MENGANDUNG DAN MASIH MENYUSUKAN ANAK. BOLEHKAH SEORANG IBU YANG MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK?? ADAKAH NUTRISI DAN ZAT DALAM SUSU AKAN BERKURANGAN DAN ADAKAH IANYA MERBAHAYA UNTUK SAYA?? ANAK DALAM KANDUNGAN SAYA MACAM MANA PULA??"

Petikan daripada blog drzubaidi.com


Kebanyakkan ibu yang hamil dan menyusukan anak juga ada memikirkan masalah pengecutan rahim apabila anak terus menyusu, sedangkan bayi dalam rahim ingin terus membesar. Adakah bayi dalam rahim tidak dapat membesar sihat kerana pengecutan rahim berlaku bila ibu terus menyusukan anak? Jemput baca petikan dari blog dr.zubaidi juga di bawah ini.


Namun, jika ibu mengalami beberapa masalah seperti di bawah ini, ibu di nasihatkan untuk tidak meneruskan penyusuan semasa mengandung.

1- Ibu pernah mengalami keguguran

2- Ibu pernah lahirkan anak pra-matang

3- Jika ibu mengalami pendarahan dan sakit perut yang kuat, ibu perlu hentikan penyusuan.

Jika ibu tidak mengalami masalah-masalah di atas, ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa kepada anak yang masih di susu kan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambil kira sekiranya ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil:

• Sejarah perubatan.

• Dapatkan pengesahan dari gynae anda sama ada diri anda dan kandungan sihat dan boleh teruskan penyusuan

• Tahap keselesaan fizikal dan emosi.

• Usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya).

• Pengambilan makanan yang berkhasiat. Pengambilan suplemen yang secukupnya insyaALLAH akan dapat membantu. [Boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee]

• Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal.

• Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi.

Antara fakta penting yang perlu ibu semua tahu sekiranya ingin meneruskan penyusuan ketika hamil:

• Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. 

• Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. 

• Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya maka rehat yg secukupnya amat diperlukan. 

• Puting menjadi lebih sensitif ketika hamil maka cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi. 

• Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. Makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan. Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan penghasilan susu. Jika tidak diperolehi dari diet seharian adalah penting untuk anda mengambil suplemen tambahan. Apapun, makanan yang seimbang adalah sangat penting. Menurut kajian, wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan utk perkembangan bayi di dalam kandungan dan jika menyusukan anak perlu lebih kalori iaitu dalam lingkungan 600-800 kalori tambahan dalam sehari. 

• Sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. 

• Malah, sewaktu trimester kedua, susu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa. 

• Setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu ibu. 

Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu ibu semua...sudah pastilah setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak-anak. Tetapi janganlah dipaksa diri sekiranya mengundang bahaya kepada diri anda dan bayi di dalam kandungan. 


ESP adalah antara makanan tambahan terbaik yang boleh anda ambil untuk mengekalkan kuantiti penghasilan susu. Walaupun mungkin ada juga perbezaan kuantiti susu saat hamil dan tidak hamil, tetapi ESP adalah antara pilihan terbaik untuk para ibu yang mengandung dan menyusukan anak.



i love breastfeeding  
enjoy your breastfeeding journey 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment