KEHAMILAN KE-4 UMMI ERNA

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah..setelah sekian lama blog ini terbiar tanpa update, harini erna nekad nak update blog. Rinduuuuuu serindu rindunya. Haaa dah macam tajuk lagu. hihi 

Sebenarnya berlambak-lambak entry dalam draf. Semuanya update sekerat jalan. Biasalah dulu-dulu masa mula buka blog ni, belum ada anak.Kemudian rajin benar update masa Iman dalam kandungan ummi. Then baru anak satu masih gigih lagi update perkembangan iman setiap bulan. Masuk anak dua, anak tiga. Sudahhh ke laut dalam. Hahaha

Terima kasih banyak korang yang sudi klik masuk baca entry erna kalini. Rasanya masih belum terlambat lagi erna nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa untuk semua pembaca blog erna. Alhamdulillah sekarang kita dah pun masuk hari ke-7 berpuasa. Kejap je kan masa tu berlalu? tak terasa pun. Eh sedar-sedar dah seminggu kita puasa. Nanti, sedar-sedar esok nak raya. hihi

MENGANDUNG ANAK KE EMPAT


Rasanya ramai yang dah tahu erna sekarang ni sedang mengandung anak ke-4. Rata-rata yang dapat tahu erna mengandung, akan cakap "wah..laju" ataupun "pandai ek planning 2tahun sorang"

So dalam entry pertama ni, setelah setahun lebih tak update blog, erna nak kongsikan la dengan korang semua perjalanan kisah kandungan ke-4 erna ni. (AMARAN, entry ni panjang ke lantai tau hihihi)

Last period erna adalah sehari selepas erna menyambut ulangtahun kelahiran ke- tettt 2017. Hahaha kemain tettt. Konon rahsia la sangat. Birthday erna, 22 November. Masa tu erna bersama team Shaklee atas cruise, percutian 5 star percuma ke Phuket.

Sebulan selepas balik dari percutian ke Phuket, erna pun sabar menanti cik P. Aik, pelik. Tunggu punya tunggu. Tunggu punya tunggu. Masih tak datang-datang lagi. Dalam hati, "aaahhhhhh sudah. jangan buat hal.." cuak oiii....

So, selepas genap seminggu tak kunjung tiba cik P, erna pun nekad la pergi beli Pregnancy Test kat farmasi. Pegi berpimpin tangan berduan jalan kaki ke farmasi dengan suami ku. Suami erna macam biasa, dia memang cool je. Erna la cuak kemain. Lepas tu kami terus balik rumah mama suami. Tak boleh nak sabar tunggu balik rumah, erna terus test dalam toilet rumah mama. Cuak. Tapi tak sabar nak tahu result...

Pregnancy Test Result 4minggu
1st test - 29/12/2017

Keluar toilet, erna pun tunjuk la kat suami. "Macam ni mengandung ke ma?"

Geram je dapat soalan suami ku itu. Anak nak masuk 4 orang, boleh lagi tanya soalan macam tu. Dah la diri sendiri macam terbang diawangan. Dapat pulak soalan mencuit hati macam tu dari suami.

Erna pun acah-acah la cakap, "Tahniah, encik hafiz akan dapat anak lagi"

"Betul ke ma? mengandung? hebat la ma..ma memang hebat"

Lebih kurang gitu la ayat suami erna. Erna ni masih dup dap dup dap.

Dan....esok tu erna sendiri, sorang-sorang pergi farmasi dan beli lagi Pregnancy Test. Jujurnya dalam hati ada terdetik dan berharap yang test semalam tu, salah. Harapnya negetive. huhu

Dan......hasil selepas test kalini kedua,

Pregnancy Test Result 4minggu
2nd test - 30/12/2017

Lagi terang benderang result test kali ke-2. Erna pesan pada suami, kita diam-diam je la dulu. Tak perlu bagitahu sesiapa walaupun ahli keluarga yang lain. 


TIDAK BERSEDIA

Sejujurnya erna betul-betul belum bersedia untuk mengandung lagi. Bila fikirkan semula sekarang ni, rasa bersalah, rasa berdosa bila erna buat lewa-lewa dan tak jaga pun kandungan betul-betul masa awal kehamilan tu. Sebab dalam hati masih terfikir yang kandungan ini terlalu awal. Tak mustahil ia tak menjadi dalam kata mudah faham, gugur. 

Terukkan erna? Sedihnyaaa bila ingat-ingat semula.

Kenapa erna kata tak bersedia? Sebab erna memang ada makan pil untuk elak hamil sebulan sebelum erna test kehamilan ini. So, korang...pil perancang atau apa jua cara yang diguna pakai untuk elak kehamilan hanyalah usaha kita. Selebihnya kuasa di tangan Allah. 

Masa terus berlalu. Suami selalu tanya bila nak jumpa doktor? Bila nak buat pengesahan doktor? Bila nak buka buku check up? 

Erna pulak melengah-lengah. Nanti. Nanti. 

Sehinggakan satu hari tu, wall post facebook erna asek keluar cerita pasal ANAK. Kisah sedih orang nak anak. Kisah sedih orang buang anak. Erna pula dihujani banyak wasap customer nak beli Set Kesuburan sebab nak anak. 

Erna rasa sedih dan menangis juga masa tu sebab rasa teramat berdosa sebab tak terima 100% anugerah Allah. Sedangkan orang lain berhabis duit, usaha itu dan ini nak dapatkan anak. Erna? Boleh pula harap kandungan tak jadi. Sedihnyaaa bila mengenang kembali.

Erna pun ke klinik buat pertama kalinya bawa Iman Zikir. Masa ni usia kandungan dah pun hampir 12minggu gitu. 

scan janin 12minggu
tuuuu baby. Kecik je anak ummi babah dalam perut ummi :')
Lepas dengar jantung baby, doktor cakap baby sihat, normal air ketuban, uri semuanya ok, erna rasa sedih sebak semuanya bercampur. Rasa bedosa pada baby dalam kandungan. Rasa sayang tu tak tahu nak kata. Aduh..menaip ni pun berlinang air mata. 

Mungkin ada yang geram baca entry erna. Rasa macam tak patut je erna ni ada perasaan macam tu.nTapi, kepada mak mak yang memang belum bersedia, erna yakin akan ada juga perasaan sama macam erna awal-awalnya. Tetapi dah nama pun anak kita. Ada dalam kandungan kita, lagi-lagi bila dah lihat sendiri baby gerak dan dengar degupan jantung. Rasa sayang kepada anak tu melebihi nyawa sendiri.

Tapi, dalam pada tak jaga kandungan sebelum ini, erna memang seorang yang disiplin makan vitamin, Jarang sangat culas makan vitamin. So, erna teruskan je makan vitamin seperti biasa. Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, minum ESP, ini memang rutin erna. So, erna teruskan je seperti biasa.

Check up kehamilan Hospital Columbia
17minggu usia baby, ummi pergi bukak buku check up dengan doktor Raja 


PANDAI RANCANG JARAK ANAK


Masa doktor tengah soal soal sikit pasal kandungan sebelum ni nak tulis dalam Antenatal Card erna, doktor cakap, "pandai awak merancang. 2012 2014 2016 ni baby 2018 pula " 


Dalam hati erna, doktor ni tak tahu aku tak ready sebenarnya. hahaha 

Tapi tak apa. Sekarang hati sudah jatuh cinta sayang sepenuh nyawa kat anak ummi dalam perut ni :')

scan janin 21minggu
My healthy baby 21 week

Alhamdulillah sekarang kandungan erna telah pun 26minggu. 6bulan setengah. Tak lama dah nak jumpa baby. InsyaAllah lebih kurang dalam 3bulan lagi dapatlah peluk baby ummi, nenenkan susu ummi dan jumpa Abang Iman, Kak Ngah Taqwa dan Abang Ikhlas.


VITAMIN KETIKA HAMIL


Sebelum hamil, erna memang pengamal vitamin B Complex, Vitalea, Vitamin C secara konsisten setiap hari makan. Vitamin B Complex, jika terlalu letih dan mood tak berapa cun, erna akan makan 2-4bj vitamin B Complex. Jika nak tahu, sebelum hamil..vitamin B Complex bertindak melancarkan darah dan hormon serta meningkatkan kesuburan wanita. 

Jadi kepada pembaca semua...jangan abaikan pengambilan vitamin B Complex, Vitalea (Multivitamin), Vitamin C dan juga ESP ye. Serius ini penting.
Ambil vitamin ni seelok-eloknya 6bulan sebelum hamil. 


Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.


Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Membantu ibu untuk menstabilkan bacaan HB. 


Pengambilan Vitalea bersama Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum. Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi. Selepas sarapan setiap pagi, erna akan ambil Vitalea bersama Vitamin C serentak.


2) Sustained Release Vita-C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebiji vitamin C shaklee 553mg adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren. Sanggup ke kita ni nak makan buah oren sampai 6biji sehari? 


Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Itu yang di panggil Sustained Release Vita-C. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C yang kita makan terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C yang kita makan, sepenuhnya sepanjang hari.


3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 8kumpulan Vitamin B yang di maksudkan adalah, thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. 


B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Selain itu, untuk mambantu mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1. Bcomplex juga menukar gula dalam badan kepada tenaga. Jadi, pastikan makan bcomplex selepas makan ye. Adalah gula yang akan bertukar kepada tenaga dan kita pun cergas je sepanjang hari. 


Owh ye..lagi1 nak bagitahu ni..riboflavin dalam B kompleks tu la yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. Jadi, jangan risau bila makan bcomplex dan buang air jadi warna kuning sangat. Kena banyak minum air masak urin akan putih macam biasa.




ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soya iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 


Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 


Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


ESP sangat membantu erna kerana erna masih menyusukan iman walaupun hamil. ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.



Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.


Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.


Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

Vitamin Kehamilan Shaklee
Set Kehamilan Shaklee
Ibu hamil mengundi PRU 14
Hari mengundi PRU-14

Keutamaan kepada ibu hamil
Haaa ni nampak sikit baby bump hehehe

Alhamdulillah...tamat pun mengarang entry kalini. Terima kasih tau korang yang berjaya dan sudi baca sampai tamat entry kalini. Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 3bulan lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment