Selamat Datang Oktober

Orang Baru Oktober 2016


Alhamdulillah...sekejap je dah Oktober. Pejam celik pejam celik, eh, dah Oktober. Bila dah masuk Oktober, mulalah dup dap dup dap. Hahaha...tau kenapa? Sebabnya kami sekeluarga bakal menerima orang baru dalam keluarga kami secara realiti. Yelah maksud realiti tu, 9bulan dalam perut ummi..insyaAllah Oktober ini akan didakap dipeluk cium secara realiti.

Tarikh jangkaan bersalin 40minggu yang Doktor bagi adalah 21Oktober. Tetapi, mengikut pengalaman melahirkan 2orang anak sebelum ini, erna tak pernah sampai ke expected date. Iman erna lahirkan 37minggu 6hari. Taqwa pula erna lahirkan 39minggu 5hari. Ini adik baby i ummi get ready je. Tak tahu la adik baby i akan ikut jejak langkah abang dan kak ngah atau pilih minggu lain. Jangan due sudah ye adik baby i. Ummi kalau boleh tak nak la sampai ke overdue. Apapun, doa ummi babah semoga segalanya dipermudahkan. Adik baby i dan ummi sama-sama selamat sihat sejahtera. 

Harini genap adik baby i 37minggu 2hari dalam rahim ummi. Memang sekarang kurang adik baby i gerak aktif. Lebih banyak mengeras je dalam perut ummi. Lepas tu yang ummi perasan, bila datang mengeras tu...ummi gosok-gosok dan panggil baby i, baby akan cool down. Entah baby i stress ke apa dalam perut ummi ni? hehehe...

Bila dah masuk 37minggu ni baru teringat yang ummi tak mendobi pun lagi barang keperluan baby i. Next entry plan nak buat check list barang baby i. So dari situ lebih mudah nak nampak apa yang dah ada, apa yang masih belum ada. Lagipun erna ni baju-baju anak masa baby semuanya erna bagi kat orang lain. Sikit-sikit je masih ada dalam simpanan. Jadi nak recycle tu, tak semua lah dapat nak recycle. Baju-baju memang 90% beli baru. Mitten booties ada juga yang lama. Ada juga yang beli baru. Barut bedung semua ni 100% beli yang baru. Tak apalah...rezeki anak sebelum-sebelum ni dikongsi bersama baby baby lain. Ada bahagian lain rezeki untuk anak erna sendiri. 

Jumpa next entry. Doakan urusan erna dihujung kehamilan ini dipermudahkan ye kawan-kawan. 

Terima kasih sudi klik singgah baca blog erna =)


kenduri belah lelaki ain & naqi

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments: